Adzman Kamaruddin (@adzman86) header
Adzman Kamaruddin (@adzman86) profile picture

Ciapan disini adalah berdasarkan kapasiti saya sebagai orang awam tanpa sebarang kaitan dengan jawatan yang saya pegang. #MalaysiaMadani🇲🇾

Shah Alam
Joined June 2012
Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)Photo by Adzman Kamaruddin (@adzman86)
Semua tiada open tender! Contract maintenance selama 20thn. Ratusan juta wang rakyat meke telan. Cuba lihat mahligai Kucing Tua Pasir Salak! Inikah cara pendekar2 Umno memelihara agama dan ummah?
12
177
3
419
32,461
Adzman Kamaruddin retweeted
Macamana lah dia balun Anwar tanpa bersalah sebelum ni sedangkan dia sendiri pun bukan betul sangat.. Kesimpulannya, jangan percayakan orang politik 100%..🤔
Puan Shahrinaz Maamor🙄
14
159
2
749
53,967
Adzman Kamaruddin retweeted
Salam, saya nak jual kasut sebab beli kasut ni dulu macam semangat nak pakai. Sekarang dah tak rasa nak pakai. Siapa minat boleh whatsapp 0123633997. Kasut semua baru siap box. Boleh scroll thread untuk tengok dan harga. 1/5.
2
3
28
28,199
Adzman Kamaruddin retweeted
Tan Sri Azman Hashim tibai habis dari 1MDB ke Tabung Haji. Beliau sebut dulu Malaysia Boleh, sekarang Malaysia Semua Boleh. Kenapa? Sebab bila rasuah dah tak malu. Malu apa bosku? Tokoh2 besar nampak benda ni dan dah jelak. Ini bukan lagi tentang politik tapi tentang 'nilai'.
26
669
17
1,982
308,529
Adzman Kamaruddin retweeted
AUKU dah mansuh. Sepatutnya tiada lagi halangan atau ancaman untuk mahasiswa dan mahasiswi bersuara. Tapi mcm biasalah perangai samseng puak umno ni mana pernah berubah. Student UM yang outspoken haritu nampak gaya dah start dapat ugutan/ancaman dari puak-puak ni.
103
2,167
128
6,754
580,282
Adzman Kamaruddin retweeted
Saya menerima khabar bahawa Editor Kanan Makkal Osai, saudara Rajan Boopalan telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami darah beku di kepala. Beberapa pegawai Pejabat Perdana Menteri telah mewakili saya menziarahi beliau di Hospital Selayang hari ini. Selain bertanya khabar dan menyampaikan salam saya, mereka turut menyerahkan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga sepanjang tempoh rawatan. Saya mendoakan agar saudara Rajan diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali pulih seperti sedia kala. Semoga beliau dan keluarga diberi kekuatan untuk mengharungi saat yang mencabar ini.
