RamliMNor (@RamliMNor) header
RamliMNor (@RamliMNor) profile picture

Akaun Twitter rasmi Ahli Parlimen P.078 Cameron Highlands. Ahli Parlimen Orang Asli Pertama. #TiadaJanjiLihatBukti

Cameron Highlands, Pahang
Joined January 2019
Pada hari ini saya berkesempatan untuk menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling.
1
1
71
Turut hadir bersama saya ialah Dato’ Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, mantan Ketua Pengarah JAKOA serta Encik Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah.
1
35
Semoga jalinan silaturahim ini terus diperkukuh demi kesejahteraan dan pembangunan komuniti Orang Asli di kawasan ini.
14
Pada hari ini saya juga berkesempatan untuk menziarahi pusara arwah ayahanda dan bonda tercinta saya di Perkuburan Tok Kobek serta Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak.
1
5
132
Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
2
112
Alhamdulillah, saya berbesar hati dapat merasmikan Program Reunion Perdana 3.0 Pasukan Senoi Praaq BN18 PGA yang menghimpunkan kembali sahabat-sahabat seperjuangan dalam suasana penuh muhibah dan kenangan.
1
3
110
Semoga ukhuwah yang dibina ini terus kekal utuh, diperkukuhkan dengan semangat kebersamaan, serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada agama, bangsa dan negara.
1
74
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan diberkati dan dirahmati.
25
Pada hari ini saya telah menghadiri majlis iftar bersama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang diadakan di Parlimen Malaysia.
1
165
Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara pemimpin, malah mencerminkan semangat kebersamaan serta perpaduan dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia.
1
47
Semoga pertemuan ini terus memperkukuh hubungan, mempererat kerjasama serta menyuburkan nilai keharmonian demi kesejahteraan negara.
29
Hari ini merupakan hari pertama Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
1
3
46
Sehubungan itu, saya ingin menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi peraturan-peraturan perbahasan yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Mesyuarat (PM) Dewan Rakyat bagi memastikan perjalanan persidangan berlangsung dengan tertib, berhemah dan berintegriti.
37
Berkesempatan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli yang dipengerusi oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad @DrDzul, Menteri Kesihatan.
1
2
53
Mesyuarat tersebut merupakan salah satu langkah strategik bagi memastikan komuniti Orang Asli mendapat akses kesihatan yang lebih baik dan menyeluruh daripada pihak Kerajaan.
2
25
Alhamdulillah, Malaysia menutup tirai penganjuran AIPA ke-46 dengan penuh kejayaan di bawah tema “Parliament at the Forefront for Inclusive Growth and Sustainable ASEAN.”
1
1
52
Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih juga diucapkan kpd seluruh urusetia khususnya warga kerja Parlimen 🇲🇾 serta pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yg bertungkus-lumus siang & malam utk memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran AIPA ke-46 ini.
1
1
23
Malaysia berbangga dapat memainkan peranan penting dalam memperkukuh semangat ASEAN yang inklusif dan mampan.
1
19