EmKay retweeted
Jangan Jadi ‘Kaduk Naik Junjung’, Bila Diberi Kebebasan - Sultan Pahang
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan generasi muda supaya tidak lupa asal usul dan sentiasa menjaga adab serta menghormati institusi negara.
#malaysiagazette #SultanPahang
Video: Muhamad Asyraaf
EmKay retweeted
DAULAT TUANKU!
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 22 November 2026 bersamaan 12 Jamadilakhir 1448H.
Sembah Takzim daripada Patik dan seluruh Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Pengkhianat paling memalukan negara.Tindakan yg sekeras2nya perlu diambil...Dan ketatkan pemeriksaan di laluan rasmi !
9
EmKay retweeted
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐄𝐅𝐒 𝐎𝐅 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐌𝐔𝐋𝐓𝐈𝐋𝐀𝐓𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 & 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐆𝐄𝐀𝐍𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐎𝐑𝐒 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔
Gembira bertemu kepimpinan Tentera Darat ASEAN pada Majlis Makan Malam sempena ACAMM dan ASMAM 2026 di Melaka.
Berpeluang berkongsi pandangan mengenai kepentingan kesatuan ASEAN dan memperkukuh “collective preparedness” dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Kesiapsiagaan ketenteraan bukan untuk mencetuskan peperangan, tetapi mencegah konflik demi keamanan dan kestabilan rantau ini.
#khalednordinmindef
#MINDEFMalaysia
#ASEAN
EmKay retweeted
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Seusai pertemuan dua hala bersama PYT Catherine Vautrin, Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, kami menyaksikan penyerahan LOI dan pertukaran MoU melibatkan Kementerian Pertahanan serta syarikat Malaysia dan Perancis di Wisma Perwira ATM.
Kementerian Pertahanan menyerahkan LOI kepada KNDS bagi cadangan perolehan sistem meriam ringan 105mm, manakala Boustead Submarine Engineering Services (BSES) menyerahkan tiga LOI kepada Naval Group, Thales dan Safran bagi program “Mid-Life Upgrade” (MLU) kapal selam Scorpène TLDM.
Turut berlangsung pertukaran MoU antara Weststar Aerospace dan Thales, MILDEF dan Thales, serta Global Turbine Asia dan Safran Helicopter Engines, meliputi kerjasama teknologi pertahanan, sistem komunikasi taktikal dan penyelenggaraan enjin helikopter.
Kerjasama ini penting untuk meningkatkan kesiagaan ATM, memperkukuh industri pertahanan tempatan serta membangunkan “sovereign capability” negara melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#MINDEFMalaysia
EmKay retweeted
Program Sekolah Angkat MADANI di SK Panchor, Kota Tinggi bukan sekadar usaha memperkasa pendidikan, tetapi juga mendekatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat.
Kekuatan pertahanan negara bukan hanya bergantung kepada aset dan kesiagaan tentera, tetapi juga kepercayaan serta sokongan rakyat.
Hubungan erat antara tentera dan rakyat adalah asas kepada ketahanan negara.
#khalednordinmindef
#MINDEFMalaysia
#MalaysiaMADANI
#SekolahAngkatMADANI









