
If you don't stand for something, you will lose everything.. Be the change that you wish to see in the world 🍁.. #RempengAlwaysRight .. ✨Husband AS✨
Taman Sijangkang Jaya
Joined January 2015
- Tweets14.5K
- Following800
- Followers203
- Likes18.1K
Pinned Tweet
Aku Tahu Aku Bukan Orang Baik,
Tapi Aku Takut Kalau Aku Digelar Jahat..
Aku Tak Mampu Beri Kebahagiaan,
Tapi Aku Tak Pernah Berhenti Mencari Kebahagiaan..
4
2
Adha92 retweeted
HATI-HATI DENGAN JOB SCAM, SERAM BETUL!
Tadi masa tengah makan pukul satu lebih kat TCRS Tesco Cheras, aku duduk betul-betul belakang seorang lelaki berbaju putih yang tengah interview seorang budak lelaki Melayu pakai baju hitam.
Jujur aku cakap, cara lelaki tu bercakap memang licik dan pandai pusing ayat.
Dia tabur janji manis kononnya ada kerja kilang kosong kat Singapura dengan gaji sampai RM5,000 ke RM10,000 sebulan, siap ada hostel dan elaun makan sekali.
Yang buat aku lagi geram dan meremang bila dia siap petik bab agama, kononnya gaji bersih boleh simpan RM3,000 ke RM5,000 sebulan dan terus cukup duit nak pergi Haji.
Lepas tu dia acah-acah buat kiraan kalau gaji RM6,000 sebulan, setahun dah dapat RM60,000, kalau sepuluh tahun dah berapa ratus ribu.
Dengar gaya dia sembang memang jelas sangat bau-bau sindiket penipu.
Bayangkanlah, syarikat kononnya kaya mampu bayar gaji beribu-ribu, tapi pejabat pun tak ada dan sanggup buat interview kat kedai makan pada hari cuti.
Dah la calonnya cuma seorang je, siap dibelanja makan, satu borang kerja pun tak payah isi, dan paling pelik langsung tak tanya pasal pasport atau permit kerja.
Masa tu aku tengok budak baju hitam tu macam dah termakan umpan dan teruja sangat, tapi sebelum balik aku sempat tahan dan bisik kat dia supaya hati-hati sebab aku syak lelaki tu ejen penipu.
Sebenarnya, taktik guna nama Singapura ni dah lama jadi perangkap sindiket pemerdagangan manusia.
Dorang memang sengaja umpan kerja senang gaji besar kat sana, tapi bila mangsa dah jejak kaki kat Singapura, dorang terus sumbat dan bawa lari mangsa ke Kemboja atau Myanmar.
Sampai je kat sana, pasport semua kena rampas, lepas tu mangsa dikurung dan dipaksa jadi scammer online sambil kena ugut dan pukul.
Ada juga kes kenalan rapat sendiri yang kena tipu macam ni, sampai kat sana kena kurung dan dipaksa kerja kat kedai makan yang jual benda haram tanpa kerelaan.
Lagi ngeri, kalau mangsa berkeras nak balik, sindiket ni tak teragak-agak nak peras ugut keluarga kat Malaysia minta duit tebusan berpuluh ribu ringgit.
Zaman sekarang ni memang menakutkan, kadang-kadang interview kat tempat yang nampak macam pejabat pun belum tentu selamat sebab ruang macam tu boleh sewa harian je.
Borang kerja pun dah tak boleh percaya sangat sebab zaman AI ni semua benda boleh cetak dalam sekelip mata.
Jadi tolonglah jangan mudah gelap mata dengan iklan kerja kat media sosial, siasat dulu latar belakang syarikat tu betul-betul.
Kalau kena bagi salinan kad pengenalan, pastikan palang siap-siap atau letak watermark kat laman web percuma, dan jangan sesekali bayar apa-apa duit pendahuluan.
Paling penting, kalau orang tu dah mula minta pegang pasport awal-awal, baik cabut lari terus sebelum korang dijual ke pusat scam atau dijadikan keldai dadah.
Tolonglah sebarkan benda ni kat anak-anak, adik-beradik dan kawan-kawan supaya tak ada lagi yang jadi mangsa!
Kredit Asal : FB Azrina Razali
Adha92 retweeted
SKANDAL BARU MALAYSIA DI SABAH
Malaysia dihimpit Skandal baru apabila Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan yang Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di Sabah hanya siap 11.7 peratus padahal Kerajaan sudah membayar 94.6 Peratus kos projek atau RM 10.547 Bilion
Projek ini juga turut terlewat selama 5 Tahun. Sepatutnya ia disiapkan pada 2021. Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara PAC akan menjalankan siasatan ke atas mereka terlibat dalam projek ini susulan perkara berkenaan
Dilaporkan punca Projek ini lewat kerana
1) 19 pakej projek dimulakan sebelum Laporan Penilaian Alam Sekitar
2) 57 Arahan Perubahan Kerja diluluskan tanpa kebenaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Lembaga Perolehan Jabatan Kerja Raya melibatkan kos RM 513.99 Juta
3) RM 163.64 Juta dibayar tanpa kontrak kepada kontraktor atau perunding projek
4) Kehilangan 77,299 Fail Pemantauan Projek
5) Kerajaan tidak menuntut semula dana pendahuluan kerajaan untuk kerja utiliti berjumlah RM 41.37 Juta
6) Banyak kontraktor belanja berlebihan kerana pengurusan projek yang lemah dan melanggar banyak peraturan kewangan. Serta masalah pengurusan dalam pembinaan projek menyebabkan kelewatan melampau
Disebabkan itu. Kos Projek ini meningkat sebanyak RM 484 Juta dan menyebabkan Lebuhraya ini hanya boleh siap pada 2030. Dari 2016-2026 hanya 4 bahagian projek daripada 35 bahagian Projek disiapkan. Baki 31 projek melibatkan 9 bahagian ialah projek sakit, 13 lewat dari jadual dan 9 mendahului jadual namun belum siap. 35 Bahagian Projek itu adalah sepanjang 706 km keseluruhan.
