S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi) header
S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi) profile picture

Disini adalah ciapan peribadi saya sebagai orang awam. Ianya tidak berkaitan dengan apa juga jawatan yang saya pikul #KitaSelangor #BatangKaliProgresif

Malaysia
Joined March 2010
Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)Photo by S A I F U D D I N S H A F I (@SaifuddinShafi)
PKP 4 ni dah macam main-main. Industri boleh beroperasi, keluar boleh berdua. Jalanraya penuh kot kereta. Aku harap yang baik-baik sajalah, cuma rasa rugi berkurung puluh hari sebelum ni – at Kapar, Selangor
59
16,524
358
14,136
Lama sebelum Ong Kian Ming dulu ada Lee Lam Thye. Betul individu ada bakat namun sesebuah organisasi tetap memerlukan lebih daripada itu.
2
88
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Wahab Alwi, pengasas MRSM dan tokoh yang dikenali sebagai “Bapa MRSM”, yang meninggal dunia pagi tadi. Sumbangan Allahyarham dalam mencetuskan dan membangunkan gagasan MRSM merupakan satu jasa besar dalam sejarah pendidikan negara, khususnya dalam memperluas peluang pendidikan sains kepada anak-anak bangsa. Hasil usaha tersebut, MRSM berkembang sebagai sebuah institusi yang membentuk ramai anak Malaysia menjadi insan berilmu, berkemahiran dan berjaya dalam pelbagai bidang. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh. Al-Fatihah.
14
98
8
465
43,705
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Petang tadi saya mempengerusikan mesyuarat berkala bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan bagi meneliti pengukuhan tadbir urus serta pelaksanaan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan. Saya titip beberapa pesanan, antaranya kepentingan untuk terus memperkukuh aspek penyampaian dan komunikasi kerajaan, supaya setiap dasar, usaha dan pembaharuan yang dilaksanakan dapat difahami serta dirasai manfaatnya oleh rakyat. #MalaysiaMadani #YakinMADANI
8
37
6
131
16,228
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Berbesar hati menerima kunjungan tiga anak muda Selangor yang terpilih sebagai kumpulan perintis Biasiswa Pembangunan Kemahiran Nuklear Negeri Selangor 2026. Tahniah kepada Muhammad Amani bin Mazlan, Aiman Shakirah binti Ahmad Jaffar dan Hafidz Syahmi bin Faznee Aniff yang bakal melanjutkan pengajian Sarjana Kejuruteraan Nuklear di Harbin Engineering University (HEU), China, bermula September 2026 hingga Julai 2029, dengan tajaan RM15,000 setiap seorang. Selain pengajian, mereka turut berpeluang menjalani latihan industri bersama China General Nuclear Power Group (CGN). Kerajaan Negeri menyediakan tiket penerbangan, baucar buku, HPIPT, komputer riba serta elaun perpindahan, manakala Kerajaan China menanggung yuran pengajian, insurans perubatan dan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Program kendalian STDC di bawah inisiatif IKTISASS ini merupakan hasil kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan China bersama Tsinghua University, HEU serta CGN. Selaras dengan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026–2030, program ini akan diperluas kepada 22 lagi pelajar pada 2027 dan 2028, menjadikan keseluruhan sasaran seramai 25 bakat Selangor dalam bidang tenaga nuklear. Saya mendoakan agar mereka memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya, menimba ilmu dan pengalaman seluas mungkin sebelum kembali membawa kepakaran untuk berbakti kepada negeri dan negara. Semoga kumpulan perintis ini menjadi sebahagian daripada generasi yang akan membantu Selangor meneroka masa hadapan tenaga yang lebih mampan, berdaya tahan dan berdaya saing. #KitaSelangor
2
3
30
4,482
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
