Misiah Taib (@MisiahTaib) header
Misiah Taib (@MisiahTaib) profile picture

#YNWA (Youโ€™re Nothing Without ALLAH)

Malaysia
Joined April 2010
Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)Photo by Misiah Taib (@MisiahTaib)
Majlis Perasmian dan Serahan Projek Naik Taraf Lobi Menara PETRA serta merasmikan Anjung PETRA. #PETRA #MalaysiaMADANI
2
4
329
Persekitaran kerja yang selesa bukan sekadar soal ruang dan kemudahan, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membina suasana kerja yang positif, produktif dan menyeronokkan. Hari ini, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian dan Serahan Projek Naik Taraf Lobi Menara PETRA serta merasmikan Anjung PETRA. Selepas lebih dua dekad beroperasi sejak tahun 2004, Menara PETRA kini tampil dengan wajah baharu menerusi naik taraf lobi yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Putrajaya. Pembaharuan ini bukan sahaja memberikan suasana yang lebih segar dan selesa, malah mencerminkan komitmen PETRA untuk terus memodenkan persekitaran kerja seiring dengan agenda pendigitalan. Turut melengkapkan pembaharuan ini ialah Anjung PETRA, sebuah ruang rekreasi dan interaksi yang diwujudkan sebagai tempat warga kerja berehat, berinteraksi dan mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja. Ini kerana tempat kerja yang baik bukan hanya tempat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab, tetapi juga ruang untuk membina hubungan, menyemai kebersamaan dan menikmati perjalanan bekerja bersama-sama. Inilah komitmen PETRA untuk terus membudayakan keseronokan bekerja serta memperkukuh kesejahteraan warga kerja, di samping mengekalkan prestasi cemerlang dalam Indeks Keseronokan Bekerja dalam kalangan kementerian. #PETRA #MalaysiaMADANI 19 Nov 2026 | Putrajaya
2
5
315
Alhamdulillah, dapat bersama-sama warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Perhimpunan Bulanan PETRA bagi bulan November 2026 di Dewan Baiduri, Menara PETRA, Putrajaya, pagi ini tadi. Saya telah menyentuh beberapa perkara penting, khususnya mengenai pelaksanaan Belanjawan 2027 yang memperuntukkan sebanyak RM5.33 bilion kepada PETRA, termasuk RM4.92 bilion bagi peruntukan pembangunan yang melibatkan 559 program dan projek. Peruntukan ini perlu diterjemahkan kepada pelaksanaan projek yang berkesan, khususnya dalam memperkukuh mitigasi banjir, keterjaminan bekalan air, kestabilan bekalan elektrik serta agenda peralihan tenaga lestari negara. Saya juga berkongsi perkembangan dan pencapaian PETRA sepanjang tahun ini, termasuk penyerahan projek bekalan elektrik di Sabah, pelaksanaan inisiatif sektor air dan pembetungan serta kejayaan PETRA meraih pengiktirafan dalam Anugerah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026. Dalam aspek tadbir urus, saya menegaskan bahawa setiap ringgit wang awam merupakan amanah yang mesti diuruskan dengan penuh tanggungjawab. Syabas kepada 13 PTJ yang berjaya memperoleh penarafan lima bintang dalam Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan PETRA tahun ini, berbanding 10 PTJ pada tahun lalu. Saya turut menekankan kepentingan pembudayaan integriti menerusi Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PETRA 2026โ€“2030 serta mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) atas pengiktirafan sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182). Menjelang penghujung tahun 2026 dan persediaan memasuki tahun 2027, saya berharap seluruh warga PETRA akan terus memperkukuh kerjasama, meningkatkan kecekapan penyampaian serta memastikan setiap perancangan dan projek kementerian memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat. Ingatlah, setiap tugas adalah amanah, walau sekecil mana sekalipun. Laksanakan dengan ikhlas, sempurnakan dengan ihsan dan jadikan setiap usaha sebagai khidmat yang membawa kebaikan kepada negara. Jernih mengalir air di kali; Menjana tenaga menyinari bumi; 2026 disemat teguh di hati; 2027 PETRA terus berbakti. #PETRA #MalaysiaMADANI
3
3
287
