Anwar Ibrahim retweeted
Malam ini saya bersama masyarakat dan rakan-rakan di Lunas, Kedah dalam Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Kementerian Dalam Negeri.
Saya sampaikan beberapa contoh terjemahan nilai-nilai murni yang berteraskan aspirasi Malaysia MADANI, khususnya nilai ihsan dan hormat, yang saya dan seluruh warga KDN amalkan dalam berkhidmat kepada rakyat, tidak terkecuali dalam menjaga kebajikan keluarga besar KDN sendiri.
Antaranya, kisah kebajikan keluarga seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terkorban ketika menjalankan tugas.
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham, kita mengambil langkah menaikkan pangkat beliau secara anumerta supaya balunya dapat menerima pencen yang lebih tinggi bagi membantu kelangsungan hidup keluarga.
Tidak terhenti di situ, kita turut membantu keluarganya membina sebuah rumah di atas tanah milik sendiri melalui kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Bagi saya, inilah makna sebenar nilai-nilai murni dalam perkhidmatan. Bukan sekadar disebut dalam ucapan atau dijadikan slogan, tetapi diterjemahkan melalui tindakan yang membawa manfaat dan perubahan kepada kehidupan insan yang memerlukan.
Kita mahu warga KDN sentiasa bekerja dengan hati, penuh ihsan dan empati. Kerana di sebalik setiap tugas dan tanggungjawab yang kita galas, ada kehidupan manusia yang perlu kita santuni dan kebajikan yang mesti kita pelihara.
Nilai murni bukan sekadar untuk dihayati, tetapi mesti dibuktikan melalui tindakan.
#YakinMADANI
#KementerianDalamNegeri
#SaifNasution
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Baginda Tuanku dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
Dirgahayu Tuanku.
ANWAR IBRAHIM
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Anwar Ibrahim retweeted
The Prime Minister said his support was based on his confidence in Xiβs leadership, particularly his ability to bring major world powers together and foster peace amid geopolitical uncertainties.
thestar.com.my/news/nation/2β¦
Anwar Ibrahim retweeted
Anwar Ibrahim hargai kesediaan Presiden China, Xi Jinping meneliti gagasan Malaysia MADANI serta memperkukuh kerjasama kajian persefahaman antara peradaban Islam dengan Konfusianisme
Berita selanjutnya di ruangan komen
#themalaysiapress #informasiberfaktamembukaminda
Anwar Ibrahim retweeted
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak kesal memberikan sokongan penuh kepada Presiden China Xi Jinping meskipun berdepan pelbagai tekanan, sambil menegaskan semula komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan negara berkenaan.
Perdana Menteri berkata sokongan itu berasaskan keyakinannya terhadap kepimpinan Xi, khususnya keupayaan beliau menghimpunkan kuasa-kuasa besar dunia dan memupuk keamanan dalam suasana ketidaktentuan geopolitik pada masa kini.
Berita penuh : bernama.com/bm/am/news.php?iβ¦
#BernamaNews
#APEC
Anwar Ibrahim retweeted
#BernamaNews: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said he had accepted Deputy Works Minister Datuk Seri Ahmad Maslan's apology for using an inappropriate word while reciting a pantun during the winding-up session of his ministry's debate in the Dewan Rakyat.
Anwar Ibrahim retweeted
Malaysia terima cadangan pelaburan bernilai RM9.2 bilion di China - PM Anwar
#BHbisnes Cadangan pelaburan yang melibatkan beberapa negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.
bharian.com.my/bisnes/lain-lβ¦
Anwar Ibrahim retweeted
Malaysia terus mempertahankan pendirian berkecuali dalam hubungan antarabangsa, selain memperkukuh kerjasama ekonomi dengan kuasa besar dunia menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Berita selanjutnya di ruangan komen
#themalaysiapress
PM @anwaribrahim : Asia Pasifik perlu pertahan keterbukaan ekonomi, kerjasama serantau.
