Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔
Terbuka kepada:-
Agensi Kerajaan; Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
🗳️ Undi Pos PRU Dewan Negeri Melaka Ke-16
Bagi anda yang layak dan memenuhi kategori Pengundi Pos (1A, 1B, atau 1C), permohonan telah dibuka!
Sila ambil maklum tarikh tutup permohonan bagi Undi Pos.
Kemukakan permohonan segera!
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
🗳️ TARIKH-TARIKH PENTING PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16
Rancang masa anda! Berikut adalah tarikh-tarikh penting sepanjang proses Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-16 untuk makluman dan perhatian warga Melaka
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
The Ministry of Foreign Affairs expresses its profound sorrow and extends its deepest condolences on the passing of Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
#SalamHariKebangsaan2026 #RakanWisma
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾✨
Hari penuh bermakna ini mengingatkan kita kepada perjuangan, pengorbanan, dan tekad para pejuang tanah air yang telah memerdekakan negara tercinta—Malaysia!
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Wisma Putra dan pejabat Perwakilan di luar negara merakamkan salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.
Semoga semangat #HKHM2026 terus memperteguh nilai perpaduan, kecintaan, dan kesetiaan kita terhadap negara.
Hayati erti kemerdekaan, raikan kebersamaan, dan kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! 🔴⚪🔵🟡
#WismaPutra #HKHM2026 #KesejahteraanDinikmati #Merdeka69 #Merdeka360 – at Putrajaya Federal Territory, Malaysia
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
Semarakkan semangat patriotisme anda! 🇲🇾
Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang bertemakan 'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati'.
📍 Lokasi: Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
📅 Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
⌚ Masa: 7.00 Pagi
Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan semangat kebersamaan demi Malaysia tercinta.
Jumpa anda di Dataran Putrajaya! 👋
#WismaPutra #HKHM2026 #KesejahteraanDinikmati #DiplomasiMADANI #MalaysiaMADANI – at Putrajaya Federal Territory, Malaysia
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐒𝐮𝐧𝐬𝐞𝐭 𝐀𝐢𝐫 𝐒𝐡𝐨𝐰: 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐤𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐧𝐣𝐚 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 🇲🇾✈️
✈️ Merdeka Sunset Air Show bakal mewarnai ruang udara Putrajaya menerusi pertunjukan “Melukis Senja” oleh Pasukan Aerobatik Krisakti menjelang Hari Kebangsaan 2026.
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
ApaKhabar✋ |
RakanWisma 🇲🇾🌐
🌺 Wisma Putra extends its heartiest congratulations to the Republic of Côte d'Ivoire on the auspicious occasion of the 66th Anniversary of the Independence Day.
🇲🇾🤝🏻 🇨🇮
#WismaPutra #MalaysiaCôtedIvoire #BilateralRelations #DiplomasiMADANI #TaatSetia – at Putrajaya Federal Territory, Malaysia
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
ApaKhabar✋ |
RakanWisma 🇲🇾🌐
° Marking 59 years of regional integration, ASEAN's journey began when five nations chose cooperation, anchored by founding leaders like Malaysia's Tun Abdul Razak. Through pivotal milestones, from establishing landmark agreements such as the Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC) to hosting the inaugural East Asia Summit during Malaysia's Chairmanship 2005, the region continuously elevated ASEAN Centrality while laying strong legal foundations via the ASEAN Charter.
° Malaysia continues driving a forward-looking agenda under the ASEAN Community Vision 2045 in maintaining regional peace and stability, economic integration and socio-cultural cooperation. Happy 59th ASEAN Day as we continue navigating our future, together!
🇲🇾🌐
#ASEANDay #WismaPutra #MalaysiaInASEAN #RegionalUnity #DiplomasiMADANI #TaatSetia – at Putrajaya Federal Territory, Malaysia
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
ApaKhabar✋ |
RakanWisma 🇲🇾🌐
Celebrating 70 Years of the Establishment of Wisma Putra
° Since year 1956, Wisma Putra has stood at the forefront of Malaysia's diplomatic journey— advancing the nation's interests, strengthening friendships and cooperation across borders, and serving Malaysians with dedication both at home and around the world.
° Stay tuned as we unveil more exciting highlights leading up to the official 70th Anniversary celebration later this year.
° Together, let us honour our legacy, celebrate our achievements, and embrace the future of Malaysian diplomacy.