7
36
1
168
15,892
Adzman Kamaruddin retweeted
Saya hadir untuk bersama dengan warga pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah dalam majlis peluncuran pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 sebagai ikhtiar Kerajaan MADANI meringankan beban mereka yang sekian lama berdepan pelbagai tantangan, termasuk persaingan industri dan tekanan kos sara hidup. Pertemuan ini turut mengimbau kenangan sewaktu saya melalui detik-detik paling getir dalam perjuangan reformasi pada tahun 1998. Ketika ramai memilih untuk menjauh, sebahagian pemandu teksi tampil membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Jasa dan ketulusan mereka kekal terpahat dalam ingatan saya hingga ke hari ini. Saya turut tegaskan bahawa setiap hasil yang dijana negara harus akhirnya kembali memberi manfaat kepada rakyat. Tatkala kedudukan kewangan negara semakin mengukuh, adalah menjadi kewajiban Kerajaan MADANI untuk memastikan limpahan kemakmuran itu turut dirasai kelompok pekerja yang selama ini menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara. Justeru, prinsip inilah yang akan terus mendasari perjuangan Kerajaan MADANI, yakni menghargai setiap sumbangan, membela yang memerlukan dan memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam arus pembangunan negara. #YakinMADANI
11
43
2
176
9,917
Adzman Kamaruddin retweeted
Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869] merupakan satu perkembangan penting dalam usaha kita memaknai reformasi institusi Parlimen, kebebasan Parlimen dan kematangan demokrasi berparlimen negara. Saya menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak, termasuk kepimpinan Dewan Negara dan Dewan Rakyat, pihak Kerajaan, Bahagian Undang-Undang serta Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang bersama-sama memberikan dukungan bagi menjayakan reformasi ini. Reformasi ini bukan sekadar soal kebebasan dan bidang kuasa, tetapi juga tanggungjawab untuk meningkatkan profesionalisme warga Parlimen, mutu perbahasan dan adab dalam berbeza pandangan. Saya berharap kebebasan yang diperkukuh ini dimanfaatkan sebaiknya, dengan kerjasama semua pihak, demi memastikan Parlimen terus berfungsi sebagai institusi demokrasi yang matang, berwibawa dan diyakini rakyat. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
10
39
4
158
9,732
Adzman Kamaruddin retweeted
Salam takziah kepada mantan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang dikhabarkan baru kehilangan ayahanda tercinta, allahyarham Nik Ahmad Nik Hassan. Mendoakan saudara Nik dan keluarganya dikurniakan ketabahan yang tinggi saat ini, selain saya mendoakan agar ruh bapanya diberi keampunan dan diberi tempat yang sangat istimewa di sisi-Nya. Foto: FMT
24
130
2
980
164,538
Adzman Kamaruddin retweeted
Hadir ke Dewan Rakyat hari ini bagi bacaan usul pelantikan empat Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen, terdiri daripada dua Ahli Kerajaan dan dua Ahli Kumpulan Pembangkang, selaras dengan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869]. Ahli Kerajaan: 1. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh 2. Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad Ahli Kumpulan Pembangkang: 1. Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee 2. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan Selepas lebih tiga dekad dimansuhkan, Akta Perkhidmatan Parlimen kembali berkuat kuasa bagi memberikan autonomi kepada Parlimen untuk mengurus pentadbiran dan hal ehwalnya sendiri. Langkah ini merupakan penanda aras penting dalam reformasi institusi Parlimen, sekali gus memperkukuh kedudukan Parlimen sebagai tonggak demokrasi berparlimen negara. Moga amanah yang diberikan kepada keempat-empat Ahli Dewan Rakyat ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, tanggungjawab dan semangat kerjasama, demi memastikan Parlimen terus berfungsi sebagai institusi yang bebas, berwibawa dan mengutamakan kepentingan rakyat. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
13
79
6
348
17,844
Adzman Kamaruddin retweeted