#MalaysiaMADANI
#KEADILAN
Malaysiaβs exports hit a record high in October, growing at the fastest pace in more than five years on sustained demand for AI-related products. bloomberg.com/news/articles/β¦
Anwar Ibrahim retweeted
DARI INDERA MAHKOTA KE PENTAS DUNIA!
Setiap anak mempunyai potensi untuk mencipta kejayaan tersendiri. Apa yang diperlukan adalah peluang, sokongan dan dorongan untuk mereka melangkah lebih jauh.
Semalam, wakil saya telah menyampaikan sumbangan RM10,000 mewakili YAB Perdana Menteri, Datoβ Seri @anwaribrahim kepada Muhammad Qaish Isyraf Mohd Qayyum, seorang pelumba muda berbakat dari Indera Mahkota yang bakal membawa cabaran negara ke pentas antarabangsa.
Adik Qaish akan beraksi dalam FIM MotoMini World Final Series bagi kategori 160cc di Valencia, Sepanyol. Sumbangan ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat serta membantu menampung sebahagian perbelanjaan beliau sepanjang menyertai kejohanan berprestij tersebut.
Saya juga sempat berbual dan bertanya khabar Adik Qaish melalui panggilan video berkenaan dengan persediaan beliau menghadapi kejohanan yang beliau sertai.
Inilah antara komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan bakat anak tempatan mendapat perhatian dan peluang untuk berkembang, seterusnya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Semoga anak Pahang ini diberikan kelancaran, keberanian dan kejayaan dalam perlumbaan nanti. Bawalah semangat Malaysia dan pulanglah dengan kejayaan yang membanggakan!
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#FIMMotoMini
#Pahang
#InderaMahkota
Buat julung kalinya, Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi latar kunjungan tamu kenegaraan, tatkala saya menyambut sahabat saya, Presiden Republik Perancis, @EmmanuelMacron.
Selain pertemuan di meja rundingan, saya berpeluang membawa Presiden Macron berjalan kaki di tengah kota Kuala Lumpur dan memperkenalkan warisan, budaya dan kehidupan seharian masyarakat pelbagai kaum yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia.
π²πΎπ€π«π·
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Saya telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping, sebagai penutup kepada acara lawatan rasmi ke Shenzhen di bawah kerangka Sidang Kemuncak APEC 2026 yang baru selesai.
Saya menzahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan Presiden Xi yang terus memainkan peranan penting dalam mencorak landskap geopolitik dan tatacara dunia (world order), khususnya kebijaksanaan beliau dalam mengemudi hubungan antara kuasa-kuasa besar serta memperjuangkan kepentingan negara-negara membangun.
Saya turut menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan China menganjurkan Sidang Kemuncak APEC 2026 dengan begitu cemerlang, sekaligus memperlihatkan keupayaan luar biasa negara itu dari sudut pembangunan prasarana, kecekapan pentadbiran dan penyelarasan organisasi yang mantap.
Lebih bermakna, pendekatan China yang memberikan penghormatan dan layanan saksama kepada semua negara, tanpa mengira kekuatan ekonomi mahupun kedudukan geopolitik, wajar dijadikan teladan dalam membina tatanan antarabangsa yang lebih adil dan bermaruah.
Malaysia kekal teguh dengan pendirian untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama China, tanpa tunduk kepada sebarang tekanan luar, berteraskan prinsip saling menghormati, kepercayaan dan kepentingan bersama demi kemakmuran kedua-dua negara serta kesejahteraan rantau ini.
#APEC2026
#DiplomasiMADANI
Anwar Ibrahim retweeted
Pertemuan dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden China Xi Jinping akan menjadi acara utama pada hari terakhir lawatan beliau di Shenzhen esok, sebelum berangkat pulang selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33.
Dijadual berlangsung pada 11.30 pagi di Rumah Tamu Negara Qilin Villa, pertemuan itu akan menjadi platform bagi kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan Malaysia-China serta meneroka langkah untuk memperkukuh kerjasama dua hala.
