CSFB JKR (@csfbjkr) header
CSFB JKR (@csfbjkr) profile picture

The Official Twitter for Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia

Kuala Lumpur City
Joined April 2018
Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)Photo by CSFB JKR (@csfbjkr)
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam jiwa kita. Bersama membina Malaysia yang sejahtera, maju dan berdaya tahan. ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ, ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
5
1
6
328
๐…๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ฅ๐ฒ๐ข๐ง๐  ๐Ÿ๐จ๐ฑ ๐๐ข ๐ข๐‹๐„๐€๐ƒ ๐๐š๐ซ๐ค ๐๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐€๐ฆ๐ข๐ง, ๐ฆ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ ๐ญ๐š๐ง๐๐š ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ˆ๐๐“๐”๐‘๐€. Tahniah INTURA dan JKR Kedah kerana berjaya menyiapkan kedua-dua projek mengikut sasaran. Inilah semangat ARPA, bukan sekadar menyelesaikan masalah, tetapi menjangka dan mencegahnya lebih awal demi penyampaian yang lebih pantas dan berkualiti. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #MADANIBekerja #ReformasiSatuKemestian #TaatSetia ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”
9
16
29
378
LOKASI 2 ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š, 25 Julai 2026 โ€“ Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Ir. Ibrahim bin Esa telahย menyertai YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dalam Lawatan Kerja KSU KKR ke Zon Timur bagi meninjau kemajuan Projek Pembaikan Mendapan Tambakan di FT036 Jalan Aring โ€“ Jeneris (Pakej 6A: Aring ke Sempadan Kelantanโ€“Terengganu) melibatkan lokasi CH9000, CH12000 dan CH14000. Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Lawatan ini bertujuan meneliti kemajuan pelaksanaan pembaikan sementara dan pembaikan kekal, menyelaras tindakan di tapak serta memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan. Projek ini melibatkan pembinaan struktur bertingkat (elevated structure) dua lorong dua hala berpiawaian R3 di lokasi mendapan CH9000, CH12000 dan CH14000, serta pembinaan dan pembaikan jalan tuju sepanjang 900 meter. Apabila siap, projek ini dijangka meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kebolehpercayaan perjalanan pengguna di laluan FT036. JKR Malaysia komited memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual, piawaian dan kualiti yang ditetapkan demi kepentingan serta keselamatan rakyat. #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
3
9
548
๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐’๐€๐๐Ž ๐ƒ๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐“๐Ÿ๐Ÿ–๐Ÿ“: ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐„๐’๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ Sabo Dam merupakan struktur kejuruteraan yang dibina bagi mengawal aliran puing, memerangkap sedimen serta mengurangkan risiko limpahan bahan runtuhan ke laluan utama. Kaedah ini menjadi antara penyelesaian jangka panjang JKR dalam meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan rangkaian jalan Persekutuan kekal berfungsi dengan baik. Pembinaan Sabo Dam di FT185 Seksyen 61.00, Jalan Lojingโ€“Gua Musang, Kelantan dilaksanakan susulan kejadian aliran puing yang mengakibatkan kerosakan jalan serta gangguan kepada pengguna laluan tersebut. Layari infografik ini untuk mengetahui latar belakang kejadian, penyelesaian teknikal yang dilaksanakan serta manfaat projek kepada rakyat. #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
4
3
543
๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas (JPPK) bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Projek Lebuhraya Kota Bharuโ€“Kuala Krai (KBKK) Negeri Kelantan (Task Force) Bilangan 3 Tahun 2026 dan Reformasi Pengurusan Data Aset Jalan di Malaysia di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal itu memfokuskan kepada pembentangan status semasa pelaksanaan projek, meliputi prestasi fizikal, prestasi kewangan serta kemajuan Pengambilan Balik Tanah (PBT) bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, menepati perancangan dan sasaran yang telah ditetapkan. Turut hadir ialah barisan pengurusan tertinggi KKR, JKR serta agensi-agensi berkaitan bagi memperkukuh penyelarasan dan kerjasama strategik. Seterusnya, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Pusat Akuatik Kota Bharu, Kelantan bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek yang merupakan sebahagian daripada pembangunan infrastruktur SUKMA Kelantan 2028. Beliau turut menjelaskan kepentingan penyelarasan yang berkesan serta pematuhan terhadap jadual pelaksanaan, spesifikasi, kualiti kerja dan aspek keselamatan bagi memastikan projek dapat disiapkan seperti yang dirancang seiring aspirasi "Delivery Is Our Priority". #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
1
3
330
๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š, 25 Julai 2026 โ€“ Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Ir. Ibrahim bin Esa telahย menyertai YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dalam Lawatan Kerja KSU KKR ke Zon Timur bagi meninjau kemajuan Projek Pembaikan Mendapan Tambakan di FT036 Jalan Aring โ€“ Jeneris (Pakej 6A: Aring ke Sempadan Kelantanโ€“Terengganu) melibatkan lokasi CH9000, CH12000 dan CH14000. Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Lawatan ini bertujuan meneliti kemajuan pelaksanaan pembaikan sementara dan pembaikan kekal, menyelaras tindakan di tapak serta memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan. Projek ini melibatkan pembinaan struktur bertingkat (elevated structure) dua lorong dua hala berpiawaian R3 di lokasi mendapan CH9000, CH12000 dan CH14000, serta pembinaan dan pembaikan jalan tuju sepanjang 900 meter. Apabila siap, projek ini dijangka meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kebolehpercayaan perjalanan pengguna di laluan FT036. JKR Malaysia komited memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual, piawaian dan kualiti yang ditetapkan demi kepentingan serta keselamatan rakyat. #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
4
10
509
๐——๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฌ ๐—œ๐—ฆ ๐—ข๐—จ๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—ข๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ Di JKR, setiap projek yang dilaksanakan bukan sekadar memenuhi skop kerja, malah merupakan amanah untuk menyampaikan penyelesaian terbaik kepada rakyat. Komitmen kami diterjemahkan melalui: โœ… Hasil berkualiti โœ… Penyelesaian berkesan โœ… Menepati kos โœ… Menepati masa โœ… Memenuhi harapan rakyat JKR akan terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi demi memastikan setiap projek memberi impak yang mampan kepada kesejahteraan rakyat dan negara. #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
5
16
552
JKR terus melangkah ke hadapan dengan memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan berfokuskan penyampaian perkhidmatan yang berimpak kepada rakyat. Melalui empat (4) teras utama kepimpinan era baharu iaitu ๐‘ฒ๐’†๐’†๐’‘ ๐‘ท๐’†๐’๐’‘๐’๐’† ๐‘ฐ๐’๐’‡๐’๐’“๐’Ž๐’†๐’…, ๐‘ฒ๐’†๐’†๐’‘ ๐‘ท๐’†๐’๐’‘๐’๐’† ๐‘ฐ๐’๐’—๐’๐’๐’—๐’†๐’…, ๐‘ฒ๐’†๐’†๐’‘ ๐‘ท๐’†๐’๐’‘๐’๐’† ๐‘ฐ๐’๐’•๐’†๐’“๐’†๐’”๐’•๐’†๐’… dan ๐‘ฒ๐’†๐’†๐’‘ ๐‘ท๐’†๐’๐’‘๐’๐’† ๐‘ฐ๐’๐’”๐’‘๐’Š๐’“๐’†๐’… .Seluruh warga JKR diseru untuk keluar daripada zon selesa serta mengadaptasi perubahan demi memastikan setiap projek dan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, berkualiti dan berkesan. Penekanan turut diberikan kepada pembangunan kompetensi, profesionalisme serta pengukuhan budaya #DeliveryIsOurPriority sebagai pemacu utama kecemerlangan organisasi. Bersama-sama kita merealisasikan aspirasi JKR sebagai organisasi teknikal unggul yang sentiasa relevan, dipercayai dan dihormati. #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
4
11
553
[๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€] Pelantikan Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya berkuat kuasa 8 Jun 2026. ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”
6
19
4,058
26 Mei 2026 โ€“ YBhg. Datoโ€™ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah mengadakan lawatan susulan ke Kuarters JKR Batu 4 1/2, Jalan Sungai Besi bagi meninjau perkembangan kerja-kerja pembaikan serta status semasa di lokasi. Lawatan ini merupakan susulan daripada kejadian ribut yang melanda kawasan berkenaan pada petang semalam, yang telah mengakibatkan kerosakan agak serius khususnya melibatkan bumbung rumah kuarters. Menerusi lawatan tersebut, YBhg. Datoโ€™ telah melihat sendiri tindakan pembaikan yang sedang dilaksanakan serta mendapatkan maklumat terkini berhubung status kerja-kerja pemulihan di kawasan terjejas. Bagi mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan, pihak JKR turut menerima bantuan tenaga jabatan daripada pasukan JKR Selangor. Penyelarasan kerja akan dilaksanakan oleh JKR WPKL mengikut lorong dan pasukan yang telah ditetapkan, iaitu Pasukan JKR WPKL, Pasukan JKR Gombak, Pasukan JKR Petaling, Pasukan JKR Sepang dan Pasukan JKR Klang. Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada JKR WPKL atas penyelarasan serta tindakan segera yang telah diambil dalam memastikan kerja-kerja pembaikan dapat digerakkan dengan teratur di lokasi. Terima kasih juga diucapkan kepada JKR Selangor serta JKR Daerah yang terlibat atas bantuan tenaga dan kerjasama yang diberikan dalam melancarkan kerja-kerja pembaikan di lokasi. Kerja-kerja pembaikan ini disasarkan untuk disiapkan pada hari ini sebagai persediaan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha. Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar serta memberi keselesaan kepada penghuni kuarters yang terjejas. #IamJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
1
3
10
255
