Pinned Tweet
Website kami sudah kembali seperti biasa. Layari laman buzzkini.my untuk berita trending, isu semasa, gaya hidup, tips, info dan banyak lagi.
2
2
3,389
Semalam (18 November) media melaporkan mengenai seorang pelajar lelaki Tingakatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak yang ditemukan meninggal dunia.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin turut mengesahkan mengenai insiden itu dan memaklumkan kenyataan lanjut mengenai insiden akan dikeluarkan melalui satu kenyataan media dalam masa terdekat.
Mayat pelajar berkenaan dilaporkan telah dibawa ke Hospital Taiping bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.
Terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan yang menyeluruh, telus serta segera untuk mengenal pasti punca sebenar kepada kematian pelajar berkenaan.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/19/…
12
"Selama konten promo yang kami buat, ketiga-tiga mereka menjaga batas dan tak berlebihan. Zarif hormat Puteri Balqis yang ada dengan tunangnya selalu, dan Jazmy juga menjaga batasnya sebab dah ada isteri.
"Bila isu ini timbul, saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan. Jika isu itu betul terjadi, kenapa set masih tenang habiskan setiap scene?" - Kru drama, Dua Nyawa
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
16
Lebih daripada sekadar smartphone, ia melambangkan personaliti dan gaya korang. vivo V80 bukan je flagship potret ZEISS yang buat korang nampak on point, tapi ada juga ciri cool macam Pet Pals Wallpaper untuk kekalkan good vibes korang!
Jom tengok vivo V80 dan feature AI Creative Camera yang super cool hari ini!
#vivoV80 #ZEISSPortraitSoPro #ShineasWeAre #vivoMalaysia #StarwishPurple
19
Permainan kad Pokémon bukan sahaja menjadi tumpuan para remaja dan collector zaman dulu malah sehingga ke hari ini, kad ini masih relevan dan masih ramai yang mahu mengumpul kad rare ✨.
Namun ramai juga dalam kalangan peminat fanatik yang membeli kad Pokémon dalam jumlah yang banyak hanya untuk mendapatkan kad rare berkenaan. Namun apakah hukumnya dari segi syarak agama?
Baca artikel penuh untuk dapatkan pencerahan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Hazwani
⬆️: Naili
buzzkini.my/agama/2026/11/18…
16
Keadaan jalan yang tidak diselenggara bukan sahaja membuatkan pengguna tidak selesa bahkan turut mendatangkan pelbagai masalah.
Bukan hanya itu, keadaan jalan yang teruk juga boleh menyebabkan kemalangan serta menyebabkan kenderaan rosak dan sebagainya.
Terbaharu seorang pengguna Threads, telah meluahkan rasa kecewanya terhadap keadaan sebuah jalan di Puncak Alam, Selangor yang dilihat mengalami kerosakan dan banyak lubang.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
45
Sebelum ini anak kepada Datuk Ismail Lasim, Naim Ismail telah bertindak mempersoalkan parti Barisan Nasional (BN) yang mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan bapanya sebagai Menteri Besar.
Naim turut meluahkan rasa kesal serta meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa Ismail sudah mematuhi setiap arahan parti namun akhirnya nasib tidak memihak kepada menteri besar berkenaan.
Terbaharu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil menegur tindakan anak Ismail yang mencampuri isu Menteri Besar Negeri Sembilan ekoran kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/18/…
59
Jelas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, pantun itu tidak terkandung dalam teks penggulungan asal dan ia dinyatakan olehnya bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen mengenai isu pengurangan dan penghapusan tol.
"Walau bagaimanapun, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kata-kata tersebut dan perkataan 'kencing' dalam pantun berkenaan telah saya tarik balik di Parlimen," katanya.
✍🏻: Fatin
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/18/…
42
“Kejadian malam tadi, berdekatan taman kami, Setia Alamsari. Mangsa sedang jogging, dikejar dan dikepung oleh enam hingga tujuh ekor anjing.
“Kawasan tersebut merupakan kawasan permainan kanak-kanak pada setiap hari. Alhamdulillah pada masa kejadian tiada kanak-kanak yang sedang bermain di situ.” – Pengguna Threads
✍🏻: Fatin
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
30
Beberapa ahli Lembaga Pengampunan membantah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberikan tahanan rumah sebaliknya berpendapat beliau perlu meneruskan hukuman penjara.
Antara ahli Lembaga Pengampunan yang berpendapat sama termasuklah Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
Perkara tersebut berdasarkan dokumen diperoleh media yang dipercayai merupakan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 pada 18 September 2026.
