Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86) header
Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86) profile picture

I twit about science biology, virology, genetics & molecular biology (sometimes general thoughts - mostly politics 🤣)

Joined December 2020
Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)Photo by Fawwaz (فواز) 🐯 (@MFA_86)
TERKINI ALHAMDULILLAH Pasukan Keselamatan Malaysia berjaya menangkap 100 orang terlibat dengan kegiatan Jenayah Terancang di seluruh negara maklum PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim Mereka semua didakwa di bawah Akta Keselamatan Langkah Langkah Khas 2012(SOSMA) dan terlibat dengan penyeludupan dadah berskala besar dan penyalahgunaan sistem kewangan Aset bernilai berbilion bilion Ringgit dibekukan dan dirampas dalam operasi berkenaan
10
86
1
308
12,628
TERKINI 6,000 rakyat Gaza disahkan dihalau keluar Israel dari Tengah Gaza selepas pencerobohan mereka malam tadi. Kegiatan ini disokong Board Of Peace yang diketuai Presiden US Donald Trump Mereka menutup Jalan Salah Ad Din dan Kem Pelarian Bureij dan Nusseirat menjadi mangsa serangan ini 6 pusat perlindungan terjejas iaitu 1) Pusat Al Haddad(603 orang daripada 129 keluarga) 2) Pusat Al Wateen(400 orang daripada 87 keluarga) 3) Pusat Sanabel Al Amal(637 orang dari 137 keluarga) 4) Kem Al Daawa(649 orang dari 150 keluarga) 5) Kem Hamidiya (306 orang dari 67 keluarga) 6) Pusat Al Izz Abdul Salam (258 orang dari 60 keluarga) 2,405 orang dari 235 keluarga lagi duduk di sekeliling 6 pusat berkenaan. Mereka dihalau begitu sahaja Israel turut melanggar gencatan senjata sebanyak 6,288 kali dan membunuh 1,658 orang rakyat Gaza dan 6,000 cedera. Purata sebanyak 15 orang sehari
5
507
4
612
10,749
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
Alhamdulillah, ekonomi negara terus ampuh dengan pertumbuhan 5.5% pada suku ketiga 2026, menjadikan pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini mencecah 5.6%, ketimbang 4.8% bagi tempoh yang sama tahun lalu. Prestasi ini meletakkan Malaysia di landasan untuk mencatat pertumbuhan melebihi 5% bagi tahun ketiga berturut-turut, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mengangkat darjat dan harkat rakyat terbanyak. Kendatipun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, Kerajaan MADANI tidak berganjak daripada iltizam reformasi, di samping mengambil langkah proaktif untuk memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api tatkala krisis Asia Barat melanda. Insya-Allah, Belanjawan 2027 meneruskan tekad untuk menaikkan siling pertumbuhan dan mengangkat lantai kehidupan rakyat melalui bantuan yang diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan bagi golongan yang layak serta penambahbaikan perkhidmatan awam. Ikhtiar ini akan terus diperkasa agar setiap kemajuan ekonomi membawa makna kepada kesejahteraan rakyat, berpaksikan prinsip keadilan, ihsan dan kemanusiaan. #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
68
578
29
2,438
37,842
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
Ssiapa yg prcaya golongn istana itu tdk boleh dprtikaikn kata & prbuatan mrk, bererti dia telah mmpertuhankan manusia.
