angeline ❀ retweeted
Juruterbang, Empat Petugas KKM Maut Dalam Nahas Helikopter Di Sarawak
Oleh Mynewshub
MIRI – Kesemua lima individu dalam helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport), petang tadi disahkan meninggal dunia.
Mangsa terdiri daripada seorang juruterbang serta empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM), iaitu seorang pegawai perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.
Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM.
Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat terperinci mengenai kejadian dan identiti rasmi semua mangsa belum dapat diumumkan.
Helikopter jenis BO-105 bernombor pendaftaran 9M-LLF itu berlepas dari Miri bagi melaksanakan perkhidmatan doktor udara di Ba Lai, Long Siut dan Long Lellang sebelum terhempas di hujung landasan kira-kira pukul 3.32 petang.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerima maklumat mengenai kejadian daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada pukul 3.58 petang.
Operasi awal berdepan kesukaran kerana lokasi nahas terletak di kawasan pedalaman dan mengambil masa kira-kira 10 jam perjalanan darat dari Marudi.
Keadaan berjerebu turut menjejaskan usaha menggunakan pengangkutan udara.
Punca nahas belum diketahui dan siasatan lanjut akan dijalankan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan. -MYNEWSHUB
angeline ❀ retweeted
KAU NAK ORANG ORANG NI BERNAFAS PAKAI INSANG KE APA @prabowo
angeline ❀ retweeted
Yang dikorupsi bukan proyek mewah atau barang mewah, melainkan pakan satwa. Dampaknya bukan sekadar angka dalam laporan keuangan, tetapi tubuh yang kurus, hewan yang sakit, dan nyawa yang hilang. Mirisnya, korbannya bahkan tidak bisa meminta keadilan.
Ini tersangka dugaan korupsi di Kebun Binatang Surabaya.
• Namanya Choirul Anwar (CA).
• Modusnya diduga melakukan mark-up anggaran pakan satwa.
• Jumlah pakan dikurangi, tetapi laporannya direkayasa seolah-olah sesuai.
• Dugaan berlangsung sejak 2016–2024.
• Nilai kerugian negara diperkirakan mencapai sekitar Rp10 miliar.
• Akibatnya, banyak satwa diduga kekurangan pakan, sakit, kurus, bahkan ada yang mati.
• Fasilitas kebun binatang juga diduga tidak terawat.
• CA merangkap tiga jabatan sekaligus: Direktur Utama, Direktur Operasional, dan Direktur Keuangan.
• Dengan posisi tersebut, ia diduga leluasa membuat pertanggungjawaban fiktif.
angeline ❀ retweeted
KESALAHAN KECIL BERUBAH JADI MALAPETAKA🤦🤦🤦🤦
🔺TETEP HATI² YA DERR DIMANAPUN TEMPATNYA
angeline ❀ retweeted
Projek KLIA ni bukti Tun Mahathir punya vision waktu tu power gila
30 Tahun lepas beliau dah boleh imagine suatu hari nanti Malaysia akan dikunjungi lebih 100 Juta penumpang
Satu benda yang tak logik dan tak pernah orang terfikir pada waktu itu. Siapa fikir waktu tu Malaysia akan dikunjungi 100 Juta orang di KLIA. Benda tak masuk akal. Tapi skrg dah terbukti. KLIA dah dikunjungi 104 Juta penumpang setahun. Lapangan terbang No 26 paling sibuk di dunia. Bukan itu sahaja rancangan penuh KLIA ialah menampung 125 Juta penumpang setahun
Benda ni dapat bantahan banyak pihak termasuk pembangkang waktu tu sbb katanya membazir dan dah ada dah Subang kenapa buat airport. Pebenda buat airport tengah kelapa sawit.
Tapi beliau tunjukkan betapa pentingnya seorang pemimpin ada Political Will atau Tekad Politik untuk capai apa yang dia mahukan untuk negara. Kadang kadang pemimpin ni ada waktu memang kena tegas dan takleh ikut cakap orang sangat. Akhirnya vision dia terbukti
Terima kasih Tun M
Hari ini 28 tahun yang lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dirasmikan.
Upacara pecah tanah KLIA berlaku pada 1 Jun 1993, bila kerajaan memutuskan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Subang tak lagi mampu menampung permintaan masa depan. Ia dicipta sebagai sebahagian daripada Koridor Raya Multimedia, pelan pembangunan mega Malaysia ketika itu.
Tapak KLIA meliputi 100 kilometer persegi di bekas tanah agrikultur, merupakan salah satu tapak lapangan terbang terbesar di dunia. Ketua arkiteknya dari Jepun, Kisho Kurokawa, yang mengadunkan reka bentuk & bahan berunsur masa depan dengan alam semula jadi.
Selepas kira-kira 36 bulan & menelan belanja RM10.5 bilion, pada jam 2030 waktu Malaysia 27 Jun 1998, KLIA dibuka secara rasmi dalam acara penuh gilang-gemilang oleh YDP Agong ke-10, Tuanku Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman. Semua penerbangan hanya dipindahkan dari Subang 3 hari kemudian pada 30 Jun 1998.
Ketibaan domestik pertama dibuat oleh Malaysia Airlines penerbangan MH1263 tiba di KLIA dari Kuantan pada jam 0710, diikuti pelepasan domestik pertama oleh Malaysia Airlines MH1432 ke Langkawi pada jam 0720. Ketibaan antarabangsa pertama pula dibuat Malaysia Airlines MH188 dari Malé pada jam 0730, sebelum pelepasan antarabangsa pertama oleh Malaysia Airlines MH84 ke Beijing pada jam 0900.
KLIA merupakan lapangan terbang terbesar & tersibuk di Malaysia, yang ke-30 tersibuk di dunia berdasarkan jumlah trafik penumpang. Pada 2023, ia mengendalikan sehingga 42,224,000 penumpang, 980,000 tan kargo & 819,026 pergerakan pesawat.
Pada 9 Februari 2023, kerajaan & MAHB setuju untuk menjenamakan semula KLIA & klia2 (yang dibuka pada 2 Mei 2014 menggantikan LCCT) menjadi KLIA Terminal 1 & Terminal 2.
Ia diuruskan oleh MAHB & menjadi hab utama untuk Malaysia Airlines, MASkargo, Batik Air Malaysia, UPS Airlines & World Cargo Airlines, juga pangkalan operasi besar AirAsia & AirAsia X.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, MAHB
#PeristiwaHariIni
angeline ❀ retweeted
Alhamdulillah gais Finally
Peserta Sumud Darat dibebaskan
4 orang dibebaskan hari ini dan 6 lagi dibebaskan esok
angeline ❀ retweeted
Amalan Pada Hari Asyura
Di samping berpuasa, marilah kita hidupkan Hari Asyura dengan zikir, doa, istighfar, taubat serta menggembirakan keluarga mengikut kemampuan.
Semoga Allah menerima amal kita, mengampunkan dosa-dosa kita, dan meluaskan rezeki serta keberkatan dalam keluarga kita.
#ustazwadiannuar #uwakongsi
angeline ❀ retweeted
TERKINI
2 GEMPA BUMI TERUK MENGGEGARKAN VENEZUELA
Gempa Bumi berkekuatan 7.1 Magnitud dan 7.5 Magnitud menggegarkan Venezuela hari ini
Video pertama memaparkan gempa bumi di sebuah lapangan terbang di Maiqueta Venezuela
Laporan awal 2 disahkan terbunuh iaitu kanak kanak berusia 7 dan 9 Tahun. Kemalangan jiwa dianggarkan Tinggi atau seramai 10,000 orang dan ke atas





