Kalau bukan manusia yang melihat usaha kita, Tuhan sentiasa melihat. Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 hari ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih pantas, cekap dan berkesan kepada negara. Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua kakitangan yang bakal bersara. Legasi, pengalaman dan kepakaran yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. Marilah kita terus bekerja secara berpasukan, menjunjung integriti dan menghayati semangat Segulai Sejalai demi memastikan agenda pembangunan infrastruktur negara terus dipacu dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat. Semoga usaha kita semua mendapat pahala. #APC2026 #KKR #MYJalan #MadaniBekerja #MalaysiaMadani #YakinMadani
1
5
185
Seremban, 8 Mei 2026 โ€“ Majlis penggulungan dan penutupan Persidangan Pegawai Kanan (SOC) Jabatan Kerja Raya Malaysia 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 7 hingga 8 Mei 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, hari ini. Turut hadir sama ialah YBhg. Datoโ€™ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YBhg. Datoโ€™ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar); serta YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra). Dalam ucapan penutup beliau, YBhg. Datoโ€™ Sri KPKR merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur, para peserta serta seluruh warga JKR yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang persidangan berlangsung. Beliau berkata, persidangan seumpama ini menjadi platform penting dalam menyatukan aspirasi kepimpinan serta memperkukuh hala tuju strategik organisasi bagi memastikan JKR terus kekal relevan, progresif dan diyakini rakyat. Sepanjang dua hari penganjuran, SOC 2026 menghimpunkan barisan kepimpinan kanan JKR dari seluruh negara bagi membincangkan pelbagai agenda strategik selaras dengan tema โ€œMemacu Reformasi Pintar JKRโ€ dan aspirasi โ€œLeading with Heart, Building the Futureโ€ฆ Togetherโ€. Adalah diharapkan agar segala resolusi, pandangan dan cadangan yang diketengahkan sepanjang SOC 2026 dapat diterjemahkan kepada tindakan berimpak tinggi demi memperkukuh agenda transformasi jabatan. Pada majlis yang sama, YBhg. Dato' Sri KPKR turut mengumumkan bahawa Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya Malaysia (SOC) 2027 akan diadakan di Negeri Kelantan sebagai tuan rumah bagi penganjuran tahun hadapan. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
1
5
11
752
Gambar sepanjang majlis
1
1
7
137
Bachok, Kelantan, 3 Mei 2026 - Program Sekolah Angkat MADANI Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok, Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini dan disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. Program ini merupakan inisiatif berterusan JKR Malaysia dalam memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan institusi pendidikan melalui pendekatan pembangunan fasiliti, peningkatan persekitaran pembelajaran serta penambahbaikan kemudahan sekolah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Bagi tahun ini, Sekolah Kebangsaan Jelawat telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan yang melibatkan kerja mengecat semula bangunan sekolah, pembekalan dua unit televisyen di Makmal Komputer, penukaran pintu rosak serta penyediaan kerusi dan meja baharu untuk kegunaan murid. Selain itu, turut diumumkan dua projek kerja penyelenggaraan dan naik taraf Sekolah Kebangsaan Jelawat di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia bernilai RM250,000 bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan warga sekolah. Dalam masa sama, pelaksanaan Arahan Kerja Jalan Persekutuan di negeri Kelantan yang melibatkan 148 projek bernilai RM95.73 juta turut memberi manfaat kepada rakyat, termasuk lapan projek di jajahan Bachok bernilai RM2.98 juta. Turut hadir menjayakan program ialah YBrs. Tuan Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan; YBrs. Hajah Siti Norina binti Muhamad, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan; YBrs. Encik Nik Husni bin Nik Soh, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia; dan YBrs. Encik Kamaruzzaman bin Ab Manaf, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jelawat. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan MADANI melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi pelaksana utama dalam memastikan penyampaian kemudahan pendidikan yang lebih selesa, kondusif dan memberi manfaat langsung kepada warga sekolah. Semoga pelaksanaan program ini memberi manfaat berpanjangan kepada warga Sekolah Kebangsaan Jelawat serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik demi kecemerlangan pendidikan negara. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
1
5
13
684