Dalam dokumen itu, Mohd Dusuki dilaporkan berpandangan Najib perlu menjalani hukuman penjara hingga 2028 seperti yang ditetapkan dalam keputusan terdahulu.
"Beliau menyatakan bahawa keputusan ini akan memberi kesan kepada Kerajaan khususnya kestabilan politik, ekonomi, pelaburan dan imej negara di peringkat antarabangsa.
"Beliau menegaskan bahawa banduan hendaklah meneruskan hukuman," memetik minit mesyuarat itu.
Sementara itu, Hannah turut menyatakan pendirian yang sama dengan Peguam Negara (AG), seperti yang dikemukakan dalam mesyuarat sebelum ini.
Anggota Lembaga Pengampunan yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, bersetuju Najib perlu meneruskan hukuman penjara seperti yang dicadangkan Peguam Negara, tetapi menyerahkan keputusan akhir kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dalam masa sama menerusi minit terbabit, Razarudin turut membangkitkan faktor kesihatan Najib sebagai antara perkara yang perlu dipertimbangkan.
✍🏻/🎨: Hazwani
🔎: Faez
⬆️: Naili
81
Sudah menjadi satu kewajipan untuk setiap pelajar dan ibu bapa untuk memberikan surat tunjuk sebab sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.
Ini kerana ia merupakan rekod kehadiran buat guru mengenai pelajar mereka.
Gelagat pelajar tahun 1 hantar surat tunjuk sebab tak hadir sekolah raih perhatian
Baru-baru ini seorang cikgu telah berkongsi gelagat anak muridnya yang mencuit hati ramai apabila menghantar surat tunjuk sebab tidak hadir ke sekolah.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
58
“Kadang-kadang, kita terlalu sibuk mencari orang yang mempunyai pengalaman, kelayakan dan kemahiran.
“Sampai kita terlupa bahawa sikap dan kesungguhan juga merupakan satu nilai yang sangat besar.
“Sebagai seorang yang menguruskan operasi dan pengambilan pekerja, perkara seperti inilah yang membuatkan saya percaya bahawa setiap calon wajar diberikan peluang untuk menunjukkan kemampuan mereka.” – Pengguna Threads
✍🏻: Fatin
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
24
Sebelum ini ada seorang pelakon wanita mendakwa ada pelakon lelaki yang cuba bergesel serta berlaga dengannya di set pengambaran tanpa sebab.
Susulan daripada hantaran itu, orang ramai kemudiannya mengaitkan hantaran berkenaan dengan seorang pelakon yang sedang meningkat naik, Zarif Ghazzi yang juga secara kebetulan bergandingan dengan aktres terbabit dalam drama terbitan iQIYI.
Terbaharu Zarif Ghazzi menafikan dakwaan tersebut selain turut membuat laporan polis berhubung hal itu.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/hiburan/2026/11/…
214
"Udin (Muhammad Hafizuddin) selesai menjalani pembedahan lebih tujuh jam tadi di HKL. Doktor cuba menyelamatkan tangannya.
“Tetapi tangan kanannya terpaksa dipotong paras atas siku yang mungkin mengancam nyawanya," kata Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat.
Terdahulu, Muhammad Hafizuddin telah mencipta kejayaan yang membanggakan negara apabila berjaya meraih pingat emas bagi kategori 88 kilogram (kg) lelaki dalam penampilan sulungnya di Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Dalam acara tersebut, dia berjaya mencatatkan jumlah keseluruhan 345kg menerusi 162 kg dalam acara snatch serta 183 kg bagi acara clean and jerk.
✍🏻: Fatin
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/18/…
78
“Terima kasih kepada Global Station kerana memandang serius perkara ini (dakwaan gangguan seksual) ketika ribuan orang lain tidak berbuat demikian. Terima kasih kerana tidak takut kepada kebenaran.
“Saya amat berharap agar para saksi terus bercakap benar mengenai apa yang mereka lihat dan ketahui." - Pelakon Puteri Balqis
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Hazwani
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
268
“Kami terkejut dan kecewa apabila mendapat tahu siaran Eurovision Song Contest Asia telah diubah di Malaysia.
“Kami memandang serius perkara ini dan akan menghubungi Voxovation, selaku penerbit rancangan tersebut, bagi mendapatkan penjelasan serta meminta mereka menyiasat perkara ini dengan penyiar Malaysia, TV3, untuk mengetahui punca kejadian tersebut." - Pengarah Eurovision, Martin Green
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
70