#WismaPutra70 #70TahunPerkhidmatanLuarNegeri #70YearsForeignService #DiplomasiMADANI #MalaysiaMADANI #TaatSetia – at Putrajaya Federal Territory, Malaysia
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
PERMOHONAN UNDI POS BAGI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI (PRU DN) JOHOR KE-16
Klik pautan di bawah ini untuk maklumat lanjut:
spr.gov.my/permohonan-undi-p…
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
Agong seru rakyat hayati Rukun Negara dan jadikan panduan hidup sebagai rakyat Malaysia.
#BernamaNews
#InfografikBernama
#RukunNegara
#TitahAgong
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
° Kementerian Luar Negeri merafak sembah dan merakamkan Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
° Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala, dilanjutkan usia zaman, dan sentiasa sihat wal’afiat selama-lamanya.
Dirgahayu Tuanku!
° Kementerian ini selanjutnya merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan dan menganugerah Darjah Kebesaran Persekutuan, Bintang dan Pingat kepada Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai Kementerian ini, yang telah disempurnakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 Istana Negara, seperti berikut:
1. Tan Sri Amran Mohamed Zin
Ketua Setiausaha
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
2. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin
Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
3. Datuk Cheong Loon Lai
Duta Besar Malaysia ke
Persekutuan Rusia
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
4. Dato' Shariffah Norhana Syed Mustaffa
Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
5. Datuk Yubazlan Haji Yusof
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia
Diraja (P.S.D.)
6. YM Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin
Ketua Sekretariat
Sekretariat Induk Logistik ASEAN
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
7. YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir
Konsul Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi
Darjah Kebesaran Persekutuan
Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)
🌺 Kementerian merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Setiausaha dan semua penerima. Semoga penganugerahan ini akan terus mendorong kecemerlangan dalam perkhidmatan kepada negara.
#DirgahayuTuanku #WismaPutra #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI
#Taatsetia – at Putrajaya, Putrajaya Federal Territory
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
ApaKhabar✋|
RakanWisma🇲🇾🌐
° Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Wisma Putra mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 kepada semua yang meraikannya. Semoga sambutan penuh makna ini terus menyuburkan semangat kesyukuran, perpaduan serta penghargaan terhadap keunikan budaya dan warisan tradisi yang menjadi tunjang keharmonian Malaysia MADANI.
🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Selamat Ari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua✨
#WismaPutra #PestaKaamatan #HariGawai #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #TaatSetia
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
Kebesaran dan kemuliaan Hari Raya Aidiladha pasti merujuk kepada teladan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s atas ujian yang dihadapi, serta memperlihatkan hikmah dan rahsia Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. Sementalahan, di sebalik ikhtiar dan usaha yang dilakukan kita dalam mendepani pelbagai cabaran yang mendatang, pasti ada pengorbanan yang harus menjadi prasyarat.
Justeru, pengorbanan yang kita lakukan hari ini punya harganya yang tersendiri dalam pelbagai perkara sama ada dalam hal ehwal pengurusan dan pengemudian ekonomi negara, bidang keilmuan dan lapangan keagamaan punya penekanan dan manifestasi masa hadapan. Lantaran itu, berkorban dalam menongkah ujian hari ini demi masa hadapan yang lebih baik ternyata menjadi rahsia Tuhan yang terdalam, demi masa depan keluarga, negara dan malah, kehidupan selepas kematian juga.
Mari bersama renungi Firman Allah SWT:
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهْدِينِ ﴿٩٩﴾ رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠٠﴾ فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ﴿١٠١﴾ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya: Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
(Surah al-Saffat: 99-102)
Maknanya, tanpa pengorbanan hidup menjadi tidak bermakna dan gersang nilai. Sesuatu yang dikorbankan adalah sesuatu yang memang menjadi kemahuan manusia—harta, keluarga dan kedudukan. Oleh dengan itu, nilai keikhlasan dan ketakwaan seseorang dapat diukur, yakni semakin berharga sesuatu yang ia korbankan, maka semakin besar pula ketakwaan dan natijahnya.
Oleh yang demikian, hikmah menunaikan Haji merupakan antara kurniaan terbesar Ilahi kepada hamba-Nya. Kita mengenang manasik Haji sebagai salah satu rukun Islam. Haji punyai maqasid kerohanian yang tersendiri yang bertujuan memadrasahkan jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana.
