saraswathi retweeted
Saya telah mempengerusikan sesi Malaysia-China High-Level Trade and Investment Dialogue anjuran Malaysia-China Business Council (MCBC) bersama MITI, MIDA dan MATRADE.
Dialog ini menghimpunkan pemimpin industri daripada 23 syarikat terkemuka China, sekali gus menyediakan platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala serta meneroka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan China.
Sesi wacana bersama syarikat-syarikat terkemuka China membuka peluang baharu dalam kerjasama strategik, pengembangan pelaburan dan pengukuhan penyertaan Malaysia dalam rantaian bekalan global.
Perbincangan merangkumi sektor berimpak tinggi seperti tenaga baharu dan bahan bateri bersama EVE Energy, Shenzhen Senior Technology, Capchem, Tinci dan XTC New Energy; peranti pintar dan teknologi digital bersama Xiaomi, Honor dan Tencent; teknologi perubatan bersama Mindray; serta pembuatan termaju, automasi, perkhidmatan kewangan dan logistik.
Selain itu, beberapa syarikat utama China, termasuk Plastech China, Eternal Asia, Guangdong Import & Export Co. (GDIE) dan Kingfa Sci. & Tech., turut menerokapeluang mendapatkan bekalan produk dan bahan dari Malaysia bagi memenuhi keperluan operasi dan pasaran global mereka. Ini merangkumi sektor pembuatan bernilai tinggi, bahan kimia khusus, polimer, perkhidmatan digital dan produk berasaskan sawit.
Usaha ini berpotensi membuka lebih banyak peluang eksport, memperluas pasaran serta meningkatkan penyertaan syarikat dan PKS tempatan dalam rantaian bekalan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih inklusif dan berdaya saing.
Kerajaan MADANI komited untuk terus menarik pelaburan berkualiti yang membawa teknologi termaju, memperkukuh daya saing industri, memperkasa bakat tempatan dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, di samping memperluas peluang perdagangan serta mengukuhkan rantaian bekalan melalui peningkatan sumber dan perolehan tempatan.
#APEC2026
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
saraswathi retweeted
How Malaysia Probably Plugged the Loophole in the Nvidia Affair: The Battle for Strategic Trade Control weekly-echo.com/how-malaysia…
saraswathi retweeted
“Ketidaksamaan, jika tidak ditangani, akan menimbulkan kesan yang jauh lebih sukar ditangani berbanding sekadar pemberian bantuan tunai. Lihat sahaja kemusnahan yang telah dibawa oleh ketidaksamaan di banyak negara lain. Kita tidak boleh membiarkan Malaysia melalui jalan yang sama," MKII @DSAmirHamzah
bernamabiz.com/news-bm.php?i…
saraswathi retweeted
“Inequality, if left unaddressed, will surface in ways that are much harder to fix than a cash handout. Just look at the devastation inequality has caused in so many other countries. We cannot let Malaysia go down that path"
-- MKII @DSAmirHamzah
bernamabiz.com/news.php?id=2…
saraswathi retweeted
Sabah dan Sarawak merangkumi hampir 60% keluasan Malaysia. Tapi berapa banyak pelaburan yang masuk ke dua negeri ini?
Pada 2025, kedua-duanya menerima RM28.8 bilion, iaitu kurang 7% daripada RM426.7 bilion jumlah pelaburan diluluskan negara. Masih banyak potensi yang belum kita manfaatkan.
Tahun ini, ada perkembangan yang menggalakkan. Dalam enam bulan pertama 2026, Sarawak sudah mencatatkan RM10.8 bilion pelaburan diluluskan, hampir tiga perempat daripada jumlah sepanjang 2025. Sabah pula mencatatkan RM6.8 bilion.
Di Borneo Business Roundtable 2026 di Brunei, saya tekankan bahawa usaha menarik pelaburan tak boleh terhenti pada promosi sahaja. Kita perlu kenal pasti apa yang melambatkan projek, termasuk proses kelulusan dan peraturan yang tidak selaras.
Sebagai Pengerusi MIDA, saya selalu tekankan satu perkara. Yang penting bukan berapa banyak MoU yang kita tandatangani, tetapi berapa banyak projek yang benar-benar terlaksana.
Sebab akhirnya, yang kita nak lihat ialah lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk penduduk Sabah dan Sarawak.
#TZA #MIDA #InvestBorneo #EkonomiRakyat #MADANIBekerja
saraswathi retweeted
Pelaburan RM218.5 bilion. Besar angkanya. Tapi apa yang rakyat dapat?
Bagi saya, itu soalan paling penting setiap kali kita umumkan angka pelaburan negara.
Bagi anak muda yang baru habis belajar, mereka nak tahu ada tak peluang kerja yang baik. Bagi ibu bapa, mereka nak tengok anak dapat bina masa depan dengan pendapatan yang lebih selesa. Para peniaga pula berharap ada lebih banyak peluang untuk kembangkan perniagaan.
Inilah yang kita nak capai apabila menarik pelaburan ke Malaysia.
Alhamdulillah, bagi separuh pertama 2026, Malaysia mencatatkan RM218.5 bilion pelaburan diluluskan, meningkat 11.7% berbanding tahun lalu. Pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih 99,000 peluang pekerjaan.
