PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) header
PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) profile picture

For PLUS highway customer enquiries or feedback, tweet us at @PLUS2u. For emergencies or accidents, call our PLUSLine 1800880000 (24hrs-a-day)

Petaling Jaya, Selangor
Joined February 2016
Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)Photo by PLUS Malaysia Berhad (@plus2u)
Perjalanan di lebuh raya PLUS kini lebih menarik! ๐Ÿš—๐ŸŽ‰ Guna JustGO dengan kaedah pembayaran Maybank yang layak dan rebut peluang memenangi Proton X50 serta baucar petrol RM200! โ›ฝ ๐Ÿ“… 12 Okt 2026 โ€“ 28 Feb 2027 Maklumat lanjut: justgo.com.my/guna_justgo_daโ€ฆ #GunaJustGOdanMenang #PLUSMalaysia #LaneFreedom
Penantian berakhir! ๐ŸŽ‰ GUNA JustGO & MENANG bersama @plus2u dan @MyMaybank kini bermula! Rebut peluang memenangi 3 buah Proton X50 ๐Ÿš˜ dan 2,000 baucar petrol mingguan bernilai RM200 setiap satu! โ›ฝ
2,354
๐Ÿš—๐Ÿ’จ KERETA DEPAN BREK MENGEJUT! SEMPAT KE NAK BERHENTI? ๐Ÿ˜ฑ Dalam sekelip mata, situasi di lebuh raya boleh berubah. Sebab itu, jarak selamat bukan sekadar ruang antara dua kenderaan, tetapi ruang untuk anda bertindak! ๐Ÿš˜โ†”๏ธ๐Ÿš™ ๐Ÿ“Œ Ingat peraturan mudah ini: โœ… 2 SAAT โ€“ Ketika keadaan jalan dan cuaca normal. โ˜€๏ธ โœ… 4 SAAT โ€“ Ketika keadaan sukar seperti hujan atau jalan licin. ๐ŸŒง๏ธ Jangan terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan. Berikan diri anda masa dan ruang yang mencukupi untuk membrek sekiranya berlaku kecemasan. ๐Ÿ’š Jaga Jarak, Pandu Cermat. Kerana setiap saat boleh menyelamatkan nyawa. #JagaJarakPanduCermat #PLUS_Safety
1
1
316
Cuti panjang sempena musim perayaan kini tiba! ๐Ÿš—๐Ÿ’จ Dah ada plan nak ke mana? Sambil menikmati perjalanan dan luangkan masa menziarahi yang tersayang, jangan lepaskan peluang untuk kumpul lebih banyak ganjaran dengan PLUSMiles! ๐ŸŽ‰๐Ÿ’š Jom ketahui lebih lanjut: ๐Ÿ”— shorturl.at/h9TvM *Tertakluk kepada terma dan syarat.
316
Bila dah mula rasa penat, jangan paksa diri. Time to recharge! ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ๐Ÿ’š Singgahlah sebentar di R&R atau hentian sebelah untuk berehat, menunaikan solat, ke tandas atau isi perut sebelum sambung perjalanan. Ingat, perjalanan jauh bukan soal siapa paling cepat sampai, tapi siapa yang sampai dengan selamat. ๐Ÿ˜‰ Your safety always comes first! ๐Ÿš— #PLUS_Safety
190
Team minyak โ›ฝ atau Team EV โšก? Tak kisahlah anda team mana, yang penting pastikan kenderaan dalam keadaan tip-top sebelum memulakan perjalanan! ๐Ÿ˜‰ Jangan lupa rancang perjalanan dan kenal pasti lokasi stesen minyak serta pengecas EV di sepanjang lebuh raya PLUS di pautan ini:- ๐Ÿ”— plus.com.my/our-facilities/ #PLUS_Safety
394
๐Ÿช” Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya! โœจ Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan dan keharmonian buat anda seisi keluarga. ๐Ÿ’› Manfaatkan cuti hujung minggu panjang ini dengan merancang perjalanan lebih awal, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan sentiasa patuhi had laju. Pandu cermat, semoga selamat sampai ke destinasi! ๐Ÿš—๐Ÿ’š #IkhlasDaripadaPLUS
1
2
273
Fungsi baharu PUTRI: Mesej Suara! ๐ŸŽ™๏ธ Dengan fungsi baharu ini, anda boleh mendapatkan maklumat kadar tol dan trafik terkini tanpa perlu menaip. Jom cuba sempena musim perayaan ini.. memang mudah, pantas dan lebih selamat! โœจ โš ๏ธ Peringatan: Utamakan keselamatan anda. Gunakan fungsi ini ketika berhenti di kawasan rehat, atau minta penumpang anda membantu. ๐Ÿ“ฒ Jom muat turun Aplikasi PLUS sekarang! #PLUS_Safety @moworksmy @LLMrasmi
384