193
10,650
617
9,173
TERKINI MALAYSIA BERJAYA JIMAT 10 BILION RINGGIT Penasihat Ekonomi Pejabat PM, Nurhisham Hussein mengumumkan kejayaan Malaysia menjimatkan RM 10 Bilion menerusi pelaksanaan Program Budi MADANI Program itu berjaya mengurangkan ketirisan sedalam dalamnya dan mengeluarkan penyeludup dan orang asing dari menerima subsidi minyak
12
992
106
3,012
147,828
KELANTAN TIDAK LAGI DIABAIKAN PUTRAJAYA Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengesahkan Kerajaan Persekutuan meluluskan hampir semua permintaan pembangunan di Kelantan Antara pembangunan yang diluluskan Kerajaan Persekutuan ialah 1) Naik Taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa. Naik taraf membabitkan hiasan dalaman terminal, kelengkapan dan pemanjangan landasan sepanjang 400 meter untuk menyediakan lapangan terbang berkenaan untuk penerbangan antarabangsa 2) Projek Laluan Rel Pantai Timur ECRL dipanjangkan dari Kota Bharu sehingga ke Rantau Panjang untuk meningkatkan potensi pembangunan Kelantan 3) RM 250 Juta diluluskan untuk membina Terminal Bas Kota Bharu Sentral yang baru. Setelah sekian lama terminal bas sementara yang daif digunakan di sana 4) Proses kajian diluluskan untuk pembinaan Projek Empangan Lebir di Kuala Krai Kelantan. Projek ini akan mengurangkan kesan banjir di sekitar Lembangan Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri. Empangan ini jugak akan membekalkan air untuk 25,000 Hektar Sawah Padi dan menjadi sumber bekalan air bersih jangka panjang untuk Kelantan Kementerian Ekonomi juga meluluskan 7 Projek pembangunan bernilai RM 57.5 Juta 1) Naik Taraf Bazar Siti Aisyah , Kota Bharu bernilai RM 10 Juta 2) Naik Taraf Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu 3) RM 40 Juta dipinjamkan Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan untuk membeli tanah dan menubuhkan Kawasan Industri Cerang Tuli Pasir Puteh 4) Pembinaan medan selera di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dan Medan Usahawan Kota Meranti Pasir Mas 5) Pembinaan 8 buah Kilang Industri Kecil dan Sederhana IKS di Kelantan 6) Pembinaan Medan selera di Kemumin, Kota Bharu 7) 12 Rumah Kedai Bertingkat dibina di Badang, Kota Bharu Kelantan MB Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan permintaan rakyat dan negeri Kelantan. Selain ini bukti kerjasama baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan
43
363
31
1,091
57,929
SKANDAL BARU MALAYSIA DI SABAH Malaysia dihimpit Skandal baru apabila Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan yang Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di Sabah hanya siap 11.7 peratus padahal Kerajaan sudah membayar 94.6 Peratus kos projek atau RM 10.547 Bilion Projek ini juga turut terlewat selama 5 Tahun. Sepatutnya ia disiapkan pada 2021. Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara PAC akan menjalankan siasatan ke atas mereka terlibat dalam projek ini susulan perkara berkenaan Dilaporkan punca Projek ini lewat kerana 1) 19 pakej projek dimulakan sebelum Laporan Penilaian Alam Sekitar 2) 57 Arahan Perubahan Kerja diluluskan tanpa kebenaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Lembaga Perolehan Jabatan Kerja Raya melibatkan kos RM 513.99 Juta 3) RM 163.64 Juta dibayar tanpa kontrak kepada kontraktor atau perunding projek 4) Kehilangan 77,299 Fail Pemantauan Projek 5) Kerajaan tidak menuntut semula dana pendahuluan kerajaan untuk kerja utiliti berjumlah RM 41.37 Juta 6) Banyak kontraktor belanja berlebihan kerana pengurusan projek yang lemah dan melanggar banyak peraturan kewangan. Serta masalah pengurusan dalam pembinaan projek menyebabkan kelewatan melampau Disebabkan itu. Kos Projek ini meningkat sebanyak RM 484 Juta dan menyebabkan Lebuhraya ini hanya boleh siap pada 2030. Dari 2016-2026 hanya 4 bahagian projek daripada 35 bahagian Projek disiapkan. Baki 31 projek melibatkan 9 bahagian ialah projek sakit, 13 lewat dari jadual dan 9 