Noor Azleen Ambros retweeted
🔥 𝟲 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜! 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — 𝗠𝗔𝗥𝗞 𝗬𝗢𝗨𝗥 𝗖𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥!
Pelbagai aksi, demonstrasi ketenteraan, pameran dan aktiviti interaktif menanti anda sepanjang tiga hari penuh kemeriahan!
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#MindefMalaysia
#MindefUpdate
#CIMICJohor2026
Noor Azleen Ambros retweeted
Inilah peluang anda untuk mendekati Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas TUDM (PASKAU) sempena Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026!
Rebut peluang untuk mengenali lebih dekat kedua-dua pasukan elit ini serta mendalami peranan, kepakaran dan keupayaan mereka dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara.
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#MindefMalaysia
#MindefUpdate
#CIMICJohor2026
Noor Azleen Ambros retweeted
Replying to @imokman @syahredzan
Noor Azleen Ambros retweeted
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗧𝗜𝗡 𝗧𝗨𝗗𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗨𝗕𝗔𝗡𝗚
Kementerian Pertahanan memandang serius insiden penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang pada 17 November 2026 yang berjaya dikesan oleh petugas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi pemeriksaan rutin.
Pemeriksaan tersebut menemukan lima buah bagasi dan sebuah kotak yang mencurigakan sebelum disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengandungi dadah berbahaya. Lima pegawai TUDM yang disyaki terlibat telah ditahan oleh PDRM.
TUDM telah menyerahkan kes ini kepada PDRM untuk siasatan lanjut dan akan memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan. Kementerian Pertahanan menegaskan pendirian tanpa kompromi terhadap sebarang kegiatan jenayah serta komitmen untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengendalian kes ini.
—YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin,
Menteri Pertahanan
#MindefMalaysia
#MindefUpdate
Noor Azleen Ambros retweeted
Saksikan sendiri kehebatan, ketangkasan dan kepakaran warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelbagai persembahan serta demonstrasi menarik sempena Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026!
Antara tarikan yang menanti pengunjung ialah kawad senyap, demonstrasi memadam kebakaran, simulasi jentera dan persembahan pancaragam yang pasti memeriahkan suasana karnival.
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom meriahkan karnival ini bersama keluarga dan rakan-rakan!
#MindefMalaysia
#MindefUpdate
#CIMICJohor2026
Noor Azleen Ambros retweeted
Tiga hari penuh aksi, keterujaan dan pengalaman menarik menanti anda di Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026✨
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Bukan sekadar pameran, pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga!Jumpa anda di sana! 🙌
#MindefMalaysia
#MindefUpdate
#CIMICJohor2026
🤖 Made with AI
Noor Azleen Ambros retweeted
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔–𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, TYT Catherine Vautrin di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur pada 17 November 2026, sebelum kedua-dua Menteri menyaksikan penyerahan dan pertukaran tujuh dokumen kerjasama industri pertahanan melibatkan empat Surat Niat (LOI) dan tiga Memorandum Persefahaman (MoU).
Kerjasama strategik ini merangkumi cadangan perolehan aset ketenteraan, pemodenan kapal selam Scorpène, pembangunan teknologi satelit, sistem komunikasi taktikal serta kepakaran penyelenggaraan enjin helikopter. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Malaysia dan Perancis dalam memperkukuh diplomasi pertahanan, meningkatkan keupayaan ATM serta memperkasa industri pertahanan tempatan selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
#MinDefMalaysia
#MinDefUpdate
#ATM
#DiplomasiPertahanan
#DIPN
Noor Azleen Ambros retweeted
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒
Selesai program di Bangunan Sultan Abdul Samad, saya meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama PYT Catherine Vautrin, Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.
Pertemuan ini membincangkan beberapa cadangan kerjasama pertahanan kedua-dua negara, termasuk perolehan helikopter CSAR, sistem meriam 105mm, penilaian pesawat pejuang Rafale serta perancangan keperluan kapal selam pada masa hadapan.
Antara cadangan lain yang dibincangkan termasuk kerjasama sokongan logistik, pemodenan aset sedia ada serta penglibatan industri pertahanan tempatan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran.
Kami juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan melalui sesi libat urus secara berkala di peringkat Menteri antara kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#MINDEFMalaysia
Noor Azleen Ambros retweeted
Berada di Melaka untuk majlis perasmian ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting
Noor Azleen Ambros retweeted
Menghadiri perbarisan tamat latihan Wira Musa Negara PLKN di Kem Rej 515 AW Kuala Lumpur
Noor Azleen Ambros retweeted
𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥, 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚!
Ayuh warga Johor! Jom meriahkan 𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗔𝘄𝗮𝗺-𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 (𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖) 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 yang bakal berlangsung pada 𝟮𝟳 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟵 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 bertempat di 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗬𝗼𝘂𝘁𝗵 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 (𝗧𝗠𝗜𝗬𝗖), 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗿 𝗚𝘂𝗱𝗮𝗻𝗴, 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿.
