i (@macadamyaaaa) header
i (@macadamyaaaa) profile picture

dm for paid rt/review/Kols/travel 📩

Joined March 2023
Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)
post malam sebab semua tidur
5
6
270
8,220
🪔 Selamat Menyambut Hari Deepavali! 🪔 Kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Dalam kemeriahan sambutan ini, yang paling bermakna tentunya kasih sayang sesama keluarga, kemesraan antara jiran tetangga dan semangat persaudaraan yang terus menyatukan. Raikanlah bersama keluarga dan insan tersayang. Jangan dilupakan kepada mereka yang memerlukan, semoga kegembiraan perayaan ini dapat diraikan bersama. Selamat Menyambut Hari Deepavali juga khusus buat warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang meraikannnya di seluruh negara. “Deepavali Nal Valthukal” ……………………….. My warmest wishes to all Hindus celebrating Deepavali. May this Festival of Lights bring peace, happiness and prosperity to you and your loved ones. As we celebrate, let us continue to strengthen the bonds of unity, kindness and togetherness that make our diverse society so special. “Deepavali Nal Valthukal”
🤖 Made with AI
16
16
359
DIRGAHAYU TUANKU! Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT. Semoga di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan terus aman, makmur dan sejahtera, serta seluruh rakyat sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan. DAULAT TUANKU!
20
22
473
🌏 MALAYSIA DALAM KELOMPOK 14 DESTINASI PENDIDIKAN TINGGI UTAMA DUNIA! 🇲🇾 Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa apabila tersenarai dalam kelompok 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia, berdasarkan laporan ICEF Insights 2027. Kedudukan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pengajian yang menawarkan yuran pengajian lebih berpatutan, kedudukan strategik yang dekat dengan pasaran sumber serta pelbagai tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa. Dengan kehadiran seramai 159,100 pelajar antarabangsa, Malaysia terus memperkukuh reputasinya sebagai hab pendidikan tinggi global yang berdaya saing dan berkualiti. Malaysia, destinasi ilmu bertaraf dunia! 🌍🎓
18
19
378
Majlis Penyampaian Anugerah Global Educator Award (GEA) 2026. Rabu, 4 November 2026. Dewan Tuanku Canselor, UPSI. youtube.com/live/clUWjnmjFNU…
19
30
801
Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua ibu bapa yang terkorban dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK.
9
23
42
960
Saya menyampaikan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat. Ikuti sesi penggulungan ini secara langsung menerusi pautan berikut: facebook.com/share/v/1A3tDCn… #Belanjawan2027 #KPT #MalaysiaMADANI #doczam facebook.com/share/v/1A3tDCn…
25
46
702
post malam sebab semua tidur
5
6
270
8,220
MALAM KEMUNCAK PULARA 2026! Jom datang beramai-ramai malam ini ke Acara Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026! 📅 25 Oktober 2026 (Ahad) ⏰ 9.00 malam 📍 Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak Pelbagai persembahan menarik menanti anda, termasuk deklamasi puisi, persembahan lagu rakyat, kesenian tradisional dan persembahan budaya yang menghimpunkan penggiat seni dari dalam dan luar negara. Jangan lupa ajak keluarga dan sahabat handai. Jumpa anda malam ini di Dataran MADANI, Seri Manjung! #PULARA2026 #FestivalPuisiDanLaguRakyatAntarabangsa #Manjung #Lumut #doczam
24
44
737
AYUH, KITA BIRUKAN MELAKA! 🔵💙 Sekitar Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang berlangsung malam tadi di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini turut memperkenalkan 21 calon Barisan Nasional secara rasmi bagi menghadapi pilihan raya kali ini, sekali gus menandakan kesiapsiagaan seluruh jentera parti untuk menggalas amanah dan tanggungjawab kepada rakyat Negeri Melaka. Kepada seluruh calon dan jentera BN, teruskan perjuangan dengan semangat dan keikhlasan. Kita kekalkan politik dalam kesederhanaan dan perjuangan untuk rakyat. Perkukuhkan saf muafakat serta melaksanakan tanggungjawab dengan kerja berpasukan dan penuh dedikasi. Ayuh, kita Birukan Melaka! #𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 #BirukanMelaka #KitaGengBiru #BNSayangRakyat #PRNMelaka #doczam