Balik kampung hujung minggu ni? ๐Ÿš—โœจ Apa kata singgah isi perut dulu sebelum teruskan perjalanan! Kalau melalui Hentian Sebelah Serdang (Arah Selatan), jangan lepaskan peluang untuk menikmati aneka hidangan di Gerai Selera Batu Pahat. Dari nasi lemak burung puyuh, pelbagai lauk-pauk hinggalah mee bandung yang menyelerakan, semuanya menanti untuk dinikmati! ๐Ÿ˜‹ Perjalanan jauh, perut pun kena jaga. Singgah, makan dan recharge sebelum sambung perjalanan! ๐Ÿ’š #RnRBites
335
PLUS SARAN PENGGUNA LEBUH RAYA RANCANG PERJALANAN SEMPENA DEEPAVALI, TRAFIK DIJANGKA CECAH 2.24 JUTA KENDERAAN SEHARI PLUS menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.24 juta kenderaan sehari di rangkaian lebuh raya PLUS sempena sambutan Deepavali pada 8 November 2026 dan cuti persekolahan dari 7 hingga 10 November 2026. Sehubungan itu, pengguna lebuh raya disarankan merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan MyPLUS-TTA melalui aplikasi PLUS bagi membantu melancarkan perjalanan dan mengurangkan kesesakan pada waktu puncak. Pengguna juga diingatkan supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, mematuhi had laju, mengekalkan jarak selamat serta mendapatkan rehat secukupnya. Selain itu, rancang lokasi persinggahan lebih awal dan gunakan lorong Smart Lane hanya apabila diaktifkan. Bagi memudahkan pembayaran tol, pengguna boleh memanfaatkan sistem pembayaran JustGO yang kini tersedia di semua plaza tol PLUS, kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Dapatkan maklumat trafik terkini melalui aplikasi PLUS, akaun X @plustrafik atau hubungi PLUSLine di 1-800-88-0000. PLUS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga perjalanan anda ke destinasi berlangsung dengan selamat, lancar dan selesa. Rancang perjalanan, pandu dengan berhemah dan utamakan keselamatan. Bacaan lanjut di: hhttps://www.plus.com.my/media-centre/ #PLUS_Safety #MyPLUSTTA #SmartLane #JustGO #Deepavali2026 #PanduCermatSampaiSelamat @moworksmy @LLMrasmi @llminfotrafik
4
677
Diskaun tol sebanyak 50% sempena sambutan Hari Deepavali 2026 ditawarkan kepada pengguna kenderaan persendirian (Kelas 1) serta kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang (Kelas 2) di Lebuhraya PLUS, bermula jam 12:00 tengah malam pada 6 November 2026 (Jumaat) hingga 11:59 malam pada 7 November 2026 (Sabtu). Ikuti panduan berikut untuk menikmati tawaran diskaun tol 50% di Lebuhraya PLUS sempena musim perayaan ini. Rancang perjalanan anda dengan MyPLUS-TTA atau Aplikasi PLUS, dan pandulah secara berhemah. #PLUS_Comfort #TolDiskaun #PLUS_Safety #HariDeepavali2026
2
1
1
782
Ops Khas Tektikal Bersepadu Dadah Kenderaan Perdagangan bersama JPJ Zon Selatan, EMPV Zon 2 Selatan, AADK dan PLUS telah dijalankan pada 2 November 2026, bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam di Plaza Tol Air Hitam. Operasi ini melibatkan seramai 47 anggota daripada agensi yang terlibat. Sepanjang operasi, pihak JPJ telah memeriksa sebanyak 85 kenderaan perdagangan, dengan 27 kenderaan diambil tindakan dan sebanyak 44 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Sementara itu, EMPV Zon 2 Selatan telah mengeluarkan sebanyak 31 saman. Pihak AADK pula telah menjalankan saringan terhadap 33 individu, dengan 3 individu didapati positif dadah dan telah ditahan untuk tindakan lanjut. Bagi operasi PLUS Ops Violation, sebanyak 260 kenderaan telah diperiksa. Operasi ini bertujuan memperkukuh penguatkuasaan dan audit pematuhan undang-undang serta peraturan terhadap kenderaan perdagangan, khususnya dalam membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan operasi ini. Operasi berjalan dengan selamat tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku dan perancangan operasi seumpama ini akan diteruskan melalui kerjasama strategik antara agensi. #OpsBersepadu #PLUS_Safety