12 Rabiulawal adalah detik yang penting dalam sejarah umat Islam. Ia adalah tarikh kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Di hari yang mulia ini, kita disaran menyiram kasih sayang, penghargaan serta selawat kepada penghulu ummah, Rasulullah SAW yang telah meninggalkan kita dengan panduan hidup dunia dan akhirat. Baginda SAW pernah bersabda: “Orang-orang yang pengasih itu disayangi Yang Maha Pengasih, kasihilah mereka yang di bumi, (moga-moga) yang di langit mengasihimu.” (Hadis Riwayat Abu Daud). Secara asasnya, kehidupan yang dirahmati Allah SWT adalah kehidupan yang dibawa menerusi kasih sayang. Apabila sesuatu dilakukan atas niat kasih sayang, ianya adalah jujur dan ikhlas. Ini seharusnya sentiasa diamalkan dalam cara kita mengendalikan perhubungan sesama ummah, dalam komuniti - malah dengan sesiapa sahaja. Dalam mengikut cara pemikiran dan tingkah laku Nabi Muhammad SAW yang merupakan insan paling sempurna, nescaya hidup kita akan lebih harmoni dan mendamaikan, insya-Allah. Berkasih sayang sesama umat manusia adalah syariat yang dituntut dalam Islam. Semoga semangat Maulidur Rasul tahun ini menginspirasikan iman kita, memperkukuhkan ukhuwah kita dan memberi kebijaksanaan agar kita dapat menjadi umat Islam yang lebih baik. Salam Maulidur Rasul 1448H. #KitaSelangor
4
11
1,384
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Hari ini saya mengenang sirah dan perit jerih baginda Nabi SAW mendirikan pentadbiran baharu di rantau Arab lebih 14 kurun yang lalu. Selepas usaha islah penat lelah selama sedekad, Madinah yang Baginda suburkan dengan tatanan adil dan ihsan berhasil memaculkan rakyat dengan akal budi dan akhlak yang tinggi. Ternyata paradigma syariah telah merubah sahsiah dan minda mereka dengan kesedaran ketuhanan dan kematangan sosial. Pertembungan tajam Aus dan Khazraj yang sekian lama menggoncang Yathrib dilebur dalam semangat perpaduan Ansar demi kestabilan, menghapus curiga dan kegelisahan kaum yang menghambat kemajuan. Bukankah firman Allah SWT menjadi suatu pedoman yang jelas: “Dia yang memberi makanan bagi menghilangkan kelaparan, dan mengamankan mereka dari rasa ketakutan.” (Surah Quraysh, ayat 4) Keperluan asas harus terjamin dan keamanan nyata amat penting. Iktikad ini menjadi syarat terjaminnya daruriyat dalam Maqasid Syariah seperti yang diungkap Muhammad Imarah. Di Madinatun Nabi yang serba rahmah itu, yang miskin dibantu, yang lemah disantuni, yang berbeza masing-masing diberi ruang. Amalan monopoli disingkir demi pemerataan ekonomi yang lebih saksama, sementara utusan dihantar keluar dengan mesej membina tatanan yang lebih aman dan adil. Hari ini, strategi Baginda SAW kekal menjadi rujukan. Tentunya tidak mudah membangunkan sebuah negara majmuk di Asia Tenggara pada abad ke-21 ini dengan segala kemelut dan simpang-siur politiknya. Namun kita akan terus berusaha, selagi kudrat dan masa masih tersisa, bagi melakukan perubahan dan islah menggunakan kuasa yang diamanahkan Allah SWT. Tiap pemimpin pastinya mendambakan yang terbaik buat seluruh rakyatnya, dan saya juga begitu. Semoga Allah SWT terus memberkati tanah air kita, dan rakyatnya dirahmati dengan kasih sayang dan rezeki yang berkat. MADANI Dihayati, Ummah Diberkati. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
12
163
12
744
17,367
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
"Kalau agak terlalu tertekan dan tertutup, saya bimbang industri seni terutama filem tidak akan berkembang." - PM @anwaribrahim #finas #malaysiamadani #anwaribrahim #keadilanuntuksemua
6
50
1,145
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan 1 September sebagai cuti peristiwa sempena kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA). #AWANInews
1
291
92
524
60,622
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Tunku Ines, puteri kepada Tunku Nadzaruddin masuk ruangan komen NOKTA. Beliau cabar kami jawab guna Perlembagaan Negeri, bukan tindakan kerajaan semasa yang tidak mahu turunkan tandatangan. Cabaran diterima.
37
386
33
1,204
632,771
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
"inilah kerangka ekonomi MADANI. Inilah kerangka pemikiran presiden kita" - @FuziahSalleh99
3
15
41
1,967
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
The Old Umno Is Back. Melaka baru lulus wujudkan 7 ADUN lantikan. (Johor pon buat 5 jawatan ADUN lantikan). DAP bantah dan letak jawatan dari kerajaan Melaka. Ini respons Rauf. The Old Umno Is Back. Baru Sepenggal. Belum Sempat Insaf Dah Ulang Perangai Lama.🤦
199
454
36
1,358
180,037
Sudah baca manifesto BN?