24
42
804
PULARA BUKAN SEKADAR SENI DAN BUDAYA, TETAPI JUGA PENGISIAN KEROHANIAN Senario oo oo oo Senario… PULARA bukan sekadar mengangkat seni, adat dan budaya warisan bangsa, tetapi turut memberi penekanan kepada pengisian kerohanian, pembinaan sahsiah dan pengukuhan hubungan sesama masyarakat. Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Arfiah, Kampung Batu 3, Segari, Manjung, sempena PULARA 2026. Syukur melihat kehadiran yang cukup menggalakkan daripada penduduk kampung dan para peserta PULARA yang bersama-sama mengimarahkan masjid pada awal pagi. Selesai solat Subuh, program diteruskan dengan ceramah santai bersama Kumpulan Senario sebelum kami menyertai aktiviti brisk walk bersama komuniti setempat. Inilah pendekatan PULARA yang kita bawakan kali ini. Bukan sekadar memperkenalkan seni dan budaya kepada masyarakat, tetapi membawa pelbagai aktiviti terus ke kampung-kampung, mendekati penduduk dan menghidupkan semangat kebersamaan. Kita mahu PULARA menjadi wadah yang menyatukan seni, budaya, kerohanian dan kehidupan bermasyarakat. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT. Banyak lagi acara menarik di sekitar Manjung dalam program PULARA kali ini. Jom semua. #PULARA2026 #FestivalPuisiLaguRakyat #SolatSubuhBriskWalk #Manjung #Lumut
11
24
43
884
JOM BERAMAI-RAMAI MERIAHKAN PULARA 2026! Saya ingin menjemput semua untuk datang beramai-ramai ke Manjung bagi memeriahkan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2026. Pelbagai program, persembahan seni budaya, puisi, lagu rakyat serta aktiviti menarik menanti anda semua sepanjang tiga hari penganjuran festival ini. PULARA bukan sekadar festival seni dan budaya, tetapi juga medan untuk kita mengangkat warisan bangsa, menghargai keindahan bahasa dan sastera serta memperkenalkan keunikan budaya tempatan kepada masyarakat. Jadi, jangan lepaskan peluang! Bawa keluarga, ajak sahabat handai dan datanglah beramai-ramai untuk bersama-sama memeriahkan PULARA 2026. Jumpa anda di Manjung! #PULARA2026 #Manjung #SeniBudaya #WarisanBangsa #Lumut #KPT #doczam
10
23
41
1,135
🎭 FESTIVAL PUISI DAN LAGU RAKYAT ANTARABANGSA (PULARA) 2026 🎶 🌿 Mengakar Budaya, Menjulang Warisan 🌿 Bersiap sedia untuk tiga hari penuh dengan pengisian seni, budaya dan warisan menerusi Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2026 di Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak! 📅 24 Oktober 2026 (Sabtu) Hari pertama bakal menyaksikan acara pembukaan PULARA 2026, program LESTARI, Festival Sajian, Jualan Rahmah, PULARA Masuk Kampung, Titian Budaya dan Seminar Peradaban Rumpun Melayu Antarabangsa (RUMIA) 2026. Pengunjung turut berpeluang menyaksikan majlis perasmian festival sebelum menikmati persembahan Malam Kalam Warisan pada sebelah malam. 📅 25 Oktober 2026 (Ahad) Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, termasuk Subuh PULARA D’Pangkor, Fun Walk @ Pangkor, Eksplorasi PULARA 2026 dan Pentas PULARA. Program lain seperti Rentak Muda Makum & Cabaran Keluarga MADANI serta PULARA Bersama Ummah 2026 turut berlangsung sebelum Malam Kemuncak PULARA 2026 pada sebelah malam. 📅 26 Oktober 2026 (Isnin) Pada hari terakhir, pengunjung masih boleh menikmati Festival Sajian, Jualan Rahmah dan Jualan Kampung Angkat MADANI, selain menyertai program PULARA Masuk Kampung dan Titian Budaya yang terus mengangkat keunikan seni serta warisan masyarakat setempat. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan PULARA 2026! Ayuh, raikan keindahan seni, semarakkan budaya dan martabatkan warisan bangsa bersama keluarga dan rakan-rakan! 📍 Lokasi: Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak 📅 Tarikh: 24–26 Oktober 2026 Jumpa anda di PULARA 2026! 🎶✨
