‏َ (@ohweenaaa) header
‏َ (@ohweenaaa) profile picture

DM for paid review/collab & campaign 📩

Malaysia
Joined March 2020
finally, i found mee kicap that suitable with my taste. i thought this is the best restaurant that i've ever visited 😭❤️ 📍Mee Kicap Ipoh, Southville City Bangi
10
222
51
738
170,316
Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. So sometimes kita kena experience sendiri baru faham kenapa sesuatu budaya tu very special
Ayuh meriahkan Sambutan Hari Deepavali Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan bertemakan “Cahaya Deepavali, Semarak Perpaduan” pada 14 November (Sabtu) di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur, yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk persembahan kebudayaan, pameran rumah etnik, peragaan fesyen, demonstrasi seni mempertahankan diri serta Konsert Malam Cahaya 2026.
43

11
22
15
15
4,976
🪔 Selamat Menyambut Hari Deepavali! 🪔 Kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Dalam kemeriahan sambutan ini, yang paling bermakna tentunya kasih sayang sesama keluarga, kemesraan antara jiran tetangga dan semangat persaudaraan yang terus menyatukan. Raikanlah bersama keluarga dan insan tersayang. Jangan dilupakan kepada mereka yang memerlukan, semoga kegembiraan perayaan ini dapat diraikan bersama. Selamat Menyambut Hari Deepavali juga khusus buat warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang meraikannnya di seluruh negara. “Deepavali Nal Valthukal” ……………………….. My warmest wishes to all Hindus celebrating Deepavali. May this Festival of Lights bring peace, happiness and prosperity to you and your loved ones. As we celebrate, let us continue to strengthen the bonds of unity, kindness and togetherness that make our diverse society so special. “Deepavali Nal Valthukal”
🤖 Made with AI
15
15
321
DIRGAHAYU TUANKU! Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT. Semoga di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan terus aman, makmur dan sejahtera, serta seluruh rakyat sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan. DAULAT TUANKU!
19
21
434
🌏 MALAYSIA DALAM KELOMPOK 14 DESTINASI PENDIDIKAN TINGGI UTAMA DUNIA! 🇲🇾 Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa apabila tersenarai dalam kelompok 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia, berdasarkan laporan ICEF Insights 2027. Kedudukan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pengajian yang menawarkan yuran pengajian lebih berpatutan, kedudukan strategik yang dekat dengan pasaran sumber serta pelbagai tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa. Dengan kehadiran seramai 159,100 pelajar antarabangsa, Malaysia terus memperkukuh reputasinya sebagai hab pendidikan tinggi global yang berdaya saing dan berkualiti. Malaysia, destinasi ilmu bertaraf dunia! 🌍🎓
17
18
332
Majlis Penyampaian Anugerah Global Educator Award (GEA) 2026. Rabu, 4 November 2026. Dewan Tuanku Canselor, UPSI. youtube.com/live/clUWjnmjFNU…
18
29
733
Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua ibu bapa yang terkorban dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK.
8
22
41
924
Budak zaman sekarang kena experience benda macam ni jugak baru tau macam mana kehidupan sebelum semuanya jadi moden macam sekarang ni
Jom imbau kembali suasana kehidupan desa menerusi program Nostalgia Anak Kampung: Kerja Kampung anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026 di Muzium Negara. Pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung termasuk pameran, bengkel, demonstrasi kerja kampung, permainan tradisional, pertandingan, persembahan kebudayaan serta aktiviti interaktif yang mengetengahkan keunikan warisan dan kehidupan masyarakat desa.
160

37
15
32
9,442
More love, less judgement. Selamat menyambut Deepavali buat semua yg meraikan!
Dalam keunikan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya, setiap perayaan menjadi ruang untuk kita saling mengenali, menghormati dan meraikan keistimewaan yang membentuk identiti bersama sebagai sebuah negara bangsa. Berbeza cahaya, bersatu jiwa. Kepelbagaian diraikan, perpaduan diperkukuh. Iklan khas terbitan Kementerian Perpaduan Negara sempena sambutan Deepavali. Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia. Semoga cahaya Deepavali terus menyinari kehidupan dan memperkukuh keharmonian kita bersama. Bersama Membina Negara Bangsa.
104

14
36
42,323
Library skng kena lbih drpd tmpt pinjam buku biar jadi tmpt yg org mmg suka dtg lepak smbil tambah ilmu.
Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus komited memperkasakan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi penganjuran Karnival Membaca Perdana yang diperkenalkan pada tahun 2024 dengan pendekatan lebih inklusif, santai dan interaktif ke arah melahirkan masyarakat berilmu serta membina negara bangsa yang bersatu padu. Komitmen ini diterjemahkan melalui pelaksanaan pelbagai program galakan membaca yang terus menunjukkan peningkatan memberangsangkan, dengan jumlah penyertaan meningkat daripada 112,408 pada tahun 2023 kepada 422,994 pada tahun 2025. Usaha ini turut diperkukuh melalui pembangunan Indeks Membaca Kebangsaan (IMK), penambahbaikan perkhidmatan penerbitan serta pengukuhan ekosistem perpustakaan negara.
1
215