468
Nampak ada ruang di celah lori? Jangan terburu-buru! Kenderaan berat mempunyai ruang buta (blind spot) yang besar. Apabila anda mencelah di antara dua kenderaan berat, akan mendatangkan risiko yang sangat bahaya. Ride safely dan yang penting.. sampai dengan selamat! Ingat, keluarga menanti anda di rumah. ๐Ÿ  #PLUS_Safety @moworksmy @LLMrasmi
2
1
635
๐๐€๐๐‰๐ˆ๐‘ ๐Š๐ˆ๐‹๐€๐“: ๐‹๐€๐‹๐”๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€-๐ƒ๐”๐€ ๐€๐‘๐€๐‡ ๐‹๐„๐๐”๐‡๐‘๐€๐˜๐€ ๐๐€๐‘๐” ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐Š๐‹๐€๐๐† (๐๐Š๐•๐„) ๐ƒ๐ˆ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐’๐‡๐€๐‡ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ (๐Š๐Œ8.7 โ€“ ๐Š๐Œ9.3) ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ Petaling Jaya, 4 November 2026: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa kedua-dua laluan di antara Setia Alam dan Shah Alam (KM8.7 - KM9.3) di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) yang ditutup berikutan banjir kilat awal pagi tadi, kini telah dibuka semula. Sebagai langkah keselamatan ketika banjir kilat tersebut, kenderaan dari Subang menghala selatan ke arah Shah Alam dilencongkan keluar melalui Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE). Sementara itu, kenderaan dari Bukit Raja yang menghala utara ke arah Subang pula dilencongkan keluar dari NKVE di Persimpangan Bertingkat Setia Alam manakala kenderaan dari Setia Alam dilencongkan ke Bukit Raja. Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merujuk saluran komunikasi rasmi PLUS, iaitu X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Papan Tanda Mesej Elektronik (VMS), pembantu maya PLUS iaitu PUTRI serta platform media sosial rasmi PLUS untuk maklumat terkini berkenaan cuaca dan keadaan banjir serta laluan alternatif. Bagi mendapatkan bantuan segera, pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di talian 1-800-88-0000, menggunakan butang SOS menerusi Aplikasi PLUS atau berinteraksi dengan pembantu maya PLUS, PUTRI. -TAMAT-
2
3
955
๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—จ๐—›๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—จ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”-๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ Pada ketika ini, projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan di Johor sedang giat dijalankan dan ia turut melibatkan beberapa kerja letupan batu di laluan-laluan yang terbabit. Sehubungan itu, PLUS akan melaksanakan kerja letupan batu di laluan Sedenak - Simpang Renggam seperti berikut: ๐Ÿ“… 4 November (Rabu) ๐Ÿ•™ 11.30 malam โ€“ 5.00 pagi Lencongan sementara bagi persediaan kerja dan kerja-kerja pembersihan selepas letupan. ๐Ÿ“… 5 November (Khamis) ๐Ÿ• 1.00 pagi โ€“ 1.30 pagi Laluan terhad sementara diaktifkan bagi memastikan kerja letupan batu berjalan dengan selamat. โš ๏ธ Rancang perjalanan anda ๐Ÿ“ฑ Semak info trafik terkini ๐Ÿ‘ทโ€โ™‚๏ธ Patuhi arahan petugas di lokasi
466
PLUS Malaysia Berhad retweeted
๐‘๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐‚๐”๐€๐‚๐€ ๐’๐ˆ๐†๐๐ˆ๐…๐ˆ๐Š๐€๐ #ramalancuacasignifikan #metmalaysia #NRES #MalaysiaMADANI
17
24
10,714
PLUS Malaysia Berhad retweeted
7:25hrs Status terkini, semua lorong masih ditutup. Trafik arah Utara dari Bukit Raja dilencongkan ke Plaza tol Setia Alam manakala Trafik arah Selatan dari Subang dilencongkan ke Lebuhraya ELITE. Guna laluan alternatif.Harap maklum. @llminfotrafik
13
1
13
4,783
