π¦ππππ ππ§Β π ππ‘π¬ππ ππ¨π§Β πππ₯πΒ ππππ£ππ©πππΒ
PAT,Β Jen.Β TanΒ SriΒ Dato'Β SeriΒ HajiΒ MalekΒ RazakΒ binΒ SulaimanΒ sertaΒ seluruhΒ wargaΒ ATMΒ mengucapkanΒ SelamatΒ MenyambutΒ HariΒ DeepavaliΒ kepadaΒ seluruhΒ penganutΒ agamaΒ HinduΒ diΒ Malaysia,Β khususnyaΒ wargaΒ ATMΒ yangΒ meraikannya.
π¦ππ§π¨ π‘ππππ₯π, π¦ππ§π¨ πππ¦ππ§ππππ‘, π¦ππ§π¨ ππ ππ‘ππ.
Kepelbagaian cabang perkhidmatan bukan pemisah, sebaliknya kekuatan yang menyatukan demi keamanan dan keselamatan tanah air.
#MKATM
#KetahananATMBentengPertahananNegara #ATMSentiasaBersepadu
Setiap penambahbaikan yang dilaksanakan bukan sekadar menaik taraf infrastruktur, tetapi turut memberi manfaat kepada generasi masa depan negara π²πΎ
Semoga usaha kecil ini terus #MenyulamHarapan dan memberi impak yang berkekalan kepada pendidikan anak-anak warga ATM.
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Menteri Pertahanan, YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan peluncuran Kempen Harga Istimewa Tentera Sejahtera (HITS) anjuran Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) pada 15 Oktober 2026.
Kempen ini menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi 308 unit penyimpanan stok (SKU), merangkumi 30 kategori barangan keperluan harian di rangkaian premis PERNAMA seluruh negara bagi membantu meringankan beban perbelanjaan warga pertahanan.
Pelaksanaan kempen ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh kebajikan serta meningkatkan kesejahteraan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta warga pertahanan.
#MindefMalaysia
#MindefUpdate
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
PARIS, 3 NOVEMBER 2026 β Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menyertai Euronaval 2026, pameran pertahanan maritim antarabangsa edisi ke-30 yang berlangsung dari 3 hingga 6 November 2026 di Paris Nord Villepinte, Perancis. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, Catherine Vautrin, selepas ucapan pembukaan oleh Presiden Euronaval, Pierre Γric Pommellet. Beliau menekankan kesiagaan menghadapi konflik berintensiti tinggi, pengukuhan kapasiti industri pertahanan dan kerjasama antarabangsa.
Delegasi MINDEF diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg. Datoβ Abdul Hadi bin Omar, bersama Panglima Tentera Laut, YBhg. Laksamana Tan Sri Datoβ (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain TLDM serta wakil industri tempatan, BSES dan LUNAS. Delegasi turut mengadakan perbincangan dengan Leftenan Jeneral GaΓ«l Diaz de Tuesta, Pengarah Kerjasama Antarabangsa dan Eksport Agensi Perolehan Pertahanan Perancis (DGA), bagi memperkukuh kerjasama pertahanan MalaysiaβPerancis melalui pendekatan antara kerajaan (G2G), termasuk pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Perbincangan turut menyentuh lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, ke Malaysia yang dijangka berlangsung pada 16 hingga 17 November 2026.
Dalam sesi libat urus industri, delegasi MINDEF bertemu wakil Fincantieri, KNDS, Thales, Airbus dan MBDA bagi meneroka peluang kerjasama strategik, pemindahan teknologi dan penyertaan syarikat Malaysia dalam projek pertahanan antarabangsa. Inisiatif ini selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh penguasaan teknologi, membangunkan kepakaran tempatan dan meningkatkan kemandirian industri pertahanan negara.
MINDEF turut mempromosikan LIMA 2027 di Langkawi pada 20 hingga 24 April 2027 serta DSA & NATSEC Asia 2028 di Kuala Lumpur pada 17 hingga 20 April 2028 sebagai platform memperluas jaringan industri dan membuka peluang kerjasama antarabangsa.
#MindefMalaysia
#MindefUpdate
#DiplomasiPertahanan
πππ¦π πππππ‘ππ‘π, πππππ¦π πππͺππ₯ππ¦π, π ππ‘π§ππ‘ π£ππ‘ππππ π πππ₯πππππ‘ π¦ππ π£ππ‘π πππ₯π ππ§π ππ-π΅π―
Berita lanjut di: facebook.com/share/p/1ESq7uCβ¦
#MKATM #KetahananATMBentengPertahananNegara #ATMSentiasaBersepadu
π π¨π¦π¨π π§ππππ π¦πππππ¨ πππππππ§ππ‘, ππ‘πππ ππ‘ π§ππ§ππ£ π£ππ₯ππ¨ πππ§ππ‘πππ‘π
Ancaman terhadap negara kini hadir merentasi dunia siber yang tidak kelihatan.
