Pala otak apa customer service bank islam ni .. kata 24jam / 7 hari seminggu boleh call
Call dari semalam duk dengar robot je cakap
2
6
1,935
Ni silap haribulan balik rumah mak tanya
“ kenapa patah kaki ni bang?”
“Entah.. kena sodok dengan kereta tadi “
Bukan accident tapi kena sodok 🥲
690
Dalam tak sedar, sudah 1 tahun 4 bulan bersama Mazda
Serius memang puas hati pakai, handling best, minyak boleh tahan jimat, sistem keselamatan padu, service free sampai 100000km/5 tahun
Monthly mahal sikit pun pejam mata je 🫰🏻
Adehhh kesian wawan gara gara isu resign cikgu..
Apa apa pon, moga wawan kuat lah.. bukan kuat isu nak letak jawatan tu.. tapi kuat orang duk kata itu ini.. sedangkan yang rasa tu wawan sendiri..
Good luck la beb.. moga allah permudahkan semua urusan
Pengguna umobile tegar
Uhome 5g
Postpaid 5g
Haha.. moga makin maju
KUALA LUMPUR, 6 DEC - Keluarga Diraja Johor bakal menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat telekomunikasi U Mobile dengan pegangan 30.8 peratus hasil gabungan Yang Di Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan anakandanya, Tunku Tun Aminah.
Ini susulan keputusan ST Telemedia dari Singapura, yang kini pemegang saham terbesar, menjual sebahagian besar pegangan sahamnya kepada Mawar Setia Sdn Bhd.
Mawar Setia adalah syarikat yang dimiliki 70 peratus oleh taikun Vincent Tan dan 30 peratus oleh Tunku Tun Aminah, anakanda kepada Yang Dipertuan Agong.
Pegangan efektif Tunku Tun Aminah dalam U Mobile akan menjadi 8.5 peratus manakala Ayahandanya, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memiliki 22.3 peratus saham sekaligus menjadikan keluarga mereka pemegang saham terbesar.
Penyusunan semula pemilikan ini berlaku selepas ST Telemedia, anak syarikat Temasek dari Singapura bersetuju untuk mengurangkan pegangan sahamnya dalam U Mobile, susulan pelantikan syarikat itu sebagai pengendali rangkaian 5G kedua di Malaysia. Langkah ini bertujuan mengurangkan pemilikan asing dalam syarikat telekomunikasi tersebut.
Sumber: Malaysiakini
#BeritaKS
1
803





