Pertemuan itu merupakan acara rasmi terakhir Anwar di Shenzhen sebelum beliau berangkat pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Baoβan pada 12.30 tengah hari.
Berita penuh: bernama.com/bm/am/news.php?iβ¦
#BernamaNews
Anwar Ibrahim retweeted
Asia Pasifik pertahan keterbukaan ekonomi, kerjasama serantau - PM
suarakeadilan.my/post/asia-pβ¦
Anwar Ibrahim retweeted
πππππ, ππ ππππππ πππππππππ πππ ππππ ππππ πππππππ
#China Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping, memperkukuh hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China.
Pertemuan selama 20 minit itu berlangsung di Rumah Tamu Negara Qilin Villa, Shenzen dan merupakan pertemuan kali keempat antara Anwar dan Xi, mencerminkan hubungan peringkat tinggi yang berterusan dalam Malaysia dan China terus memperkukuh kerjasama strategik mereka.
Pertemuan dua hala pertama mereka telah diadakan pada 7 Nov 2024 di Beijing, China, diikuti pertemuan kedua pada 16 April 2025 di Putrajaya.
Pertemuan ketiga adalah pada 2 SeptΒ 2025 di Beijing, China.
Berita penuh : bernamabiz.com/news-bm.php?iβ¦
πΈ fotoBernama
#BernamaNews
#APEC
Anwar Ibrahim retweeted
[TERKINI]
πΉ Malaysia hargai pendirian teguh Perancis terhadap isu Palestin, Gaza
πΉ Malaysia tegas menentang tindakan pencerobohan Rusia di Ukraine, tetap jalin hubungan dengan kepimpinan Rusia
πΉAnwar berharap dapat sokongan kerajaan, pihak industri Perancis untuk projek Grid Tenaga ASEAN
Sumber : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
#BernamaNews
#BernamaImages
#Malaysia
#Perancis
@anwaribrahim
Pada hari kedua di Shenzhen, saya telah mengadakan pertemuan dengan empat syarikat utama dari China dalam sektor teknologi tinggi, iaitu Shenzhen Mindray Bio-Medical Electronics, Guangzhou Tinci Materials Technology, Shenzhen Capchem Technology dan XTC New Energy Materials (Xiamen), bagi membincangkan keupayaan pelaburan baharu dan peluasan operasi dan peningkatan kapasiti pengeluaran di Malaysia.
Syarikat Mindray sedang meneroka peluang untuk membangunkan fasiliti pembuatan atau hab perkhidmatan peranti perubatan di Malaysia, termasuk kerjasama dengan pengilang dan pembekal komponen tempatan.
Dalam sektor bahan termaju dan industri bateri pula, Tinci Materials bercadang untuk menghasilkan elektrolit dan bahan kimia khusus bagi bateri litium-ion, manakala XTC New Energy Materials sedang merancang pelaburan dalam pembuatan bahan katod bateri lithium-ion di Selangor.
Sementara itu, Capchem Technology, yang telah beroperasi di Kulim Hi-Tech Park, Kedah, sedang meneliti cadangan pembesaran kapasiti pengeluaran melalui pembinaan kilang kedua bagi memenuhi keperluan pasaran Asia Tenggara.
Sementalahan, saya turut memberi tumpuan kepada peluang penglibatan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan, pemindahan teknologi serta pembangunan bakat dan kepakaran teknikal.
Malaysia komited tegas menarik pelaburan berkualiti tinggi yang tidak hanya memacu pertumbuhan ekonomi, malah membawa manfaat yang bermakna kepada negara dan rakyat.
Walhasil, keutamaan kita adalah memastikan pelaburan ini mampu serta berupaya memperkasa industri tempatan, meningkatkan daya saing syarikat Malaysia, mempercepat pemindahan teknologi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi, seperti yang didambakan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).
#APEC2026
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI































