Tak mengejutkan, Johor memang satu satu nya kubu kuat BN. Parti yang melawan tradisi Bangsa Johor tentu lah kena tempias termasuk Harapan. Muda membuktikan sebelum ini hanya menang atas tiket harapan. PAS terus tenggelam di Johor tanpa arah tuju.
1
53
Everyone claims, parti mereka for betterment, untuk Malaysia. Dengan pertambahan parti, some might said kita ada lebih banyak pilihan. Yup takda betul takda salah. Tapi soalan nya, bila sampai satu masa, masih tiada majoriti perlu gabungan, boleh ke dia berkerjasama?
Punya dangkal fikiran pembangkang.
Begitu sekali Universiti Islam dipandang rendah, kajian belum siap lagi, SU Parti Islam guna ilmu kasyaf dah tahu hasil kajian dan mampu mempertikaikan kajian.
Apa pandangan alumni UIA @syahirnomic ?
33
🫶
Terima kasih semua yang telah sudi membantu kami dalam pembelian baju ini. Alhamdulillah minggu ini anak-anak sudah ada baju lain untuk dipakai di hari kokurikulum. Terima kasih @afhxm yang banyak membantu untuk merealisasikan Satu Baju Dua Senyuman ini. TERIMA KASIH SEMUA! ❤️
41
Macam mana dengan mandat pengundi?
𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟮𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. 𝗣𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
28 Mei 2025
2
92
Rafizi ni kalau dia letak jawatan menteri aku tak tahu lah nak cakap apa. Atleast terus jadi menteri and perform sampai habis untuk tunjuk pada rakyat and prove kepada parti yang dia lebih capable dari izzah, pemilihan akan datang, bertanding jawatan Presiden.
82
3/4 mengundi NI berbanding RR, majoriti besar. Nampaknya kepimpinan nak suara diplomatik bukan membangkang atau melawan. NI ada komitmen dan kepercayang besar pengundi, paling berat sekarang nak bersaing rekod kepimpinan RR, dan macam nak jadi jeneral perang melawan pihak lawan.
1
17
Lemoi 😍
Bangsa Berlari X Lemoi ❤️🔥
Setiap helai dari pembelian, akan turut menyumbang sehelai kepada anak-anak Lemoi untuk kegunaan mereka di sekolah. Target sumbangan hanyalah 80 helai sahaja.
Satu Baju Dua Senyuman.
Beli disini:
t2u.asia/e/43468
Jangan la menang 🙌
Saya berhasrat untuk bantu parti dengan memperkukuh Majlis Pimpinan Pusat melalui idea-idea, nafas, dan semangat yang baharu – untuk meneruskan perjuangan Reformasi.
Tetap berjuang, terus berjuang!
#FF4MPP
#FahmiFadzilMPP
#PilihFahmiFadzil
1
59
RR, Izzah, SN, semua worth. Tapi kalau ikut personaliti PMX, RR lebih diperlukan. Berbeza kalau presiden RR, orang macam Izzah dan SN perlu berada di posisi timbalan
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 & 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗗𝗘𝗔𝗟𝗜𝗦𝗠𝗘 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 (𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞)
Saya telah menghantar borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya mengalu-alukan penyertaan mana-mana calon lain untuk sama-sama menyemarakkan semangat demokrasi dalam parti.
Saya bersama rakan-rakan akan turun ke negeri-negeri untuk bertemu anggota parti secara langsung, berkongsi pandangan dan menampilkan perancangan kami seterusnya.
Jelajah ini akan membawa semangat 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗱𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺𝗲 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗨𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮 (𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞) - satu usaha untuk memastikan KEADILAN kekal teguh dengan idealisme reformasi, lebih-lebih lagi ketika berada di tampuk kuasa.
Jelajah 𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞 yang pertama adalah di zon negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Maklumat jelajah adalah seperti berikut:
Tarikh: 11 Mei 2025 (Ahad)
Tempat: Klana Grand Ballroom Seremban (maps.app.goo.gl/uUeUWn7zyUu5…)
Masa: 9 malam
Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus. Saya mohon doa dan dokongan semua agar kita terus hidupkan semangat reformasi, walau dalam ujian kuasa.
#HIRUK #IdealismeDalamUjianKuasa
Kalau dulu aktif nasyid sekolah/ kolej pasti akan ingat konsep Islam Hadhari. Selamat kembali ke negeri abadi Pak Lah. Antara karaktor Perdana Menteri yang baik Malaysia pernah ada.
Cerita Raub, 500 ekar tanah, dengan usia pokok 5- 20 tahun, kena rush.
2 sisi pandang.
1. Siapa yang "menghalalkan" sejak 20 tahun lalu? Kalau tak dihalalkan kenapa tiba tiba muncul kebun tu.
2. Dah 20 tahun duduk atas tanah haram makan untung bila kena tebang marah.
25
Cikgu kelas Aish ni baru tukar, cikgu lama (tua) dulu cikgu muda. Kalau dalam whatsapp group cara dia cakap (taip) pun memang style orang tua 🥹 Sejak dia replace memang hari hari duk push parent ajar anak baca, dan cantikkan tulisan.
1
57





