mendahului jadual namun belum siap. 35 Bahagian Projek itu adalah sepanjang 706 km keseluruhan. Kos untuk Projek Fasa 1A juga meningkat melebihi had maksimum kerajaan sebanyak RM 987 Juta susulan masalah ini kepada RM 11.323 Bilion dan Kerajaan terpaksa menangguhkan Fasa 2 dan Fasa 3 projek ini PAC memaklumkan masalah ini bukan sahaja melibatkan kontraktor di tapak pembinaan, tetapi juga melibatkan masalah pentadbiran dan pengurusan di peringkat kerajaan. Disebabkan itu Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan JKR Sabah akan turut dipanggil PAC untuk siasatan Menyeluruh
321
3,302
378
6,841
573,360
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
"Go away, I don't want to see you!" DYMM YDPB Tuanku Muhriz sangat murka terhadap Ismail Lasim. #DaulatTuanku #TuankuMuhriz
542
2,636
334
8,704
690,622
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
semalam kawan aku kat Singapore tengok @SyedSaddiq punya debate dalam parlimen. Syed Saddiq cadangkan Transboundary Haze Act serupa macam Singapore supaya Kerajaan Malaysia boleh ambil tindakan ke atas syarikat-syarikat perladangan yang terlibat dengan pembakaran dekat sana. kawan aku cakap sejak akta tu dikuatkuasakan 2014, takde satu pun syarikat-syarikat yang kena saman dan didenda. dia suruh aku baca Working Paper daripada NUS pasal Transboudary Haze Act. isu utama akta dan penguatkuasaan akta tersebut: 1. saman Indonesia sebagai negara geopolitically unrealistic 2. penguatkuasaan Indonesia sendiri sangat lemah (chronically weak) 3. bukti pemilikan ladang penghalang paling besar akta dekat Singapore ni boleh denda S$100,000 sehari (dihadkan S$2 juta) kepada syarikat-syarikat Singapore yang didapati terlibat dengan pembakaran yang menyebabkan jerebu di Singapore tapi tak pernah ada yang berjaya disaman sebab kekangan aset (ladang sawit) berada luar daripada jurisdiction Singapore. tak mudah. buat akta macam mana pun kalau Indonesia tak bagi kerjasama dengan penguatkuasaan tak boleh pakai takkan selesai.
46
1,055
42
2,880
256,252
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
otw jualan nasi bungkus 😎
25
1,297
40
6,736
316,756
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
BACKFIRED Strategi UMNO di Negeri Sembilan banyak yang tak jadi. 1. April, tebuk atap yang dipelopori YB Jalal terkandas setengah jalan. Dipatahkan Presiden UMNO dan Bersatu sekali. Tak merasa Jalal jadi MB. Taktik gelojoh yang meruntuhkan Kerajaan Perpaduan yang sedang berfungsi dengan baik. 2. Ogos, walau tak dapat MB secara tebuk atap. Mereka dapat MB Shopee (bak kata Presiden) selepas PRN. Namun strategi nak turunkan Raja tak menjadi. Presiden pergi memohon sembah ke Yamtuan Tuanku Muhriz. Sekaligus menidakkan claim YamTuan Tepi. 3. MB UMNO yang dilantik pula sangat lemah. Flip flop sepanjang sebulan ini. Dilantik dan angkat sumpah taat setia kepada Yamtuan hari ini. Esoknya pergi sign proklamasi turunkan YamTuan yang sama. Bila ditanya katanya kena paksa. Seminggu lepas tu EXCO dan MB kata proklamasi itu sah pula 🤦🏻‍♀️ Nampak sangat TURN COAT ini sebab ada yang menekan. Memilih kuda baru sambil mengharapkan kemenangan. 4. September, EXCO UMNO pula bertindak paling SILLY dalam sejarah negara, keluarkan kenyataan mengesahkan proklamasi turunkan Raja yang bertakhta. Tak pernah dibuat orang jua. ULTRA VIRES kuasa mereka. Tunjukkan kad mereka secara terbuka. UMNO lah pelopor KUDETA. Tapi sama ada mereka lupa, atau alpa, semua tindakan ini memerlukan warta. Yang dibawah bidang kuasa Peguam Negara. Ini yang someone in Federal tak deliver. Sekarang mereka sangkut jua. 5. Derhaka ini sudah diwarta. EXCO mereka dilucut jawatan dan terdedah kepada jenayah treason dan pendakwaan. Ini namanya backfired big time. Thinking middle dan fence sitters mula nampak warna sebenar parti keramat. Dah banyak kali jatuh pun tak beringat2. Semalam Presiden UMNO sudah mula campur tangan dan mellow down. Katanya tiada keperluan darurat dan MB perlu mengadap YamTuan. Ramai percaya ini kerana UMNO melihat sentiment analysis rakyat terbanyak and know that they are bleeding hard. Umno kena sedar, tidak pernah dalam sejarah negara. MB menang melawan Raja/ Sultan. Dari zaman 70-an hingga sekarang. Contoh Ghazali Jawi, Idris Jusoh dan Shahidan Kassim. Bila melawan Raja mereka yang terpelanting. Dan jangan la ikut sangat style 1MDB. Trial by media ini yang memandirkan Rakyat dengan half truths dan propaganda, susah menjadi la. Sekarang zaman AI orang boleh fact check sudah. Akhirnya trial by law yang akan mengatasi. Isu Undang ini biarlah mahkamah putuskan. Jangan dibuat lagi taktik2 dangkal untuk campur tangan. Tambah sudah backfired big time. We can see through it already. Sudah2 la. Make amends with Yamtuan dan fokus mentadbir negeri. Salam hormat, Liyana Marzuki
26
168
5
554
22,346
Jam mahal² ni tiada guna andai diri sendiri tak tepati masa. 🙂‍↕️
9
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
🔥 36 TAHUN PENANTIAN, EMAS MILIK KITA 🇲🇾🥇 🇲🇾 EMAS KE-4 MALAYSIA‼️ 20th Asian Games Aichi-Nagoya 2026 🏐 Sepaktakraw 🛎️ Final - Gold Medal Match Men's Team Regu Malaysia 🇲🇾 2-0 🇹🇭 Thailand Malaysia seals the gold medal after winning the second regu in straight sets, completing a 2-0 victory over Thailand! Set 1: 15-13 Set 2: 15-10 36 years after the last Men's Team Regu gold at Beijing 1990. #AsianGames2026 #AichiNagoya2026 #MalaysiaBoleh #マレーシア
49
2,957
185
6,444
603,621
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
HIGH TREASON Derhaka ini ada banyak level. Kalau mengata dan mentohmah Raja secara terbuka, ya ia derhaka. Boleh kena penjara. Tapi setakat mengata Raja ia bukan HIGH TREASON. Yakni derhaka level tinggi. High treason ini apabila anda berkomplot dan berkonspirasi nak turunkan Raja secara tidak sah. Kesalahan ini termaktub dalam Seksyen 121B Kanun Keseksaan. Boleh dihukum penjara seumur hidup. Dengan mereka yang turut bersubahat boleh didakwa dan dihukum yang sama. Sekarang kita nilai sama ada tindakan2 ini boleh didakwa atas kesalahan HIGH TREASON atau tidak. ************* Seorang yang dikatakan Pakar Adat telah melakukan tindakan di bawah. PERTAMA, telah secara aktif memasyhurkan seorang Yamtuan baru di luar Istana, tidak mengikut adat istiadat yang sepatutnya. Beliau ke depan, menekan2 polis, mengepalai upacara. Video acara tersebut dipertontonkan ke seluruh negara. Menayangkan secara terbuka, open rebellion terhadap salah seorang 9 Raja Melayu yang sedang bertakhta. ************* KEDUA, Walaupun Proklamasi Turunkan Takhta Raja tak cukup syarat Perlembagaan: ❌ Undang yang mengumumkan tiada locus standi (hak) sebab sudah lebih awal dipecat oleh Luaknya ❌ Tiada due process dan natural justice kerana Yamtuan tidak dimaklumkan kesalahan dan tidak diberi peluang bela diri ❌ Tiada pengesahan dan tandatangan Menteri Besar sendiri Pemimpin ini masih cuba menegakkan benang yang basah dalam sebuah podcast terkenal. Berpusing2 hujah bagi menghalalkan tindakan tidak Berpelembagaan para Undang. Berlagak seolah2 beliau pakar adat yang neutral. Namun menyembunyikan hakikat ketika itu beliau telah dilantik sebagai Peguam dan Penasihat kepada Undang. Membuatkan pandangan beliau ada conflict of interest yang besar. ************* KETIGA, Pada tahun 2022, beliau telah secara aktif menobatkan Undang Jelebu sebagai “Sultan Jelebu”. Beliau juga yang menyampaikan cop mohor kepada “Sultan Jelebu” ini. “Sultan Jelebu” inilah merupakan jurucakap utama para Undang dan mengetuai upacara memasyhurkan Yamtuan baru di Melaka. Ini salah satu asbab gelaran darjah beliau ditarik balik. ****************** Saya kemukakan ketiga-tiga kejadian di atas untuk anda menilai sendiri. Adakah episod ini dikira HIGH TREASON kepada Raja2 Melayu yang sah tertakhta? Salam hormat, Liyana Marzuki NB- pagi ni tak tahu kes sedition atau high treason. Kalau hanya sedition patutnya boleh bersyukur.
11
167
3
480
18,095
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz adalah cucu kepada Agong Pertama Tuanku Abdul Rahman. Baginda adalah putera sulung Tuanku Munawir (Yamtuan Besar Negeri Sembilan 1960–1967). Apabila Tuanku Munawir mangkat pada 14 April 1967, Tuanku Muhriz ketika itu berusia sekitar 18–19 tahun. Undang Yang Empat tidak memilih beliau, sebaliknya memilih bapa saudara baginda, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, sebagai Yamtuan Besar ke-10. Alasan utama yang dinyatakan ialah usia Tuanku Mukhriz yang masih muda; Undang mahukan pemerintah yang lebih berpengalaman. Sistem Negeri Sembilan memang bukan warisan mutlak kepada anak sulung. Undang Yang Empat memilih dari kalangan Putera Yang Empat berdasarkan kesesuaian. Anak lelaki pemerintah yang mangkat diutamakan, tetapi mereka boleh memilih saudara lelaki jika dianggap lebih sesuai. Selepas Tuanku Ja’afar mangkat pada Disember 2008, Undang memilih semula Tuanku Mukhriz sebagai Yamtuan Besar ke-11. Kali ini baginda sudah berusia 60 tahun. Ramai melihatnya sebagai pemulihan susur galur yang sepatutnya. Ringkasnya: ya, baginda “terlepas” takhta pada 1967 kerana masih muda, dan digantikan oleh Tuanku Ja’afar. Kemudian baginda dilantik pada 2008. Semoga Allah sejahterakan dan panjangkan umur Tuanku Mukhriz untuk memimpin Negeri Sembilan. Daulat Tuanku!
36
526
9
1,758
84,421
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
TERKINI Peguam Negara sahkan, Najib Razak masih kekal penjara sbb RM50j tidak diselesaikan lagi untuk tahanan rumah sehingga Ogos 2028 berkaitan hukuman jenayah SRC. Jika tak mampu bayar, kekal di penjara Kajang & bebas sekitar 2029. 1 lagi kes jenayah Najib berkaitan 1MDB; High Court telah jatuh hukum 15 tahun penjara. Settle hukuman SRC, sambung pula 15 tahun. Najib merayu kes ini. Kalau rayuan 1MDB tak lepas, 15 tahun lagi. Sekitar 2044 umur 90/91, baru bebas. Tak termasuk denda RM11.4b.
48
1,450
121
3,164
230,768
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
ZUHUD Saya suka menilai pemimpin melalui betapa zuhudnya mereka. Zuhud ni bukan bermaksud papa kedana. Level Gandhi yang tak punya apa. Tapi bagaimana lepas dapat kuasa dan jawatan, mereka maintain lifestyle. Tak berubah selepas memerintah. Tak menunjuk2 dan bermewah. Itu tunjukkan, kuat nekad mereka menjaga amanah. Wang dan kemegahan yang datang dengan jawatan atau kerusi, tidak berubah prinsip diri. Itu sebab dalam sejarah kita perhatikan, majoriti pemimpin terbaik dunia, hidup mereka biasa2 ajer. Kita kenal mereka bukan kerana harta yang mereka ada. Tetapi legasi membina bangsa dan negara. **************** Bila saya memilih untuk perjuangkan kedudukan YamTuan Negeri Sembilan. Ini yang saya perhatikan. Ini dianya sebuah keluarga Di-Raja yang chill sahaja. Sepanjang hampir 2 dekad bertakhta jarang ada isu atau skandal. Mereka bukan Keluarga Diraja yang all out meniaga, dari sebelum Baginda jadi Raja, hidup mereka seperti orang biasa. DYMM Tuanku Muhriz tunggu 40 tahun setelah mangkatnya Ayahanda Baginda untuk naik jadi YamTuan. Sepanjang tempoh itu Baginda dan permaisurinya bekerja korporat. Seperti kita makan gaji. Bukan mengejar projek Kerajaan sana sini. Lepas dah naik jadi Raja pun, lifestyle mereka maintain ajer. Tengok Tuanku Ampuan Tuanku Aishah Rohani pun humble. Style Baginda sama seperti dulu, kata mereka yang rapat dengan Istana. Tiada permata sarat, tiada beg Berkin di tangan. Walhal Baginda Tuanku Ampuan ini membesar di perkarangan Istana. Baginda kerabat Diraja Terengganu. Yang dari dulu ramai yang kasih kerana molek perilaku. ************ Bila saya terima video