33
menuju ke Johor untuk membantu parti yang diasaskan seorang pemimpin dari Sarawak
69
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Big in Asia on @NikkeiAsia | Twenty-four years after his dramatic fall from power, Anwar Ibrahim @anwaribrahim is now four years into his premiership and focused on a different challenge: keeping Malaysia politically stable while positioning it for the AI era. In an exclusive interview with Nikkei Asia, the 78-year-old reflects on reform, economic transformation, geopolitics, and how he hopes history will remember him. Read more: asia.nikkei.com/spotlight/bi…
19
1
74
8,788
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Saya menyambut baik objektif perhimpunan ini yang juga selaras dengan pendirian konsisten kerajaan negeri dalam mempertahankan agama Islam, kepentingan Melayu dan kedaulatan institusi diraja di negeri Selangor. Semoga himpunan yang dirancang diadakan secara aman, tertib dan tidak menganggu ketenteraman awam. Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor dan memohon pihak polis memudahcara himpunan ini agar berjalan dalam keadaan selamat dan terkawal. Saya turut dimaklumkan oleh setiausaha politik Menteri Besar Selangor @SaifuddinShafi, pihak Pejabat Menteri Besar akan menyediakan makanan dan minuman kepada mereka yang hadir.
1
5
433
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Best juga la dapat masuk final lepas 20 tahun. Rasa macam bola. Ni kang tiap tiap tahun masuk final lepas tu juara tiap tiap tahun lepas tu entah mende mende tayang kereta sports. Macam bangang
36
1,616
50
2,280
104,874
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Tahniah buat Dato' @AzizulAWANG atas kejayaan gemilang merangkul emas acara keirin di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di bumi Malaysia. Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan ini! #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Nilai jadi saksi, EMAS untuk Malaysia di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI!! 👏 The G.O.A.T, Dato' Azizulhasni Awang cemerlang diacara 𝙢𝙚𝙣'𝙨 𝙠𝙚𝙞𝙧𝙞𝙣! 🇲🇾 Saksikan siaran langsung Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Astro Sport Plus, saluran 817. #TrackCycling #TrackWC
20
207
6
945
27,703
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Mengiringi keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ke majlis penyerahan komponen aeroangkasa oleh UMW Aerospace kepada Rolls-Royce PLC di Serendah, hari ini. Pencapaian ini membuktikan keupayaan anak tempatan menghasilkan komponen kritikal bertaraf global, sekali gus mengangkat nama Selangor dan Malaysia dalam rantaian nilai industri aeroangkasa dunia. Ia juga mencerminkan hasil pelaburan berterusan dalam teknologi, bakat tempatan serta ekosistem industri berimpak tinggi. Kerajaan Negeri komited untuk terus menyokong pembangunan sektor pembuatan maju seperti ini, selaras dengan aspirasi menjadikan Selangor sebagai hab industri bernilai tinggi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat. Menjunjung kasih Tuanku atas kesudian mencemar duli menyaksikan pencapaian ini. #KitaSelangor
2
8
24
1,421
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Pagi ini saya bertemu dengan wakil dari China National Nuclear Corporation (CNNC) dalam usaha Kerajaan Negeri meneroka sumber tenaga baharu yang bersih dan mampan. Kerajaan Negeri Selangor kini berada dalam fasa awal penerokaan tenaga nuklear, susulan penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama Tenaga Nuklear Selangor pada tahun lalu bagi menilai aspek kebolehlaksanaan secara menyeluruh. Selangor berhasrat mengorak langkah dengan menjalin kerjasama strategik bersama pihak dari China untuk mempelajari teknologi nuklear moden yang lebih selamat dan berdaya maju. Antara inisiatif yang digerakkan termasuk penghantaran pegawai serta bakat tempatan ke China bagi mendalami pengoperasian tenaga nuklear, sekali gus membina keupayaan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dalam bidang ini. Usaha ini didorong oleh keperluan tenaga Selangor yang semakin meningkat. Justeru, Kerajaan Negeri komited untuk mempelbagaikan sumber tenaga demi menjamin kelestarian dan keterjaminan bekalan tenaga untuk jangka masa panjang. #KitaSelangor
1
7
20
1,060
S A I F U D D I N S H A F I retweeted
Macam tu je buat fitnah.
47
784
21
1,975
138,051