Kos untuk Projek Fasa 1A juga meningkat melebihi had maksimum kerajaan sebanyak RM 987 Juta susulan masalah ini kepada RM 11.323 Bilion dan Kerajaan terpaksa menangguhkan Fasa 2 dan Fasa 3 projek ini
PAC memaklumkan masalah ini bukan sahaja melibatkan kontraktor di tapak pembinaan, tetapi juga melibatkan masalah pentadbiran dan pengurusan di peringkat kerajaan. Disebabkan itu Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan JKR Sabah akan turut dipanggil PAC untuk siasatan Menyeluruh
Adha92 retweeted
Dulu Pukul Driver Lori, Sekarang Kantoi Isu Ayam: Netizen Panas Hati Kes 'Dato Bangla' Viral Semula!
Baru-baru ni, kecoh balik kat media sosial pasal video lama kes pemandu lori Melayu kena belasah dengan 'Dato' warga Bangladesh.
Adha92 retweeted
Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un.
Semalam pukul 11 malam.
Aku baring, scroll telefon.
Entah macam mana jari aku tekan Shopee Live.
Scroll.
Berhenti dekat satu live.
View: 2 orang.
Seorang abang jual muruku.
Meja lipat.
Lampu malap.
Nama dia Apis.
Aku masuk.
Bukan nak beli.
Saja nak temankan orang live sorang-sorang.
Aku tanya,
“Abang selalu live ke?”
“Setiap malam lepas Isyak.”
Aku tanya lagi,
“Kenapa rajin sangat?”
Dan dekat situ,
aku menyesal tanya.
Dia cerita pasal hidup.
Adha92 retweeted
"Nabi solat sampai bengkak kaki, kita tido sampai bengkak mata💔"
Setepek terus adik ni bagi. 🥲
Adha92 retweeted
Data kutipan terkini bagi filem-filem yang ditayangkan dari bulan Julai hingga September.
Terbang masih belum masuk data FINAS.
1. Chelot - RM 16.8 juta
2. Tiket Sehala - RM 450 ribu
3. Poovellaam Kettuppaar - RM 305 ribu
4. Irumbuth Thottam - RM 238 ribu
5. Mojoku Hilang - RM 222 Ribu
6. The Keris - RM132 ribu
7. Jom Kita Ke Laut - RM RM 35 ribu
8. Tikus - RM10 ribu
Date update FINAS: 23/9/2026
Adha92 retweeted
Doa yang membuat Anas Bin Malik menjadi kaya raya.
Doa untuk amalan peribadi :
“Allahumma aktsir mali wa waladi,wa barik li fima a’thaitani.”
Pakcik aminkan yang tengok post ini kaya raya.
Rumah Anak Yatim Ke-2 Bulan September !!!
Bulan 3 lepas dah pernah hantar kesini, tapi kami berhasrat nak hantar bantuan lagi. Sebab ikutkan hampir SETIAP BULAN kos bulanan mereka tidak mencukupi..
Rumah ni namanya Rumah Anak Yatim Qaseh Ibu, terletak dekat Ampang je. Nak pergi kesana sendiri memang dialukan pemilik rumah ni.
Jadi minggu ni kami buka bantuan makanan untuk mereka. Kami akan hantar bantuan yang terkumpul pada 21/9/26 ini. Jemput bantu ya, adik-adik kat sini kecil je lagi semua 🥲
Inshallah sedekah tak pernah merugikan kita. Malah kebaikan akan berbalik pada kita semula didunia dan akhirat kelak.
Pilihan Makanan Dari RM3 Sahaja 🥘
👉🏻 Kliksini.my/SedekahBerkekala…
👉🏻 Kliksini.my/SedekahBerkekala…
👉🏻 Kliksini.my/SedekahBerkekala…
Adha92 retweeted
Patutlah cikgu-cikgu sekarang stress. Banyak mak ayah yang tak berapa nak fikir, semua benda orang lain kena fikirkan.
Adha92 retweeted
Yang dalam list kami dah ada lebih 110 pelajar SPM 2026 perlukan bantuan segera.
Tapi, fund yg ada kurang dari RM1000 & tak mampu nak bantu semua yang memohon.
Kami sangat-sangat perlukan bantuan anda semua 🙏🏻🙏🏻
Nak bantu;
552189537243
Maybank
We Listen My
Ref: #BantuSPM
Bermula Ogos/26, kami akan mulakan 1 inisiatif; membantu pelajar SPM2026 yg kurang mampu utk mendapat keperluan belajar yg lengkap. Kami akan mulakan dgn agihan alat tulis lengkap. Sponsor dialu-alukan.
Kalau ada yg nak bantu:
552189537243
Maybank
We Listen My
Ref: #BantuSPM




