27
9,191
Sekitar suasana hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini. Saya berkesempatan singgah ke beberapa kawasan bagi memberikan sokongan dan semangat kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan membawa cabaran parti pada pilihan raya kali ini. Antara kawasan yang sempat saya kunjungi ialah: 🔹 N23 Telok Mas – Calon No. 2, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman (Tok Ajak) 🔹 N14 Klebang – Calon No. 4, Datuk Wira Lim Ban Hong 🔹 N07 Gadek – Calon No. 4, S. Nadarajah Alhamdulillah, suasana cukup meriah dengan kehadiran para penyokong dan jentera parti yang tampil penuh semangat. Terima kasih kepada seluruh jentera BN yang terus bekerja keras dan menunjukkan komitmen serta kesetiaan dalam perjuangan parti. Ayuh rakyat Melaka, tunaikan tanggungjawab anda pada 4 November 2026 nanti. Undilah calon-calon Barisan Nasional! #PRNMelaka2026 #BarisanNasional #BNForMelaka #BirukanMelaka
1
21
43
681
Petang tadi menerima kunjungan daripada jaguh berbasikal trek negara, Datuk @AzizulAWANG atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman. Beliau baru sahaja pulang daripada temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Sempat juga beliau menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam kedua-dua kejohanan tersebut. Kami turut berbincang dan merangka beberapa program serta inisiatif bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau, khususnya dalam membangunkan bakat sukan serta menyuntik semangat kecemerlangan dalam kalangan mahasiswa. Banyak pengalaman dan kisah perjuangan beliau yang boleh dijadikan inspirasi, terutama tentang disiplin, ketekunan dan semangat tidak mudah mengalah. Terima kasih atas kunjungan, Datuk Azizulhasni. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia! Beliau dalam rangka persediaan untuk Sukan Olimpik 2028 nanti. InsyaAllah kita akan bawakan khas The Pocket Rocketman ke Festival of Ideas (FOI) Putrajaya pada 17-19 November 2026 di PICC Putrajaya nanti. #ThePocketRocketman #KPT #doczam
10
24
45
652
Semalam menerima kunjungan dan bertukar pandangan bersama Dr. Maliki Osman, bekas Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura yang turut pernah memegang portfolio Menteri Luar II dan Menteri Pendidikan negara tersebut. Pertemuan ini menjadi ruang untuk kami berkongsi pandangan dan pengalaman, khususnya mengenai perkembangan pendidikan tinggi, pembangunan modal insan serta cabaran masa depan dalam landskap pendidikan serantau. Semoga hubungan erat Malaysia dan Singapura, khususnya dalam bidang pendidikan, terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara. #MalaysiaSingapura🇲🇾🇸🇬
22
43
419
Saya menyampaikan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat. Ikuti sesi penggulungan ini secara langsung menerusi pautan berikut: facebook.com/share/v/1A3tDCn… #Belanjawan2027 #KPT #MalaysiaMADANI #doczam facebook.com/share/v/1A3tDCn…
25
46
697
Budak muda pun mainkan peranan pnting tau xsemestinya kena tunggu dh berumur bru nk amik tau pasal kawasan tempat tinggal sendiri.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terus memainkan peranan penting sebagai penggerak perpaduan, kesejahteraan masyarakat dan pembangunan komuniti progresif di peringkat akar umbi. Sehingga kini, sebanyak 8,670 KRT telah ditubuhkan di seluruh negara dengan lebih 101,000 aktiviti dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Kerajaan turut mengumumkan peningkatan Geran KRT Aktif daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun mulai 2027 bagi memperkasa pelaksanaan aktiviti komuniti.
150

20
32
15
26
10,192
MALAM KEMUNCAK PULARA 2026! Jom datang beramai-ramai malam ini ke Acara Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026! 📅 25 Oktober 2026 (Ahad) ⏰ 9.00 malam 📍 Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak Pelbagai persembahan menarik menanti anda, termasuk deklamasi puisi, persembahan lagu rakyat, kesenian tradisional dan persembahan budaya yang menghimpunkan penggiat seni dari dalam dan luar negara. Jangan lupa ajak keluarga dan sahabat handai. Jumpa anda malam ini di Dataran MADANI, Seri Manjung! #PULARA2026 #FestivalPuisiDanLaguRakyatAntarabangsa #Manjung #Lumut #doczam
24
44
734