PEMBERITAHUAN Penutupan sementara Kawasan Rehat dan Rawat di bawah untuk aktiviti pembersihan secara menyeluruh. Sila rancang perjalanan anda dan pandu dengan berhati-hati. #Pembersihan #PLUS_comfort
1
486
Operasi Kenderaan Perdagangan (Bersepadu) bersama JSPT IPK Pulau Pinang, EMPV Bukit Aman (Zon Utara 2), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Seberang Perai Utara (BSJND SPU), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PLUS telah dijalankan pada 29 Oktober 2026, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi di Plaza Tol Sungai Dua (Arah Selatan), Pulau Pinang. Sepanjang operasi, sebanyak 141 kenderaan perdagangan telah diperiksa melibatkan 151 orang, dengan 24 saman dikeluarkan oleh pihak PDRM dan 38 notis dikeluarkan oleh pihak JPJ atas pelbagai kesalahan yang dikesan. Pihak BSJND SPU turut merekodkan satu tangkapan berkaitan kesalahan dadah. Selain itu, sebanyak 20 kenderaan telah terlibat dalam aktiviti advokasi keselamatan jalan raya. Operasi ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang dalam kalangan pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan, khususnya berkaitan keselamatan jalan raya, serta membendung kegiatan yang menyalahi undang-undang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan operasi ini. Operasi berjalan dengan lancar dan selamat tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. #OperasiBersepadu #PLUS_Safety
1
521
๐๐€๐๐‰๐ˆ๐‘ ๐Š๐ˆ๐‹๐€๐“: ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐‹๐€๐‹๐”๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€-๐ƒ๐”๐€ ๐€๐‘๐€๐‡ ๐‹๐„๐๐”๐‡๐‘๐€๐˜๐€ ๐๐€๐‘๐” ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐Š๐‹๐€๐๐† (๐๐Š๐•๐„) ๐ƒ๐ˆ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐’๐‡๐€๐‡ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ (๐Š๐Œ9.1 โ€“ ๐Š๐Œ9.4) ๐”๐๐“๐”๐Š ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ Petaling Jaya, 2 November 2026:- PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa kedua-dua laluan di antara Setia Alam โ€“ Shah Alam (KM9.1 โ€“ KM9.4) Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) ketika ini tidak boleh dilalui dan ditutup sementara untuk semua kenderaan berikutan banjir kilat yang dilaporkan pada jam 6.20 petang hari ini, akibat hujan lebat di kawasan tersebut. Sebagai langkah keselamatan segera, kenderaan dari arah Subang menghala ke selatan dilencongkan keluar dari NKVE melalui Lebuhraya ELITE. Sementara itu, kenderaan dari arah Bukit Raja yang menghala ke utara pula dilencongkan keluar dari NKVE di Persimpangan Bertingkat Setia Alam. Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merujuk saluran komunikasi rasmi PLUS, iaitu X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Papan Tanda Mesej Elektronik (VMS), pembantu maya PLUS, PUTRI serta platform media sosial rasmi PLUS untuk maklumat terkini berkenaan cuaca dan keadaan banjir serta laluan alternatif. Panduan Keselamatan kepada Pengguna Lebuh Raya: 1. Jangan Cuba Meredah Banjir: Air banjir yang kelihatan cetek sekalipun boleh menyebabkan enjin kenderaan mati atau mengakibatkan kenderaan dihanyutkan arus. 2. Patuhi Arahan di Lokasi: Sila patuhi semua papan tanda sementara serta arahan yang diberikan oleh petugas kami di lokasi. Bagi mendapatkan bantuan segera, pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di talian 1-800-88-0000, menggunakan butang SOS menerusi Aplikasi PLUS atau berinteraksi dengan pembantu maya PLUS, PUTRI.
2
1
1,271
PLUS Malaysia Berhad retweeted
17:25hrs Awas! Banjir kilat ELITE Di sebelum & selepas masuk Plaza Tol Shah Alam. Trafik sesak. Rancang perjalanan anda & Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llminfotrafik
1
1
1,011