Malam ini saya menyantuni keluarga besar Sumud Nusantara bersempena Global Sumud Flotilla Congress 2026 yang menghimpunkan solidariti masyarakat antarabangsa bagi memperjuangkan kebebasan Palestin serta membela hak serta maruah rakyatnya, termasuk di Gaza. Penderitaan rakyat Palestin bukan soal agama atau bangsa, tetapi soal kemanusiaan dan hak setiap insan untuk hidup bebas, bermaruah serta menentukan nasib sendiri, justeru penjajahan, penindasan dan kekejaman terhadap orang awam tidak boleh dibiarkan berterusan. Pelancaran Sumud Protocol malam ini menjadi satu langkah untuk menyelaraskan usaha pembebasan Palestin melalui lima jalur gerakan, meliputi perfileman, tindakan ahli parlimen, gerakan masyarakat sivil dan belia, flotila ke Gaza serta Kongres Global. Resolusi Asas Gerakan Global Sumud yang dimeterai pula perlu diterjemahkan kepada tindakan bersama yang tersusun dan berterusan. Solidariti tidak harus terhenti pada kata-kata, sebaliknya perlu disusuli usaha nyata untuk memastikan hak rakyat Palestin terus diperjuangkan. Insya-Allah, dengan kesungguhan dan kerjasama masyarakat antarabangsa, kita akan terus mengusahakan keadilan, hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta masa depan yang lebih aman dan bermaruah bagi rakyat Gaza. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
11
70
2
211
13,138
Adzman Kamaruddin retweeted
Lawatan negara Raja Jordan, Raja Abdullah II, mencerminkan hubungan diplomatik Malaysia-Jordan yang kukuh dan berterusan sejak lebih enam dekad, di samping memperteguh kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, teknologi dan pertahanan demi kepentingan bersama. Lawatan ini memperlihatkan komitmen kedua-dua negara untuk terus mempererat hubungan persahabatan dan memperluas kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
18
75
3
407
17,978
Adzman Kamaruddin retweeted
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 dengan Belanjawan MADANI 2027 sebagai tumpuan utama dalam kerangka Waad Nasional yang telah saya usulkan semasa membentangkannya. Waad atau ‘covenant’ tersebut mesti berfungsi sebagai wahana yang menuntut kerjasama erat dan padu antara Kerajaan di peringkat pusat dan negeri bagi memastikan pembangunan yang lebih mampan, adil dan seimbang bagi menjelmakan aspek kesejahteraan yang lebih terangkum. Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, unjuran pertumbuhan ekonomi negara dan persoalan turun naik harga minyak dunia, Belanjawan ini perlu terus membela rakyat, menangani kos sara hidup serta mengambil kira keutamaan setiap negeri, termasuk aspek keselamatan sempadan, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Penyelarasan perancangan serta peruntukan berdasarkan keperluan sebenar di lapangan di mana tumpuan harus diberikan kepada mutu penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi negeri dan pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Mesyuarat turut menyentuh kepentingan kriptografi pascakuantum dalam memperkukuh perlindungan data dan sistem digital negara bagi menghadapi perkembangan teknologi serta ancaman keselamatan siber pada masa hadapan. Berhubung kebimbangan terhadap isu jerebu, Indonesia telah diminta supaya mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menangani pembakaran terbuka yang menjadi punca jerebu rentas sempadan selain menjejaskan kesihatan rakyat, khususnya murid dan pelajar, serta mengganggu sesi persekolahan. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #Belanjawan2027
20
51
6
259
26,220
Adzman Kamaruddin retweeted
Hari ini saya mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara. MRR ke-273 dipengerusikan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Daulat Tuanku! Foto: RPO #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
8
84
5
571
44,530
Adzman Kamaruddin retweeted
Lawatan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi mencerminkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik berasaskan kepentingan bersama. Kesepakatan yang dicapai wajar diterjemahkan kepada kerjasama yang berterusan dan hasil yang bermakna, demi kepentingan kedua-dua negara serta kesejahteraan rakyat. 🇲🇾 🇪🇬 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
18
158
13
879
23,913
Adzman Kamaruddin retweeted
Alhamdulillah, berkesempatan hadir dalam Majlis Ilmu MADANI yang mengangkat penghayatan Tafsir Surah Yusuf menerusi syarahan ulama tersohor dari Türkiye, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Fadhil al-Jilani al-Hasani. Saya turut mengenang jasa dan bimbingan beliau yang memberikan kekuatan ketika saya melalui tempoh sukar dahulu. Kisah Nabi Yusuf AS bukan sekadar mengajar tentang kesabaran dan keteguhan iman, tetapi turut membawa iktibar besar dalam soal kepimpinan dan pentadbiran negara, khususnya kebijaksanaan mengurus sumber, merancang bekalan makanan serta membina daya tahan ekonomi ketika berdepan kemarau. Pengajaran ini wajar dijadikan pedoman dalam merangka dasar dan melaksanakan Belanjawan MADANI 2027, dengan kecekapan tadbir urus, kesejahteraan rakyat dan kemaslahatan ummah sentiasa menjadi keutamaan. Moga kita terus mengambil iktibar daripada kisah para anbiya, memperkukuh amanah dalam kepimpinan dan menjadikan setiap ikhtiar demi kesejahteraan rakyat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab yang dipikul. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