Malaysia kini berada pada fasa penting dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), khususnya dalam usaha memperkukuh produktiviti, daya saing dan keupayaan teknologi tempatan menerusi agenda Made by Malaysia. Perkara ini saya tekankan ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini. Sasaran meningkatkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada 2.5 peratus KDNK menjelang 2030 memerlukan komitmen bersama Kerajaan, industri dan komuniti penyelidikan. Namun, kejayaan tidak boleh diukur melalui jumlah pelaburan semata-mata, sebaliknya melalui teknologi yang dibangunkan, produktiviti yang meningkat dan manfaat yang dirasai oleh rakyat. MOSTI berperanan penting menghubungkan dasar, penyelidikan, pembangunan bakat dan industri di mana kepakaran Felo ASM pula perlu terus dimanfaatkan sebagai sumber nasihat saintifik berwibawa bagi memastikan keputusan negara berasaskan bukti. Sehubungan itu, saya menyambut baik Pelan Strategik ASM 2026โ€“2030 yang meletakkan ASM sebagai Peneraju Transformasi STIE (STIE Transformation Trailblazer) melalui pendekatanModel Berasaskan Jaringan (Networked Organisation Model). Pendekatan ini wajar ke arah memperkukuh hubungan antara pakar, Kerajaan, industri dan masyarakat bagi mempercepat penyelesaian cabaran negara. Semangat Berani Mencabar Kebiasaan atau Dare to Disrupt pula menuntut keberanian mencabar pendekatan konvensional, berasaskan bukti saintifik dan pandangan masa hadapan atau foresight. Kita perlu menjangka perubahan teknologi dan keperluan masyarakat lebih awal, bukan sekadar bertindak apabila cabaran telah berlaku. Keupayaan negara membangunkan teknologi sendiri juga bergantung kepada bakat STEM yang berkualiti. Pendidikan, penyelidikan dan keperluan industri perlu bergerak seiring supaya bakat tempatan mempunyai peluang kerjaya yang bermakna serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Para Felo ASM mempunyai peranan penting sebagai penasihat dasar, penghubung industri dan pembimbing generasi saintis muda. Kepakaran dan pengalaman mereka mesti terus menjadi kekuatan kepada ekosistem inovasi negara. Kepada semua Felo Kanan dan Felo baharu ASM, saya ingin menitipkan tiga harapan utama :- Pertama, teruslah memberikan nasihat saintifik yang bebas, berwibawa dan berasaskan bukti, termasuk apabila dapatan tersebut mencabar pendekatan sedia ada. Kedua, dekatilah industri dan masyarakat supaya penyelidikan benar-benar menyelesaikan masalah, mencipta nilai ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ketiga, bimbinglah generasi pelapis agar kecemerlangan saintifik negara dapat diteruskan dan diperkukuh. Tahniah kepada semua Felo Kanan dan Felo baharu ASM. #MalaysiaMadani #MadaniBekerja Kuala Lumpur l 18 November 2026 l Rabu
2
6
319
Seronok dapat meluangkan masa menyantuni anak-anak yang datang dari jauh, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Singgah Manis, Kinabatangan, Sabah, yang berkunjung ke Parlimen menerusi program lawatan sambil belajar. Seramai 11 orang pelajar hadir bersama 4 orang guru pengiring dan 3 orang wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Semoga pengalaman berada di Parlimen dapat memberikan sesuatu yang bermakna buat anak-anak ini. Lawatan seperti ini bukan sekadar peluang untuk melihat sendiri suasana di Parlimen, tetapi juga ruang untuk anak-anak mengenali dengan lebih dekat institusi yang menjadi tempat suara rakyat dibawa dan dibahaskan. Mudah-mudahan kunjungan ini menambah pengetahuan, menyemarakkan rasa ingin tahu dan menjadi kenangan manis dalam perjalanan pendidikan mereka. Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru, wakil PIBG dan semua anak-anak atas kunjungan. Siapa tahu, suatu hari nanti, merekalah yang bakal berucap dan berbahas di dalam Parlimen, membawa suara rakyat dan menyumbang kepada masa depan negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Parlimen | 17 November 2026
2
3
333
Alhamdulillah, berkesempatan menyantuni seramai 120 orang pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen pada petang ini. Pelajar berkenaan berpeluang menyaksikan sendiri perjalanan persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, selain dibawa meninjau sekitar bangunan Parlimen bagi mengenali dengan lebih dekat institusi penting yang menjadi tunjang sistem demokrasi dan pemerintahan negara. Lawatan seumpama ini amat bermakna dalam memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai fungsi dan peranan Parlimen, proses penggubalan undang-undang serta tanggungjawab wakil rakyat dalam membawa suara dan aspirasi rakyat. Semoga anak-anak MCKK terus cemerlang dalam akademik dan menjadi generasi pemimpin masa hadapan yang berilmu, berwibawa serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. #MalaysiaMADANI Parlimen | 18 November 2026 | Rabu
3
10
2,862