3 Mei 2026 โ€“ YBhg. Datoโ€™ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah mengadakan Lawatan Kerja ke tapak projek SUKMA seperti berikut: 1.Pembinaan Stadium Bukit Merbau, Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan (Reka dan Bina) 2.Pembinaan Pusat Akuatik, Kota Bharu, Kelantan 3.Pembinaan Lapang Sasar Menembak, Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan 4.Pembinaan Arena Tertutup, Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan 5.Pembinaan Stadium Hoki, Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan 6.Pembinaan Pusat Skuasy dan Gelanggang Lawn Bowl Berbumbung, Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau kemajuan semasa projek serta memastikan pelaksanaan di tapak berjalan selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan. Sepanjang lawatan, YBhg. Datoโ€™ telah diberikan taklimat oleh Pasukan Projek Khas SUKMA Kelantan dan pihak kontraktor berkaitan status pelaksanaan kerja, di samping meneliti sendiri keadaan sebenar di tapak. Penekanan turut diberikan kepada aspek penyelarasan antara pihak terlibat, pematuhan kepada spesifikasi yang ditetapkan serta keperluan memastikan kualiti dan keselamatan sentiasa berada pada tahap terbaik. Dalam masa yang sama, YBhg, Datoโ€™ turut memberi teguran kepada pihak kontraktor agar meningkatkan kecekapan pelaksanaan kerja di tapak serta mempertingkatkan kawalan penyeliaan bagi memastikan setiap komponen projek dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Kontraktor juga diingatkan supaya mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menangani sebarang isu berbangkit serta memastikan komitmen sumber adalah mencukupi. Semua pihak disarankan agar terus memperkukuhkan kerjasama dan komunikasi bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek serta pencapaian kemajuan yang memuaskan selaras dengan tempoh yang telah ditetapkan. #IamJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
1
4
10
315
3 Mei 2026 - YBhg. Datoโ€™ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah hadir ke Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu, Tunjong, Kelantan yang telah berlangsung dengan jayanya. Majlis telah disempurnakan dengan penuh gemilang oleh YBhg. Datoโ€™ Sri Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBhg. Datuk Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dengan menyaksikan penyerahan dokumen rasmi serta penyerahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan kemudahan kepada pihak pelanggan. Projek di bawah penyeliaan Cawangan Kerja Bagunan Am 1 (CKBA1) ini merupakan inisiatif beterusan kerajaan dalam menyediakan kemudahan bersepadu yang menyokong keperluan pentadbiran agensi Persekutuan. Reka bentuknya yang moden dan fungsi ruang yang terancang membolehkan perkhidmatan disampaikan dengan lebih lancar, sekali gus meningkatkan keselesaan persekitaran kerja penjawat awam. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Kejayaan pelaksanaan projek ini mencerminkan peranan penting Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai peneraju teknikal dalam menjadi tunjang kepada penyediaan infrastruktur kerajaan yang berkualiti, sekali gus menyokong kelancaran pentadbiran dan pembangunan negara. #IamJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
1
4
13
260
24 April 2026 โ€“ YBhg. Datoโ€™ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Daif Sabah (2020) - Gantian 18 Unit Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Di SK Tagasan, Semporna, Sabah. Projek ini telah memperoleh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), sekali gus menandakan kerja pembinaan telah disiapkan dan kini berada dalam Defect Liability Period (DLP). Projek di bawah seliaan Cawangan Kerja Pendidikan ini bakal dimanfaatkan oleh warga sekolah dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa, selaras dengan keperluan peningkatan kemudahan pendidikan di kawasan setempat. #IamJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
1
2
8
135
14 April 2026 - YBhg. Datoโ€™ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) turut hadir ke Majlis Meraikan Pegawai-Pegawai JKR Yang Berjaya Memperolehi Kelayakan Profesional Bertauliah Tahun 2025 bertempat di Aras Plaza, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Ketua Pengarah Kerja Raya dengan kehadiran barisan Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan serta warga kerja. Penganjuran majlis ini merupakan satu bentuk penghargaan terhadap usaha dan dedikasi pegawai-pegawai yang berjaya mencapai kelayakan profesional dalam bidang masing-masing. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang diraikan atas pencapaian tersebut. Pencapaian ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan teknikal jabatan, malah turut menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan. Inisiatif seperti ini juga diharap dapat menyuntik semangat kepada warga kerja lain untuk terus meningkatkan keupayaan diri seiring dengan keperluan dan cabaran semasa. #IamJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
2
15
277