Tapi kita tak boleh berhenti setakat meluluskan pelaburan. Kita kena pastikan kilang dibina, syarikat mula beroperasi, peluang pekerjaan diwujudkan dan perniagaan tempatan turut mendapat manfaat.
Inilah yang saya tekankan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MIDA dan Management Retreat minggu ini.
Tahun depan, MIDA genap 60 tahun. Banyak yang telah kita capai, tetapi cara kita bekerja juga perlu terus berubah mengikut keperluan semasa.
Tema retreat kali ini, “Six Decades of Impact: Align, Elevate, Execute”, membawa mesej yang mudah. Kita kena jelas dengan matlamat, sentiasa cari jalan untuk buat lebih baik, dan paling penting, pastikan apa yang dirancang benar-benar menjadi kenyataan.
Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan MIDA atas usaha mereka selama ini. Sebagai Pengerusi, saya mahu kita terus bekerja sebagai satu pasukan, daripada Lembaga Pengarah hinggalah kepada setiap warga MIDA.
Sebab akhirnya, rakyat bukan nak dengar angka pelaburan semata-mata. Mereka nak rasa hasilnya dalam kehidupan seharian.
#MIDA #TeamMIDA #PelaburanBerkualiti #TZA
saraswathi retweeted
Jerebu dah berbulan kita hadap. Kali ini, isu yang sama turut disentuh dalam khutbah Jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang.
Saya menunaikan solat Jumaat bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.
Ramai yang tak lepaskan peluang nak bersalaman dengan PM. Anak-anak kecil pun tak ketinggalan! Bila khutbah sentuh soal jerebu dan kesihatan, teringat juga pada anak-anak kita. Dalam keadaan sekarang, mereka dan warga emas perlu lebih diberi perhatian.
Selesai solat, kami sambung makan tengah hari di Restoran Nasi Cikgu Sue. Meriah betul kedai hari ni! Seronok dapat makan sambil menyokong peniaga tempatan. Mudah-mudahan makin murah rezeki keluarga dan seluruh warga Nasi Cikgu Sue. ❤️
Di Pandan ni, dari masjid sampai ke kedai makan, sentiasa ada peluang untuk jumpa, bersembang dan dengar cerita orang kita. Itu yang seronok!
Orang Pandan dan Ampang, jaga kesihatan ya!
#TZA #Pandan #Ampang #TamanNirwana #KongsiRezeki
saraswathi retweeted
Belanjawan 2027: Pelepasan Cukai Penjagaan Haiwan Peliharaan Meliputi Vaksinasi, Pemandulan
@anwaribrahim @MOFmalaysia
#BernamaBiz
#Belanjawan2027
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
bernamabiz.com/news-bm.php?i…
saraswathi retweeted
Budget 2027: Tax Relief For Care Of Pets Includes Vaccination, Sterilisation
@anwaribrahim @MOFmalaysia
#BernamaBiz
#Belanjawan2027
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
bernamabiz.com/news.php?id=2…
saraswathi retweeted
The F1 Comeback: Beyond the Thrill, a Sustainable Model for Sepang weekly-echo.com/the-f1-comeb…
saraswathi retweeted
📌 PM Anwar arahkan KSN, Panglima Angkatan Tentera bantu pengurusan, berikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
#BernamaBiz
saraswathi retweeted
Putin meets with Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim on sidelines of BRICS summit in India — Sputnik correspondent
saraswathi retweeted
📌 Saksikan temu bual bersama Dr. Rizah Mazzuin Razali, Pakar Perubatan Geriatrik, Hospital Kuala Lumpur dan Puan Norlelawati Binti Bustamam, Penjaga Pesakit Demensia.
Platform: Nasi Lemak Kopi O 📺
Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu) 🗓️
Masa: 10.30 pagi ⏰
Topik: Lupa Biasa Atau Tanda Awal Demensia
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
saraswathi retweeted
F1's Sepang Return in October 2-4: Everything is About Execution From Now On weekly-echo.com/f1s-sepang-r…
saraswathi retweeted
Formula 1 and FIA confirm that Malaysia will join the 2026 calendar as host venue for the Bahrain Grand Prix | Formula One World Championship Limited
#BernamaBiz @F1
corp.formula1.com/formula-1-…
saraswathi retweeted
Malaysia Confirmed As Host Of Gulf Air Bahrain GP - Formula One
#BernamaBiz @F1 🏎️
bernama.com/en/news.php?id=2…
saraswathi retweeted
Now, a Tool to De-husk a Coconut Within a Minute by a Kelantan Coconut Plantation Owner weekly-echo.com/now-a-tool-t…
Growth in advanced economies is projected at 1.7% in 2026. The picture is uneven as energy exporters are cushioned by favorable terms of trade, while importers face a stronger drag from higher energy prices, unless lifted by tech activity. imf.org/en/publications/weo/…
saraswathi retweeted
Durian berkualiti, calon Kempas lagi berkualiti. 😄
Undi Faezuddin Mohd Puad, Calon No. 2 Pakatan Harapan untuk DUN Kempas.
#TZA #MADANIBekerja #PRNJohor #Johor #Kempas #DUNKempas #PakatanHarapan






