Kuala Lumpur | 17 November 2026 | Selasa Sistem pembetungan yang cekap bukan sekadar mengurus air sisa, malah merupakan infrastruktur asas yang menyokong kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara. Justeru, sektor ini memerlukan perancangan rapi, pelaburan berterusan serta pengurusan dan penyelenggaraan yang berkesan. Seiring pertumbuhan penduduk, pembangunan bandar dan peningkatan aktiviti ekonomi, permintaan terhadap perkhidmatan pembetungan turut meningkat. Oleh itu, pengurusan sektor ini memerlukan penyelarasan dan kerjasama erat antara PETRA sebagai peneraju dasar dan hala tuju, SPAN dalam aspek kawal selia, JPP dalam perancangan serta pembangunan infrastruktur, dan IWK dalam operasi serta penyelenggaraan sistem pembetungan. Perkara ini antara yang saya sentuh ketika berucap pada Sesi Libat Urus PETRA Bersama Media Tahun 2026 di Kuala Lumpur, lewat petang ini. Media merupakan rakan strategik Kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Sesi ini menjadi platform untuk berkongsi perkembangan sektor pembetungan, bertukar pandangan dan memperkukuh kefahaman mengenai usaha Kerajaan membangunkan infrastruktur yang cekap dan mampan. Sehingga Oktober 2026, portfolio aset pembetungan awam di bawah pengurusan JPP mempunyai nilai semasa sebanyak RM22.69 bilion, merangkumi: โ— 7,618 loji rawatan kumbahan; โ— 1,543 stesen pam; โ— 24,024 kilometer rangkaian paip pembetungan; dan โ— 4,653 lot tanah rizab pembetungan. Skala aset ini menuntut tadbir urus yang cekap bagi memastikan keseluruhan sistem sentiasa berfungsi dengan baik. Sehubungan itu, Buku Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Aset Pembetungan telah diluncurkan pada 5 Oktober 2026 hasil kerjasama PETRA, JPP, SPAN, IWK dan JKR sebagai panduan memperkukuh pengurusan aset pembetungan awam. Antara keutamaan Kerajaan adalah memperluas liputan pembetungan bersambung, meningkatkan kapasiti infrastruktur khususnya di kawasan bandar yang pesat membangun dan padat penduduk, serta menaik taraf atau merasionalisasikan loji rawatan kumbahan yang usang, berskala kecil dan tidak lagi ekonomik untuk beroperasi. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Rolling Plan 1, PETRA komited meneruskan pembangunan infrastruktur pembetungan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM16.19 bilion. Antara sasaran utama ialah meningkatkan liputan pembetungan bersambung di 13 bandar utama kepada 87.8%, selain merasionalisasikan 418 loji rawatan kumbahan awam yang usang dan berskala kecil kepada sistem serantau yang lebih moden. Dalam aspek operasi, IWK kini mengendalikan dan menyelenggara lebih 9,000 loji rawatan kumbahan dan stesen pam serta lebih 22,000 kilometer rangkaian paip di seluruh negara. Kecekapan operasi terus dipertingkat melalui pengoptimuman penggunaan tenaga, penambahbaikan proses rawatan dan pematuhan standard pelepasan efluen, termasuk penggunaan peralatan cekap tenaga, biogas dan tenaga solar. Pada masa sama, pengiktirafan JPP sebagai Jabatan Teknik Persekutuan berkuat kuasa 7 Julai 2026 membolehkan jabatan ini memainkan peranan sebagai agensi pelaksana projek pembetungan Persekutuan, sekali gus memperkukuh keupayaan pelaksanaan pembangunan infrastruktur negara. Selain memastikan air sisa dirawat dengan sempurna, potensi air terawat untuk digunakan semula serta pemanfaatan biopepejal dan biogas juga perlu diteroka bagi menyokong ekonomi kitaran dan penggunaan sumber yang lebih mampan. Pembangunan sektor pembetungan tidak boleh hanya tertumpu kepada pembinaan infrastruktur baharu. Setiap perancangan perlu mengambil kira keadaan kawasan, keperluan penduduk, kapasiti sistem sedia ada serta kemampuan operasi dan kewangan untuk jangka panjang. Pemantauan prestasi, penyelenggaraan pencegahan dan tindakan pantas terhadap sebarang gangguan juga penting bagi mengelakkan kegagalan sistem serta memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada pengguna. #PETRA #MalaysiaMADANI
2
4
261
Hari ini, menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Bin Abdul Aziz di pejabat saya. Dalam kunjungan itu, kami berbincang pelbagai perkara melibatkan perkhidmatan awam dan keperluan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). #MalaysiaMadani #MadaniBekerja Parlimen l 18 November 2026 l Rabu
3
6
622