6
73
419
13,770
Adzman Kamaruddin retweeted
Sewaktu mempengerusikan Majlis Perancang Fizikal Negara ke-51, mesyuarat meneliti pelbagai perkara berkaitan pembangunan fizikal negara, termasuk perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri, selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Semua pihak terkait perlu terus menambah baik penyampaian perkhidmatan bagi memperkukuh ekosistem pelaburan serta memudahkan urusan rakyat. Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting bagi memastikan pembangunan negara dirancang secara inklusif, mampan dan menyeluruh, demi manfaat rakyat. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
17
40
4
143
11,280
Adzman Kamaruddin retweeted
Saya menghadap Raja Kerajaan Hasyimiyah Jordan Raja Abdullah II ibn Al Hussein sempena Lawatan Negara selama dua hari ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Pertemuan ini membuka ruang untuk kami memperhalusi ikhtiar memperkukuh hubungan strategik Malaysia-Jordan, khususnya dalam bidang pendidikan tinggi, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, teknologi baharu serta pembinaan ekosistem semikonduktor. Kami turut membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan pusat pendidikan dan latihan teknikal berteknologi maju, termasuk melahirkan lebih ramai jurutera serta tenaga mahir yang mampu memenuhi tuntutan industri masa hadapan. Turut disentuh ialah usaha memperluas hubungan perdagangan dan pelaburan, termasuk potensi perjanjian perdagangan bebas (FTA), penstrukturan semula tarif, pengukuhan rantaian bekalan serta kerjasama dalam sektor tenaga, pengangkutan, industri halal, dan pelancongan. Dalam membicarakan perkembangan geopolitik Asia Barat, kami senada mengenai keperluan mendesak untuk menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin, termasuk keganasan dan pencabulan hak yang berterusan di Baitulmaqdis serta Tebing Barat. Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan di Syria dan implikasinya terhadap keselamatan serta kestabilan rantau berkenaan. Saya menegaskan bahawa Malaysia akan terus konsisten memperjuangkan hak rakyat Palestin, di samping memperkukuh penyaluran bantuan kemanusiaan, khususnya kepada penduduk Gaza. Raja Abdullah II turut menyatakan penghargaan terhadap pendirian dan peranan Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Semoga pertemuan ini menjadi wahana untuk mengangkat hubungan Malaysia-Jordan ke tahap yang lebih bermakna, bukan sahaja menerusi kerjasama ekonomi dan teknologi, tetapi juga atas landasan kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat. #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
15
86
4
497
18,882
Adzman Kamaruddin retweeted
Mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyambut keberangkatan Raja Kerajaan Hasyimiyah Jordan, Raja Abdullah II ibn Al Hussein di Istana Negara sempena Lawatan Negara selama dua hari ke Malaysia. Saya kemudiannya mengiringi Tuanku Agong menerima Kunjungan Menghadap Raja Abdullah II serta menyaksikan istiadat mewasalkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) kepada baginda. Tuanku Agong turut menerima darjah kebesaran tertinggi Kerajaan Jordan iaitu Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali, daripada Raja Abdullah II sebelum delegasi kedua-dua negara diraikan dalam Majlis Santapan Negara. Lawatan ini menzahirkan persahabatan akrab Malaysia dan Kerajaan Hasyimiyah Jordan serta tekad untuk memperkukuh kerjasama dan melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi. 🇲🇾🇯🇴 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
7
72
7
437
28,799
Adzman Kamaruddin retweeted
Meski tewas kepada India dan terlepas peluang ke Piala Asia Wanita B-17 2027 di China, semangat juang skuad bola sepak remaja wanita negara tetap wajar dihargai. Syabas atas usaha dan keberanian yang ditampilkan sepanjang kejohanan. Jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk bangkit lebih kuat dan melakar kejayaan dalam kejohanan akan datang. Teruskan melangkah, Malaysia! 🇲🇾💪 #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
37
115
4
751
22,837