Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official) header
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official) profile picture

CEPAT DAN MESRA (Twitter Rasmi JBPM) sebarang pertanyaan dan aduan boleh dimajukan ke e-mel [email protected]

Putrajaya
Joined June 2013
Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)Photo by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (@JBPM_official)
Dalam suasana yang penuh debaran dan sorakan di Vestavia Bowl, Pasukan Tenpin Bowling JBPM tampil penuh bergaya, mempamerkan aksi mengagumkan yang memukau setiap penonton di World Police & Fire Games 2025, Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.
2
1
2
3,436
Manakala tambahan tiga (3) pingat gangsa melengkapkan lagi kejayaan pasukan bowling pada hari ini menerusi PKPgB Mohd Nurul Nasah bin Sidek, PB Tg Ahmad Zaim bin Tg Abu Bakar dan gandingan mantap PBK II Salihin bin Shahli.
1
1
2,071
Tahniah diucapkan kepada wira-wira merah JBPM di atas kejayaan yang direkodkan demi negara dan jabatan tercinta.
1
1
1,638
Pasukan Dart JBPM meneruskan momentum cemerlang mereka malam tadi di gelanggang berprestij Birmingham-Jefferson Convention Complex (BJCC), apabila menambah lagi koleksi pingat dalam acara Men’s Single Cricket dan Women’s Single Cricket pada temasya World Police & Fire Games 2025.
1
1
4
2,011
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan kehebatan Pasukan Dart JBPM di pentas pertandingan, dan turut meningkatkan jumlah keseluruhan pungutan pingat JBPM kepada lima (5) Emas, satu (1) Perak dan satu (1) Gangsa.
1
1
1,120
Tahniah dan syabas kepada semua atlet! Teruskan melakar kejayaan demi kejayaan!
1
964
Atlet Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selepas menambah dua lagi koleksi pingat berprestij dalam kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2025, yang berlangsung di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.
2
3
9
1,524
Dalam pertarungan sengit penuh debaran di gelanggang Birmingham-Jefferson Convention Complex (BJCC) semalam, pasangan Men Doubles (B Division) membuktikan keunggulan dengan lontaran tepat dan strategi mantap hingga berjaya merangkul pingat emas.
2
2
1,023
Senarai atlet JBPM yang mengukir kejayaan: Men Doubles (B Division) – Pingat Emas PBK II Mamat Kilau bin Mohd Ismail PBK II Mohamad Haramaini bin Kamaludin Men Doubles (A Division) – Pingat Gangsa PBK II Junarizal bin Jusoh PBK II Shaiful Anuar bin Wahab
748
Tidak kurang hebatnya, pasangan Men Doubles (A Division) turut mencipta sensasi apabila mara ke peringkat separuh akhir sebelum menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen JBPM yang sudah pastinya merupakan satu pencapaian cukup membanggakan di pentas dunia.
2
844
Warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional 2025 (HAWANA 2025) kepada semua pengamal media di seluruh negara.
1
2
1,150
Terima kasih atas dedikasi dan keberanian anda menyampaikan maklumat yang tepat, telus dan pantas serta menjadi jambatan penting antara kami dan masyarakat.
1
785
Anda adalah wira di sebalik tabir yang turut memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran keselamatan kebakaran serta mengangkat usaha pasukan penyelamat ke pengetahuan umum.
1
768
🧨🎇 SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 🎇🧨 YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan seluruh warga kerja JBPM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambut perayaan ini.
4
3
2,304
MAJLIS PERBARISAN TAHUNAN TAHUN 2025 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 24.1.2025: Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2025 JBPM telah diadakan di pekarangan Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya yang disempurnakan oleh YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM.
1
5
2,009
Dalam ucapan Ketua Pengarah, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sempena bulan Januari ini telah genap setahun pada 8 Januari lalu beliau memimpin Jabatan sebagai Ketua Pengarah.
1
1
1,644
Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah berkesempatan menzahirkan penghargaan kepada agensi dan individu yang telah memberikan khidmat bakti serta mengharumkan nama jabatan dengan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada orang awam termasuk anggota polis, tentera serta pegawai bomba.
1
1,452