Tatkala berihram dengan pakaian serba putih dan kosong, kita diasuh dengan nilai kebersihan, kemurnian dan kesederhanaan. Segala busana mewah dan lencana kehormat harus ditinggalkan. Demikian juga wuquf di Arafah, suatu perhimpunan raksasa tanpa mengira tingkat diri di dalam masyarakat, darjat atau pangkat, lantas membugar rasa insaf dan tawaduk di hadapan Allah SWT. Inilah tonggak kekuatan Haji yang tidak tertandingkan, terpancar menerusi garapan yang mendalam, penghayatan dan hidupnya amalan kita.
Walhasil, atas iktibar ini saya mengajak umat Islam agar menghayati pesanan kesederhanaan yang dizahirkan dalam ibadah Haji, agar sentiasa tawaduk dan tidak terpukau dengan gemerlapan tarikan kemewahan dunia yang sementara. Jangan kita terpesong dari tujuan dan landasan kita. Dunia harus menjadi jambatan utuh ke arah negeri yang abadi dan kekal selamanya.
Akhirul kalam, saya turut mendoakan agar para jemaah yang kini berada di tanah suci beroleh Haji yang mabrur, dan semoga pulang ke tanah air dengan sejahtera.
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ
ANWAR IBRAHIM
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
ApaKhabar✋
SalamUkhuwah |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Wisma Putra mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan terus mekar demi kesejahteraan bersama.
° Wisma Putra kekal komited membawa aspirasi Diplomasi MADANI dalam memperkukuh hubungan antarabangsa serta menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara.
🌺 Indah takbir bergema syahdu,
Syiar nan syukur sarat bermakna,
Aidiladha medan satukan kalbu,
Mengerat ukhuwah untuk selamanya.
! سلامت هاري راي عيد الأضحى |
عِيدُ الأَضْحَىٰ مُبَارَكٌ 🌙✨
#WismaPutra #Aidiladha1447H #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #TaatSetia
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
Prestasi ekonomi Malaysia pada suku pertama 2026 telah diterbitkan hari ini.
Dapatkan maklumat lanjut dalam laporan kami melalui bnm.gov.my/gdp1q26bm
#GDP #1Q2026BNMQuarterlyBulletin
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Heartiest congratulations to the Secretary General of the Ministry of Foreign Affairs, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin on being conferred the Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) in conjunction with Labour Day 2026.
° This prestigious recognition is a testament to Dato' Sri’s exemplary leadership and outstanding dedication in leading Wisma Putra team, including the significant success of ASEAN-Malaysia Chairmanship 2025.
🌺 A truly proud moment for the entire Wisma Putra family!
🇲🇾🌐
____________________________
° Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri atas penganugerahan Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) sempena Sambutan Hari Pekerja 2026.
° Pengiktirafan berprestij ini adalah bukti nyata kepimpinan berwibawa dan dedikasi luar biasa Dato' Sri KSU dalam menerajui pasukan Wisma Putra termasuklah kejayaan besar dalam Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
🌺 Syabas dan tahniah daripada seluruh warga Wisma Putra!
🇲🇾🌐
#WismaPutra #HariPekerja2026 #PekerjaMADANIKesumaBangsa #TaatSetia #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI – at Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
ApaKhabar📜 |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia 2026, serta sebagai tanda sokongan penuh terhadap agenda nasional Kota Baca 2026, jom sambung lagi perkongsian buku pilihan warga Wisma Putra—mungkin ada yang sama dengan citarasa anda! 🫴📖😊
🌺 "Di Kota Ini Semua
Membaca" 📚
[BAHAGIAN DUA 2️⃣]
#WismaPutra #MalaysiaMembacaTimWismaPutra #BookTokMalaysia #MalaysiaMembaca #KotaBaca2026 #TaatSetia #DiplomasiMADANI #MalaysiaMADANI – at Putrajaya, Putrajaya Federal Territory
Ambassade de Malaisie à Conakry retweeted
ApaKhabar📜 |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia 2026, serta sebagai tanda sokongan penuh terhadap agenda nasional Kota Baca 2026, jom kita tengok apa agaknya buku-buku yang warga Wisma Putra suka baca dan hayati, ayuh ! 🫴 📖
🌺 "Di Kota Ini Semua Membaca" 📚
[BAHAGIAN SATU 1️⃣]
#WismaPutra #MalaysiaMembacaTimWismaPutra #BookTokMalaysia #MalaysiaMembaca #KotaBaca2026 #TaatSetia #DiplomasiMADANI #DiplomasiMembaca #MalaysiaMADANI – at Putrajaya, Putrajaya Federal Territory

