#MKATM #KetahananATMBentengPertahananNegara #ATMSentiasaBersepadu
Melalui Program Sekolah Angkat MADANI, LTAT dan syarikat kumpulannya telah mengangkat 80 Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (SRA)/ KAFA dalam kem ATM di seluruh negara bagi menyokong pendidikan dan kesejahteraan generasi pewaris negara β¨
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Pendaftaran Armed Forces Run 2026 pada 20 Disember 2026 di Dataran Wawasan, Putrajaya masih dibuka sehingga 30 November ini.
Maklumat lanjut serta pendaftaran di pautan:
checkpointspot.asia/event/arβ¦
Let's run with the Force!
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Sorotan Majlis Penyerahan Projek Program Jiwa Murni (PJM) MADANI Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) Tahun 2026 Negeri Melaka yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di Balai Raya Tanjung Nibong, Telok Mas, Melaka.
Sebanyak tiga projek dengan nilai keseluruhan RM199,032.60 telah diserahkan kepada komuniti setempat sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta memperkukuh hubungan awam-tentera.
#MindefMalaysia
#MindefUpdate
#PJMMADANI
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
MELAKA, 4 November 2026 β Menteri Pertahanan, YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Program Jiwa Murni (PJM) MADANI Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) Tahun 2026 Negeri Melaka di Balai Raya Tanjung Nibong, Telok Mas.
Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tiga plak projek PJM MADANI kepada wakil komuniti setempat melibatkan kerja penyelenggaraan dan baik pulih Balai Raya Tanjung Nibong, Surau Raja Haji di Jeti Nelayan Tanjung Nibong serta Balai Raya Kampung Tambak Bugis dengan nilai keseluruhan RM199,032.60 bagi meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Bagi tahun 2026, sebanyak 28 projek PJM MADANI dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negeri Melaka dengan jumlah peruntukan RM1,130,582.40. Sehingga 30 Oktober 2026, sebanyak 15 projek telah disiapkan, lima projek sedang dilaksanakan, manakala lapan projek lagi dalam perancangan. Kesemua projek dilaksanakan oleh 9 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka.
Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat, di samping memperkukuh hubungan dan kepercayaan rakyat terhadap ATM menerusi Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC), selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026β2030.
#MindefMalaysia
#MindefUpdate
#PJMMADANI
π¦ππππ πππ₯π πππ‘πππ§, π ππ‘πππ₯ππ§ πππ‘πππ‘ π¬ππππ‘
Credit: YT β Khir Rezza
#MKATM
#KetahananATMBentengPertahananNegara #ATMSentiasaBersepadu
#KesiagaanAirborne
#TerjunPayungATM
π ππππ¬π¦ππβππ₯π¨π‘ππ π§ππ₯π¨π¦ π¦πππ₯ππ‘π, ππππ§ππ‘ π£ππ₯π¦ππ¨πππ₯πππ‘ π§ππ₯ππ¦ πππ₯πππ¦ππ π π£ππ₯π§ππππ‘ππ‘ πππππ§ππ₯ππ
Berita lanjut di: facebook.com/share/p/19jki4wβ¦
#MKATM #KetahananATMBentengPertahahanNegara #ATMSentiasaBersepadu
Ketua Eksekutif LTAT, YBhg. Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi telah menyampaikan syarahan khas bertajuk βOrganisational Management in Practice: Leadership & Strategic Insights from LTATβ kepada para pelajar Sarjana Pengurusan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan -
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Peluang Kerjaya bersama PERHEBAT
Permohonan terbuka kepada SEMUA warganegara Malaysia yang berkelayakan.
Mohon sekarang disini forms.gle/cAKf9AptqfvArgSy6
Permohonan, syarat & kelayakan serta info lanjut layari perhebat.com.my/jawatan
#JOBSatPERHEBAT #jawatankosong #PERHEBAT
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Karnival Kerjaya Kedua Perwira jadi tumpuan!
Bersempena Konvo71 PERHEBAT, karnival kerjaya ini diadakan pada 27-28 Oktober 2026 yang menawarkan hampir 300 peluang pekerjaan dan latihan industri kepada anggota dan veteran tentera
#PERHEBAT #KerjayaKeduaPerwira
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Komitmen dalam memelihara warisan dan sejarah ketenteraan laut terus diperkukuh menerusi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan visual kapal selam di Muzium Kapal Selam, Pantai Klebang, Melaka.
#NavyUpdate
#CIMIC
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) terus komited dalam menjaga kebajikan Warga Kerja Pertahanan (WKP) melalui pelaksanaan Kempen Harga Istimewa Tentera Sejahtera (HITS).
Inisiatif ini menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi 308 unit penyimpanan stok (SKU) merangkumi 30 kategori barangan keperluan harian di seluruh premis PERNAMA di seluruh negara.
Pelaksanaan kempen ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam membantu meringankan kos sara hidup serta memastikan warga pertahanan mendapat akses kepada barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.
#MindefMalaysia
#MindefUpdate











