KUCHING | 15 November 2026 | Ahad PREMIER ABG JO, KAMEK ORANG SARAWAK MASIH MERLU KITAK !!! Tok lah mesej jelas Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan kepada Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, atau lebih mesra dengan panggilan Premier Abg Jo, yang menyempurnakan perasmian konvensyen hari tok tek. Konvensyen Zon Selatan yang diadakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 adalah pelengkap kepada Konvensyen Khas PBB selepas Zon Tengah, Zon Betong dan Zon Utara. Selaku Pengerusi PBB Zon Selatan kamek mewakili kesemua pemimpin 26 cawangan dan ahli-ahli PBB di Zon Selatan, dari N1 sampei N26, membulatkan tekad, memperkukuhkan muafakat, akan terus bersama-sama, berdiri teguh menyokong kepimpinan YAB Premier. Insya-Allah seluruh ahli parti akan terus berjuang bersama-sama kepimpinan YAB Premier demi memastikan PBB dan GPS menang besar pada PRN kali tok. Tinggal 13 hari jak lagik kita tok nak penamaan calon dan 27 hari jak lagik kita nak ngundi. Tok sekaligus menjadikan konvensyen Zon Selatan medan terpenting untuk ahli-ahli PBB menyatukan kekuatan, memperteguh semangat perjuangan dan memperkukuh tekad segulai sejalai, demi memastikan kemenangan besar kesemua calon GPS dalam PRN kali tok, Insya-Allah. GPS dibawah Premier Abg Jo telah membuktikan pencapaian pembangunan yang luar biasa, Sarawak diutamakan dalam setiap keputusan, hak dijaga dan rakyat di bela. Kepimpinan beliau telah berjaya memperkukuhkan keupayaan kewangan negeri dan memperluas agenda pembangunan jangka panjang yang berteraskan kepentingan rakyat seluruh Sarawak. Malah Sarawak berjaya menyediakan Belanjawan jauh lebih besar berbanding negeri lain di Malaysia. Jadi PRN ke-13 tok kelak bukan ajak untuk parti kembali kepada rakyat bagi menentukan proses demokrasi dalam memilih kerajaan, tapi yang lebih penting ahli-ahli parti kena pastikan rakyat Sarawak akan merik sokongan 100 peratus kepada GPS, sebab banyak yang telah Kerajaan GPS bawa bukan ajak dalam membangunkan Sarawak, tetapi juga memperjuangkan nasib rakyat dan hak Sarawak. Saya yakin Insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan seluruh ahli parti, GPS mampu menang besar 12 Disember kelak. Tapi kita kena ingat jangan berasa terlalu selesa di zaman yang serba canggih tok. Di zaman digital dan zaman AI banyak perkara boleh berlaku. Justeru saya menggesa supaya semua ahli parti โ€” Bapak, Wanita, Pemuda dan Belia supaya menguasai teknologi agar dapat menangkis propaganda dan fitnah di zaman digital serta menggunakan teknologi untuk menyebarkan maklumat sahih. Bagi sayap Belia terutamanya harus ke depan mendekati pengundi muda, menyampaikan fakta perjuangan GPS. Kita tidak mahu Pemuda dan Belia sekadar menggantung poster ; Wanita pula pergi rumah ke rumah โ€” sebaliknya mereka juga perlu menguasai teknologi dan memastikan sosial media dipenuhi dengan cerita GPS, kalau mahu menang besar dalam PRN ke-13. Itu lah yang perlu kita ahli PBB lakukan dengan teknologi yang kita berjaya kuasai. Sekiranya GPS tidak ke depan dalam menguasai teknologi, orang lain akan menyebarkan pelbagai cerita yang tidak sahih di media sosial untuk mempengaruhi rakyat dan pengundi. GPS mempunyai keistimewaan tersendiri dalam berpolitik di mana tanggungjawab GPS kepada rakyat bukannya hanya bermula apabila pilihan raya diumumkan dan tidak berakhir apabila keputusan pilihan raya diketahui. GPS bekerja sepanjang masa bukan ketika pilihan raya sahaja. Sepanjang lima tahun diberi mandat, keutamaan GPS adalah bekerja untuk rakyat yang telah memberikan mandat. Toklah cara Gabungan Parti Sarawak (GPS), bukan nak politiking sepanjang masa. Kita di Sarawak sentiasa โ€œNyaga Sarawak, Ngintu Sarawakโ€ sepanjang tempoh diberikan mandat, Insya-Allah. #PBBZonSelatan #SarawakFirst #SarawakMajuMakmur
3
10
883
Alhamdulillah, bersama dalam Kuliah Subuh yang disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa. Sebelum itu, berkesempatan menunaikan solat subuh berjemaah bersama kariah masjid. #SarawakFirst #SarawakMajuMakmur Petra Jaya l 15 November 2026 l Ahad
1
2
320
Kuching | 14 November 2026 | Sabtu Petang ini saya berkesempatan meninjau persiapan akhir untuk Majlis Perasmian Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Zon Selatan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Majlis perasmian esok (Ahad) akan disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak yang juga Yang Dipertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan kesemua yang telah bekerja keras dalam memastikan segala persiapan berjalan lancar. #KonvensyenPBBZonSelatan2026 #SarawakFirst