22
41
579
Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), atas perkenan berangkat menyempurnakan Pemasyhuran Dewan Tuanku Canselor di UMPSA Kampus Pekan, hari ini. Dalam majlis yang penuh bermakna ini, saya turut berbesar hati menyampaikan watikah pelantikan semula Kebawah Duli Paduka Baginda sebagai Canselor UMPSA. Pemasyhuran dewan ini bukan sekadar melambangkan pembangunan prasarana universiti, tetapi menjadi simbol aspirasi UMPSA untuk terus mengangkat kecemerlangan pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa. Menariknya, seni bina Dewan Tuanku Canselor ini diinspirasikan daripada Wau Pungguk, warisan tradisional Pekan, Pahang. Ia membawa falsafah yang cukup dekat dengan aspirasi pendidikan tinggi negara, iaitu “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.” Kita mahu universiti terus terbang tinggi meneroka ilmu, teknologi dan inovasi, namun pada masa yang sama kekal berpijak pada nilai, budaya dan jati diri bangsa. Apa yang lebih penting, kecemerlangan universiti juga berjalan seiring dengan kebajikan mahasiswa. Usaha UMPSA menyediakan bantuan pendidikan, zakat dan biasiswa merupakan komitmen yang perlu terus diperkukuh agar tiada anak bangsa tercicir daripada peluang pendidikan tinggi. Tahniah kepada seluruh warga UMPSA atas pencapaian ini. Semoga menjelang sambutan Jubli Perak pada tahun 2027, UMPSA terus melakar kejayaan dan melahirkan graduan yang bukan sahaja hebat ilmunya, tetapi juga tinggi nilai dan jati dirinya. Terus menggapai di langit, namun jangan sesekali lupa akar di bumi. #UMPSA #KPT #MenggapaiDiLangitMengakarDiBumi #doczam
26
45
1,018
Doa sepiku ini Dihiasi bunga cempaka Mengiringi kembaramu… Siapa tak kenal dengan penyanyi hebat, Dato’ Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali dengan Ameng yang juga penyanyi utama Kumpulan Spring. Kebetulan terserempak semalam sebelum saya balik ke KL. Singgah di Restoran Madinah. Suara masih sedap dan masik kekal muda seperti dulu. Semoga terus berjaya buat Ameng. #Ameng #Spring #Lumut #doczam
13
25
45
984
Tengah hari tadi, saya berkesempatan bersama-sama pegawai perhubungan dan komunikasi korporat dari seluruh Universiti Awam serta agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), dalam sesi KARISMA. Dalam pertemuan ini, saya berkongsi pandangan mengenai peranan penting komunikasi dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan pencapaian pendidikan tinggi negara kepada masyarakat. Saya menekankan bahawa tugas komunikasi bukan sekadar menyampaikan maklumat atau membuat hebahan, tetapi bagaimana kita membina kefahaman, keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan tinggi. Dalam dunia komunikasi yang semakin pantas dan mencabar, kita perlu lebih proaktif, kreatif dan strategik. Setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan mesti diterjemahkan dalam bentuk naratif yang jelas, mudah difahami dan dekat dengan rakyat. Saya juga mengingatkan bahawa pegawai komunikasi merupakan antara barisan hadapan yang membawa imej dan suara institusi. Justeru, kepekaan terhadap isu, ketepatan fakta, kepantasan bertindak serta kebijaksanaan mengurus persepsi amat penting. Harapan saya agar sesi KARISMA ini dapat memperkukuh jaringan dan kesepaduan komunikasi antara KPT, universiti serta seluruh agensi supaya kita dapat bergerak sebagai satu pasukan dengan mesej dan hala tuju yang jelas. “Apabila sesuatu yang benar tidak disampaikan dengan jelas, teratur, atau bukti yang kukuh, ia mudah menimbulkan ragu-ragu dan akhirnya ditolak sebagai palsu. Sebaliknya, pembohongan yang dirancang dengan teliti, diulang-ulang secara konsisten, dan dikemas kini dengan strategi komunikasi yang berkesan boleh memperdaya orang ramai sehingga diterima sebagai satu fakta yang sah.” #KARISMA2026 #KPT #UKKPRO #doczam