Berteraskan tema “𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮”, karnival ini menjadi platform memperkukuh hubungan erat antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴! 𝗝𝗼𝗺 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶-𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲!
#MinDefMalaysia
#MinDefUpdate
#ATM
#CIMICJohor2026
Noor Azleen Ambros retweeted
𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥 𝗚𝗨𝗗𝗔𝗡𝗚!
Warga Johor, bersedia untuk memeriahkan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026 yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 November 2026 bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor!
Ayuh bersama-sama memeriahkan karnival ini yang menjadi platform memperkukuh hubungan erat antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat, selaras dengan tema “Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama”.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada karnival ini. Catat tarikhnya dan jumpa anda di sana!
#MinDefMalaysia
#MinDefUpdate
#ATM
#CIMICJohor2026
Noor Azleen Ambros retweeted
Alhamdulillah, tahniah kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, yang telah menerajui BN Melaka sehingga mencapai kemenangan.
Kemenangan ini bukan sekadar hasil kempen 14 hari, tetapi usaha berterusan sepanjang lima tahun yang membuahkan hasil pada 14 November.
Terima kasih kepada rakyat Melaka dan seluruh jentera BN dari seluruh negara yang telah bertungkus lumus.
Tahniah dan selamat berkhidmat kepada semua YB yang menerima mandat rakyat. Tunaikanlah amanah ini dengan penuh keikhlasan demi kepentingan rakyat.
#khalednordinmindef
#PRNMelaka
#BarisanNasional
Noor Azleen Ambros retweeted
Alhamdulillah
Wa man-nasru illaa min 'indillahil-'aziizil-hakiim
وَمَا ٱلنَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِندِ ٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَكِيمِ
“Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Noor Azleen Ambros retweeted
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
Menyempurnakan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) di SK Panchor, Kota Tinggi.
Program ini bukan sekadar meningkatkan kemudahan pendidikan, tetapi turut merapatkan hubungan serta membina keyakinan masyarakat terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pertahanan negara bukan tanggungjawab ATM semata-mata. Kesiagaan anggota dan aset berteknologi tinggi mesti disokong ketahanan rakyat (people’s resilience) serta semangat cintakan tanah air.
Program ini juga membuktikan kesediaan ATM melaksanakan amanah Kerajaan dan memastikan manfaat pembangunan sampai ke kawasan pedalaman, sekali gus merapatkan jurang pendidikan antara bandar dengan luar bandar.
Di Parlimen Kota Tinggi, sebanyak 4 buah sekolah telah terlibat dalam Program ini dengan peruntukan sekitar RM100,000 bagi setiap sekolah. Kementerian turut melaksanakan Program Kampung Angkat MADANI dengan peruntukan RM1 juta hingga RM1.5 juta bagi setiap kampung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lt Jen Datuk Haji Fazal Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, serta seluruh warga MDIO atas komitmen menjayakan program ini demi manfaat pendidikan anak-anak kita.
#khalednordinmindef
#MINDEFMalaysia
#MalaysiaMADANI
#SekolahAngkatMADANI
Noor Azleen Ambros retweeted
Biarlah mereka nak tulis apa sahaja. Insya-Allah, saya amat yakin rakyat Melaka lebih memahami dan bijak menilai sebaiknya.
Kini, kita serahkan segala-galanya kepada Allah SWT.
وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
“Dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.” (Surah Hud, ayat 88)
Apa jua ketentuan-Nya, semoga itulah yang terbaik buat kita semua. Insya-Allah.
Noor Azleen Ambros retweeted
“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)”.
(Riwayat Ahmad, no. 2913)
Noor Azleen Ambros retweeted
JOHOR, ANDA DAH BERSEDIA?
Jom meriahkan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor @ Pasir Gudang 2026 yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 November 2026 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor.
Bertemakan “Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama”, karnival ini bakal mengeratkan hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat.
Tandakan tarikh anda. Jumpa di sana!
#MinDefMalaysia
#MinDefUpdate
#ATM
#CIMICJohor2026
LTAT hari ini meluncurkan Strategi Etika, Ketelusan, Integriti dan Antirasuah (SETIA) 2026–2030, memperkukuh komitmennya terhadap amalan tadbir urus yang baik, perlindungan kepentingan pencarum serta memastikan kelestarian dana pencarum terus terpelihara.
#demiwirakami #GEMPUR30
Ha3.
Last-last AG jadi kambing hitam!
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
PEGUAM NEGARA MOHON PERKENAN MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG
Peguam Negara hari ini memohon perkenan untuk menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi memohon ampun dan menzahirkan pendiriannya untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam kes SRC International.
Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta, dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB.
PEJABAT PERDANA MENTERI
7 November 2026

