2
8
708
Kuching | 14 November 2026 | Sabtu Pembangunan sebenar bukan sekadar membina infrastruktur atau meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Pembangunan mesti membawa perubahan nyata kepada kehidupan rakyat, termasuk masyarakat luar bandar dan komuniti yang masih memerlukan lebih banyak peluang. Inilah mesej utama yang saya tekankan ketika merasmikan RISE 2026: Rising Impact Through Sustainable Empowerment dan melancarkan buku Empowering Communities, Building Sustainable Futures di Kuching, hari ini. Saya percaya setiap komuniti mempunyai kekuatan, pengetahuan dan potensi tersendiri. Apa yang diperlukan ialah sokongan, bimbingan, kemahiran dan peluang untuk mereka berkembang serta menentukan masa depan sendiri. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah ; Memperkasa komuniti: Membantu masyarakat supaya mampu berdikari dan membangunkan komuniti sendiri. Meningkatkan kemahiran: Memberi latihan kepimpinan, kewangan dan kemahiran teknikal secara berterusan Menjamin keselamatan makanan: Memanfaatkan tanah dan hasil pertanian tempatan untuk bekalan makanan dan pendapatan. Memperluaskan peluang ekonomi: Membantu usahawan dan komuniti mendapatkan modal, latihan, teknologi dan pasaran. Kerajaan tidak boleh bergerak bersendirian. Kerjasama erat antara agensi kerajaan, sektor swasta, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti amat penting untuk memastikan tiada siapa yang tercicir daripada arus pembangunan. Di bawah RMK13 (2026โ€“2030), kita mahu pembangunan yang lebih inklusif, dengan setiap lapisan masyarakat berpeluang menikmati dan menyumbang kepada kemajuan negara. Ini kerana kejayaan pembangunan bukan diukur daripada berapa banyak bantuan yang telah disalurkan, tetapi sejauh mana masyarakat mampu bangkit, berdikari dan membina masa depan mereka sendiri. Apabila seorang individu diperkasakan, kita membuka peluang. Apabila sebuah komuniti diperkasakan, kita membina daya tahan. Apabila seluruh komuniti bergerak bersama, kita membina masa depan yang lebih baik untuk semua. #RISE2026 #SarawakMajuMakmur #MalaysiaMADANI
2
3
394
Matang | 14 November 2026 | Sabtu Alhamdulillah, berkesempatan bersama masyarakat Kampung Kolong 2, Matang, Petra Jaya, Kuching, bagi merasmikan Program Semarak Seni Jawa (SEJIWA) @ Pesta Ambeng 2.0 di Dewan Serbaguna TASUDA pagi tok tek. Penganjuran kali tok membawa makna cukup besar dalam usaha menghidupkan kembali tradisi dan warisan masyarakat Jawa di Sarawak. Selepas penganjuran pada tahun 2017 yang menghimpunkan 873 pengunjung, Pesta Ambeng kembali dianjurkan pada tahun 2026 dengan semangat yang lebih segar. Lebih daripada sekadar acara kebudayaan, program tok menjadi ruang untuk generasi muda mengenali asal usul, menghargai identiti dan mewarisi nilai murni yang diwariskan oleh generasi terdahulu. Saya percaya, warisan budaya bukan sekadar untuk dikenang, tetapi perlu terus diamalkan dan diperkenalkan kepada generasi seterusnya. Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Walaupun masyarakat Jawa merupakan antara komuniti minoriti di Sarawak, warisan mereka tetap menjadi sebahagian daripada kekayaan budaya negeri tok. Keunikan seperti hidangan nasi ambeng yang dinikmati secara berdulang membawa falsafah kebersamaan, perkongsian rezeki dan penyatuan masyarakat. Toklah kekuatan Sarawak. Kita mungkin berbeza latar belakang, bahasa, adat dan budaya, tetapi kepelbagaian itulah yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar. Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Masjid Baitul Rahim, JKK Kampung Kolong 2, Majlis Seni Sarawak (MSS), MTCP serta seluruh jawatankuasa pelaksana dan komuniti setempat atas komitmen menjayakan program hari tok. Dalam ucapan, saya turut mengingatkan bahawa kita juga perlu bersedia menghadapi perubahan zaman, khususnya dalam era teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) yang berkembang begitu pantas. Kita sik boleh sekadar menjadi pengguna teknologi. Kita mesti berusaha menguasainya, memahami potensinya dan memanfaatkannya secara bijak serta beretika. Perbanyakkan perkongsian mengenai keharmonian, perpaduan, kejayaan masyarakat serta semangat saling menghormati di media sosial. Jangan biarkan ruang media sosial dikuasai oleh berita palsu, fitnah, provokasi dan kandungan yang memecah-belahkan masyarakat. Pada masa yang