ini semalam. Hati saya sebak. Melihatkan seorang Permaisuri yang menitikkan air mata, melihat sokongan Rakyat. Dalam tempoh mereka ke luar negara baru-baru ini, keluarga ini diderhaka. Oleh pemimpin politik yang baru dilantik. Baru sahaja mengangkat sumpah taat setia. Tapi mereka khianati Baginda. Tapi jelas Rakyat biasa bersama mereka. Melimpah ruah sambutan rakyat di KLIA Khamis lepas. Dan mereka inilah Rakyat N9 yang sentiasa percaya bait lirik lagu Negeri Sembilan. Akhirnya “musuhnya habis binasa”. There’s a time in our life. We need to pick a side. And this is the moment for me. In sya Allah, saya akan terus pertahankan Raja dan Permaisuri N9 yang baik serta zuhud ini sampai titik akhir. Kalau bukan kita orang Melayu sendiri, siapa lagi? Salam hormat, Liyana Marzuki
35
266
6
1,057
40,576
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
BULLDOZE Maka benarlah apa yang kebanyakan peguam dan pakar sudah nyatakan sebelum ini. Penurunan takhta YamTuan ada tertib dan ada aturan. Kena ikut Adat dan Perlembagaan. Paling utama, apa-apa proklamasi Undang untuk menurunkan takhta Raja memerlukan persetujuan dan tandatangan MB. Yang MB lama tak sanggup buat kerana dikatakan terdapat banyak lompong yang melanggar Adat dan Perlembagaan. Semalam dalam sidang media didedahkan bahawa mereka sudah mendapat tandatangan MB baru. Dan penurunan takhta itu dikatakan berkuat kuasa serta-merta sehari sebelumnya. Di sinilah persoalan semakin besar. Kalau akhirnya tandatangan MB diperlukan untuk menyempurnakan proses penurunan takhta, bukankah itu mengesahkan hujah yang kami bangkitkan dari awal? Tandatangan MB itu penting. Jadi sebelum adanya proklamasi penurunan takhta yang lengkap dengan tandatangan MB, kenapa Undang sudah menamakan YamTuan baru? Kenapa sudah dibuat pemasyhuran di sebuah hotel di Melaka? Kalau proses turun takhta belum sempurna, kenapa dimasyhurkan penggantinya? Di situlah nampak caca-merbanya. Itulah dikatakan borderline derhaka. Sebab itu dari awal bekas Hakim dan Profesor Undang-undang sudah mengingatkan: urusan menurunkan seorang Raja bukan urusan koboi. Ada Adat. Ada Undang-undang Tubuh. Ada Perlembagaan. Hakikatnya, mereka bulldoze. Buat dahulu. Umum dahulu. Pemasyhuran dahulu. Kemudian combat in media. Cuba memajak otak kita supaya tindakan luar biasa ini lama-kelamaan kelihatan biasa. Normalisasikan derhaka kepada Raja. **************** Tetapi bagi saya, persoalan yang jauh lebih besar bukan lagi siapa menang atau kalah dalam pertelingkahan ini. Persoalannya ialah apa yang kita sedang lakukan kepada Institusi Raja? Kalau proses menurunkan takhta dan menaikkan Raja boleh dibuat melalui trial by media, dengan aturan dan prosedur diketepikan, apakah precedent yang sedang kita bina? Kalau hari ini seorang Raja boleh cuba diturunkan dengan cara begini, apa jaminannya Raja-raja Melayu yang lain tidak akan berhadapan perkara sama pada masa hadapan? Institusi tidak runtuh dalam sehari. Ia terhakis sedikit demi sedikit apabila aturan boleh diketepikan kerana ada sesetengah pihak punya agenda tersendiri. Bersultan di mata, Beraja di hati. Dan selepas segala hiruk-pikuk ini, ada satu soalan paling asas yang masih perlu dijawab kepada rakyat: Kenapa Raja yang sedang bertakhta perlu diturunkan? Apa sebenarnya salah Baginda? Adakah kerana beliau lantang melawan rasuah dan salahguna kuasa? Itu soalan yang Kerajaan Negeri sekarang perlu jawab segera. Salam hormat, Liyana Marzuki NB- titah Baginda sejak tahun 2023. Sudah lama mereka ini buat kerja.
28
325
6
691
26,105
Fawwaz (فواز) 🐯 retweeted
Accurate? 😆 © desimpedidos
219
1,924
54
35,317
3,514,717