Astro Audio News (@AstroAudioNews) header
Astro Audio News (@AstroAudioNews) profile picture

We're the voices behind the news updates for Astro Audio Channels 馃幎馃帳 Co Reg No : 199601031120 (403472-D)

Malaysia
Joined August 2015
Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sekali beri RM2,500 kepada setiap Ketua Isi Rumah mangsa banjir yang layak di Selangor, dengan pembayaran dijangka bermula esok. #AstroAudioNews
1
54
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan itu bertujuan meringankan beban mangsa bagi menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir manakala kaedah pelaksanaan dan syarat kelayakan akan diumumkan oleh agensi pelaksana.
17
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang sesak setakat 3 petang ini, disebabkan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali. Kredit: Bernama #AstroAudioNews #Deepavali
1
72
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pergerakan kenderaan perlahan dikesan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, Sungai Dua ke Juru Autocity, Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Simpang Pulai ke Gopeng serta Gopeng ke Bidor.
18
Astro Audio News retweeted
KESELAMATAN BANJIR: JANGAN AMBIL RISIKO! Air banjir mungkin kelihatan cetek, namun arus deras, jalan berlubang dan objek tersembunyi boleh mengundang bahaya. Jangan redah laluan yang dinaiki air atau mengambil jalan pintas yang boleh mengancam nyawa.
1
6
1
8
1,538
Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 3.0 bagi Kategori Tanggungan Kanak-Kanak dibuka bermula 10 pagi esok, dengan penerima yang layak bakal menerima bantuan kewangan RM300 sebulan selama 12 bulan. Kredit: Bernama #AstroAudioNews
1
1
63
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari berkata permohonan bagi kategori itu, boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi aplikasi SELANGKAH.
9
Belanjawan 2027: Penambahbaikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan Kerajaan mendengar dan memahami cabaran kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
3
117
4
268
28,180
Manchester United remain in the Premier League relegation zone after this morning's chaotic 4-4 draw with Aston Villa at Old Trafford. #AstroAudioNews
64
Kuching City FC menempah slot ke final Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua, sekali gus mara dengan agregat 3-2. #AstroAudioNews #PialaFA
1
116
Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-56 sebelum jaringan sendiri Mukhairi Ajmal pada penghujung masa tambahan mengesahkan kemenangan The Cats. Kuching City bakal berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final.
1
101
#Chelsea terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas sepakan penalti Enzo Le F茅e pada minit ke-36 memastikan kemenangan buat pasukan tuan rumah. #AstroAudioNews #EPL
1
81
Keputusan itu menyaksikan The Blues jatuh ke tangga kelima liga selepas dipintas Liverpool, yang mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace. Untuk rekod, ini merupakan kekalahan ini keempat buat Chelsea dalam saingan EPL musim ini.
27
Penganut Hindu mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor bagi menunaikan upacara keagamaan sempena sambutan Deepavali. Kemeriahan Pesta Cahaya itu turut menarik kehadiran pelancong tempatan dan asing yang mengambil peluang meluangkan masa bersama keluarga.
35
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2026 anjuran MIC dan MIED yang berlangsung di Mansion Oncidium Hall, Kota Kemuning, Shah Alam hari ini. Kredit: Bernama #AstroAudioNews #Deepavali
74
Pelakon Cico Harahap atau nama penuhnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 48, disahkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Ampang minggu lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11 pagi tadi di Hospital Ampang.
1
1
151
Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez, ketika dihubungi berkata Allahyarham sebelum itu mengadu sesak nafas kepada ibunya, penyanyi veteran Uji Rashid, sebelum dimasukkan ke Hospital Ampang pada Ahad lalu.
31
Kerajaan menegaskan tiada arahan dikeluarkan kepada orang ramai untuk simpan bekalan makanan selama 72 jam. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata stok beras negara ketika ini dijamin mencukupi untuk tempoh enam bulan dan akan terus ditambah. #AstroAudioNews
75
Menteri Komunikasi beri jaminan sistem perbankan dalam talian dan transaksi kewangan negara kekal selamat. Katanya, setakat ini, percubaan penggodaman yang dikesan tidak melibatkan kecurian data atau menjejaskan operasi sistem perbankan dalam talian negara. #AstroAudioNews
59
Man United berdepan misi wajib menang apabila berdepan Aston Villa di laman sendiri, awal pagi nanti. Ini susulan kemenangan 3-1 Nottingham Forest ke atas Man City malam tadi menyaksikan United tergelincir ke tangga ke-18, sekali gus menghuni kelompok tiga pasukan tercorot.
2
82
Untuk rekod, kali terakhir United memasuki ke dalam zon penyingkiran pada peringkat ini dalam saingan itu adalah pada November 1986. Ikuti aksi antara United dan Villa secara langsung bermula 12:30 pagi nanti di Astro, saluran 811 dan aplikasi Sooka!
14