sama, kita perlu lebih berwaspada terhadap penyalahgunaan AI. Hari ini, gambar boleh dimanipulasi, suara boleh ditiru dan video palsu boleh dihasilkan sehingga kelihatan seolah-olah benar. Jangan mudah percaya atau menyebarkan sesuatu maklumat tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya. Kita juga tidak boleh memandang ringan ancaman penipuan dalam talian atau scam. Kes ratusan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan, termasuk laporan mengenai 130 rakyat Malaysia yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan scammer di Rawalpindi, Pakistan, pada 13 Oktober lalu, wajar dijadikan iktibar. Berhati-hatilah dengan tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan atau pulangan luar biasa. Jika sesuatu tawaran tidak bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman kita, jangan terburu-buru menerimanya. Semak latar belakang syarikat dan majikan terlebih dahulu. Pastikan peluang pekerjaan itu benar-benar sahih. Keselamatan telefon bimbit dan akaun digital juga perlu diberi perhatian. Jangan sewenang-wenangnya membuka pautan atau lampiran daripada nombor tidak dikenali, apatah lagi berkongsi kata laluan dan kod pengesahan. Ancaman penggodaman semakin serius dan setiap daripada kita bertanggungjawab melindungi maklumat peribadi masing-masing. Kita perlu membawa pakar teknologi dan keselamatan siber turun ke peringkat kampung supaya masyarakat mendapat pendedahan secara langsung. Bimbing masyarakat untuk menguasai AI, mengenal pasti berita palsu, memahami taktik scammer serta melindungi telefon bimbit dan akaun digital mereka. #N6Tupong #P194PetraJaya #SarawakMajuMakmur
2
5
532
Kapar | 12 November 2026 | Khamis Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan merasmikan Projek Perintis Pensijilan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri atau Battery Energy Storage System (BESS) di Kapar, Selangor. Inisiatif ini merupakan satu langkah penting dalam usaha Malaysia membangunkan ekosistem penyimpanan tenaga yang lebih selamat, berkualiti dan diyakini, seiring dengan perkembangan pesat sektor tenaga boleh baharu (TBB) negara. Sehingga kini, kapasiti terpasang tenaga boleh baharu Malaysia telah menghampiri 14 gigawatt, bersamaan hampir 32% daripada kapasiti terpasang negara. Kerajaan juga menyasarkan 35% kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber boleh baharu menjelang 2030, sebelum meningkat kepada 70% pada 2050. Namun, peningkatan penggunaan tenaga solar dan sumber boleh baharu lain turut membawa cabaran, khususnya dari segi kestabilan dan kebolehpercayaan bekalan elektrik. Di sinilah teknologi BESS memainkan peranan penting. Melalui sistem ini, lebihan tenaga boleh disimpan dan disalurkan semula apabila diperlukan. Ini bukan sahaja membantu menstabilkan grid elektrik, malah meningkatkan fleksibiliti sistem tenaga serta mengoptimumkan penggunaan tenaga boleh baharu. Kerajaan juga sedang mempergiat usaha memperkukuh infrastruktur penyimpanan tenaga menerusi pelaksanaan tender MyBEST yang melibatkan kapasiti kuasa 400 megawatt (MW) dan kapasiti tenaga 1,600 megawatt-jam (MWh). Program LSS6 pula merangkumi komponen penyimpanan bateri berkapasiti 1,250 MW dan 5,000 MWh. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi ini mesti bergerak seiring dengan aspek keselamatan. Risiko seperti kegagalan sistem, kejadian haba tidak terkawal (thermal runaway) dan kebakaran perlu ditangani melalui pematuhan ketat terhadap piawaian teknikal serta garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Dalam hal ini, usaha BESSC Sdn. Bhd. membangunkan skim pensijilan tambahan BESS wajar diberikan perhatian dan sokongan. Projek perintis di Kapar ini menjadi platform penting untuk menguji serta membangunkan kerangka pensijilan yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan operasi sistem tenaga di Malaysia. Saya turut mengalu-alukan kerjasama Jabatan Standard Malaysia, Suruhanjaya Tenaga, pemain industri serta semua pihak berkepentingan dalam menjayakan inisiatif ini. Kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta amat penting bagi memastikan pembangunan ekosistem BESS negara dapat dilaksanakan secara teratur dan bertanggungjawab. Untuk makluman, skim pensijilan tambahan yang dibangunkan oleh BESSC ini bersifat sukarela dan boleh menjadi nilai tambah kepada industri. Pelaksanaannya juga perlu diselaraskan dengan Garis Panduan BESS sedia ada yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Kita mahu Malaysia bukan sekadar menjadi pengguna teknologi masa hadapan, tetapi turut berupaya membangunkan kepakaran, memperkukuh standard dan menerajui inovasi dalam bidang penyimpanan tenaga. Teknologi boleh dibangunkan dan infrastruktur boleh dibina, tetapi keyakinan hanya dapat diwujudkan melalui standard, integriti dan komitmen terhadap keselamatan. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, Malaysia mampu membangunkan ekosistem BESS yang kukuh, mampan dan berdaya saing, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai peneraju teknologi penyimpanan tenaga di rantau ini. #PETRA #MalaysiaMADANI
1
2
372
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Tenaga Kerja Nuklear (JPPPTeN) Bilangan 2 Tahun 2026. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran turut dihadiri Timbalan Menteri saya, Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad. #MalaysiaMadani #MadaniBekerja Parlimen l 11 November 2026 l Rabu
3
5
586
๐ŸŒ™ ๐‘ด๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ท๐‘ด 2026 ๐ŸŒ™ Assalamualaikum WBT & Salam Sarawak Maju Makmur Saya ingin menyeru seluruh masyarakat, khususnya warga Petra Jaya dan umat Islam di sekitar Kuching, agar turun beramai-ramai dan bersama-sama mengimarahkan Majlis Solat Hajat dan Munajat Perdana Sempena Peperiksaan SPM 2026. Jangan lepaskan peluang untuk kita bersama-sama berada dalam satu majlis yang penuh keberkatan ini. Hadirkan diri, bawa ahli keluarga, ajak jiran tetangga dan sahabat handai. Marilah kita penuhi saf di masjid, menadah tangan dan menyatukan doa demi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Anak-anak kita sedang berjuang demi masa depan mereka. Di sebalik usaha, pengorbanan dan penat lelah mereka, marilah kita iringi dengan doa agar mereka dikurniakan ketenangan hati, kekuatan minda, kesihatan yang baik serta kejayaan yang cemerlang. Majlis akan dipimpin oleh Habib Dr. Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid. ๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ) โฐ ๐Ÿ“.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐  ๐Ÿ“ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐‰๐š๐ฆ๐ž๐ค ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค Marilah kita hadir beramai-ramai dan sama-sama mengangkat tangan memohon doa serta keberkatan daripada Allah SWT. Ayuh! Penuhi masjid, satukan hati dan panjatkan doa. Masa depan anak-anak kita adalah tanggungjawab kita bersama. Kita hadir membawa harapan, kita bermunajat memohon keberkatan dan kita bersatu mendoakan kejayaan mereka. Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, semoga anak-anak kita melakar kecemerlangan dan menjadi generasi yang membanggakan agama, bangsa dan negara. ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก. ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—๐—”๐—ง. ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ก๐—”๐—๐—”๐—ง. ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”! Jumpa anda semua di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Jangan lepaskan peluang ini. Ayuh, kita hadir beramai-ramai! #MunajatPerdana #SPM2026 #P194PetraJaya #SarawakMajuMakmur
4
8
553
Stakan | 8 November 2026 | Ahad ARMADAโ€ฆSerang!โ€ฆSerang!โ€ฆSerang! Gema laungan semangat Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disertai kibaran ribuan bendera PBB memenuhi setiap ruang di dalam Dewan Kampung Melayu Stakan โ€” lokasi Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Negeri hari ini. Ia menggambarkan kesiapsiagaan jentera Pemuda untuk memulakan gerak gempur apabila kempen bermula selepas penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 pada 28 November ini, bagi memastikan kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada hari pengundian 12 Disember 2026. Lebih istimewa majlis pelancaran jentera Armada Pemuda PBB telah disempurnakan sendiri oleh YAB Premier yang juga Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Terdahulu, saya bersama Timbalan Premier yang juga Timbalan Yang Dipertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah serta pemimpin-pemimpin parti, menyambut ketibaan Konvoi Bermotosikal Pemuda PBB yang diketuai YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di majlis pelancaran berkenaan. Dengan semangat dan kesiapsiagaan padu Armada Pemuda PBB serta seluruh jentera parti PBB bersama-sama jentera rakan-rakan komponen GPS โ€” jentera PBB akan memastikan kemenangan besar GPS di kesemua 82 kerusi yang dipertandingkan pada 12 Disember ini, Insya-Allah. #ArmadaPemudaPBB #SarawakFirst #SarawakMajuMakmur