26
43
493
Kereta Myvi yang Mesut Özil pernah naik pun ditenggelami air banjir😭 #Pangkor #Lumut #doczam
12
52
62
3,680
Meninjau sendiri keadaan banjir di beberapa kawasan di Pulau Pangkor hari ini. Alhamdulillah, ada kawasan yang airnya telah surut, namun masih terdapat beberapa lokasi yang dinaiki air dan belum pulih sepenuhnya. Saya telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Manjung, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan segera untuk membantu penduduk yang terjejas. Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk terus terpelihara serta bantuan dapat disalurkan secepat mungkin. Kepada mereka yang terkesan, boleh berhubung dengan pihak kita bagi mendapatkan bentuk bantuan dan maklumat lanjut. Terima kasih kepada Restoran Madinah yang telah menyumbangkan beberapa ratus pek makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir hari ini. Kita juga akan menggerakkan sukarelawan daripada Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan pascabanjir apabila keadaan mengizinkan. Sama-sama kita doakan agar semua terlibat diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. #Pangkor #Lumut #doczam
12
48
50
1,136
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali Ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini. Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Pro-Canselor UiTM. Pada istiadat ini, Seri Paduka Baginda selaku Canselor UiTM berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor wanita pertama UiTM, serta mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM 2026 kepada 15 graduan cemerlang. Tahniah kepada 32,630 graduan UiTM yang diraikan dalam istiadat konvokesyen kali ini. Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap pencapaian akademik, tetapi juga lambang pengorbanan ibu bapa, keluarga dan para pendidik yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan mereka. Saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di universiti dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membina masa depan, menyumbang kepada masyarakat serta membawa perubahan yang bermakna kepada negara. UiTM telah memainkan peranan besar dalam membuka peluang pendidikan tinggi dan melahirkan generasi profesional Bumiputera yang menjadi sebahagian daripada kekuatan pembangunan negara. Peranan dan legasi ini perlu terus diperkukuh seiring dengan tuntutan serta cabaran masa hadapan. Daulat Tuanku! #KonvoUiTM105 #KPT #doczam
42
44
1,068
Selesai menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM pagi tadi, saya terus bergerak ke Manjung untuk merasmikan Majlis Graduasi Sekolah-Sekolah Rendah Agama (KAFA) dan Akademik Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) Daerah Manjung Tahun 2026. Daripada meraikan para graduan universiti, saya kemudian bersama anak-anak yang baru meniti perjalanan menuntut ilmu. Kedua-duanya membawa harapan besar ibu bapa yang mahu melihat anak-anak berjaya dan menjadi insan yang baik serta bakal kepimpinan akan datang. Saya sentiasa percaya pendidikan perlu membina “otak dan watak”. Sejak kecil, anak-anak perlu dibimbing untuk mencintai ilmu, menjaga adab serta menghormati ibu bapa dan guru. Inilah asas yang akan membentuk keperibadian mereka hingga dewasa. Tahniah kepada semua anak-anak yang diraikan. Terima kasih kepada para guru atas kesabaran mendidik serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan doa. Semoga anak-anak ini terus tekun belajar, berakhlak mulia dan membesar menjadi insan yang berbakti kepada agama, masyarakat serta negara. #Manjung #doczam
11
43
43
1,143