5
18
1,144
Kuching | 8 November 2026 | Ahad Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menyempurnakan flag off Program Konvoi Bermotosikal Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bertempat di Dewan Kampung Matang Batu 10, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N6 Tupong. Konvoi bermula di Dewan Kampung Matang Batu 10, Kuching dan berakhir di Kampung Melayu Stakan dalam kawasan N17 Stakan โ€” iaitu lokasi Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Armada Pemuda PBB Negeri oleh YAB Premier yang juga Yang Dipertua PBB. Konvoi disertai lebih 100 orang Pemuda PBB daripada N6, N7 Samariang, N8 Satok serta Pemuda PBB Negeri Sarawak. Kehadiran dan penyertaan mereka mencerminkan semangat kebersamaan, kesatuan hati dan solidariti dalam kalangan warga Pemuda PBB. YAB Premier bukan sahaja turun padang memberikan sokongan kepada program Pemuda, malah turut menyertai konvoi motosikal bersama anak-anak muda. Inilah kepimpinan yang kita harapkan โ€“ pemimpin yang sentiasa dekat dengan rakyat, turun padang dan bersama-sama menggerakkan perjuangan. Kehadiran dan sokongan barisan kepimpinan parti, wakil rakyat, kepimpinan Pemuda serta seluruh jentera membuktikan bahawa semangat kebersamaan dalam PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus utuh dan kukuh. Matlamat kita jelas. Seluruh jentera perlu terus diperkasa dan bergerak dengan satu tekad untuk mengajak rakyat turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mengundi pada 12 Disember ini serta memberikan sokongan kepada GPS. Kita bukan sekadar mahu menang, tetapi mahu memastikan GPS memperoleh kemenangan besar di seluruh Sarawak demi kesinambungan pembangunan, kestabilan dan masa depan negeri yang kita cintai di bawah kepimpinan YAB Premier. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda atas kejayaan menganjurkan program yang menghimpunkan kepimpinan parti serta jentera akar umbi. Saya yakin dengan komitmen, kesungguhan dan semangat juang seluruh jentera, Insya-Allah segala usaha yang digerakkan akan membuahkan hasil. Teruslah bekerja, teruslah berjuang dan teruslah bersama rakyat. Dengan satu tekad, satu matlamat โ€“ GPS Menang Besar, Sarawak Terus Maju Makmur #SarawakFirst #SarawakMajuMakmur
2
10
546
Program Sarawak Kita Empun (SKE) 3.0 Zon Kuching #SarawakKitaEmpun #SarawakFirst #SarawakMajuMakmur
2
4
302
AHAD |ย 8 NOVEMBER 2026 Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat India, khususnya saudara-saudari beragama Hindu di Malaysia. Perayaan Deepavali yang dikenali sebagai Pesta Cahaya membawa makna yang cukup besar bagi penganut agama Hindu, iaitu kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi keburukan serta harapan mengatasi segala kesulitan. Dalam suasana dunia yang berdepan pelbagai ketidaktentuan ekonomi dan cabaran kehidupan, semangat Deepavali mengingatkan kita mengenai pentingnya kekuatan, kesabaran, keprihatinan dan harapan untuk terus melangkah ke hadapan. Kerajaan MADANI sentiasa komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan. Usaha menangani kos sara hidup, memperkukuh pendapatan isi rumah, menjamin keterjaminan bekalan keperluan asas serta memperluas peluang ekonomi akan terus dipergiatkan agar manfaat pembangunan dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat. Kita mahu setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan wilayah, dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Kemajuan negara tidak seharusnya hanya diukur melalui pertumbuhan ekonomi, tetapi juga melalui sejauh mana kehidupan rakyat bertambah baik dan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan. Dalam kepelbagaian inilah terletaknya kekuatan Malaysia. Perbezaan bukan alasan untuk kita berpecah, sebaliknya menjadi asas untuk kita saling memahami, menghormati dan memperkukuhkan perpaduan sebagai sebuah keluarga besar Malaysia. Ayuh! semarakkan lagi semangat kebersamaan. Berbeza dalam kepelbagaian, bersatu dalam matlamat dan teguh dalam mempertahankan keharmonian, keamanan serta kemakmuran tanah air. Semoga sambutan Deepavali tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya. Selamat Hari Deepavali. Deepavali Nal Valthukal! #MalaysiaMADANI
2
7
357